Tuesday 7 May 2013

"How Can I Not Love U" - Part 19


Adam melirik kea rah jam di pergelangan tangannya. Dia sudah berjanji dengan Raoul dan beberapa lagi temannya untuk bertemu dengan mereka pada malam ini. Mereka sudah berjanji untuk bertemu di Aloha’s Club. Tempat selalu mereka bertemu. Mereka mahu tahu akan perkembangan betting mereka samada Adam berjaya atau tidak kali ini. Adam menoleh kea rah bilik corridor. Bayang Era tidak kelihatan. Sudah hampir setengah jam Era berada di dalam bilik. Dan dia tidak boleh duduk lama. Tujuannya ke mari kerana mahu meluangkan masa bersama Era. Mahu memikat wanita itu agar dia jatuh cinta padanya. Tapi wanita itu seperti tidak berminat kearah itu. Dia tidak percaya wanita seperti Era tidak tertarik akan dirinya. Adam bangkit dari kerusi lalu menuju kea rah bilik Era. Dia menolak pintu bilik Era yang tidak tertutup rapat perlahan. Wajahnya berubah kerana terkejut bila dilihatnya Era sedang khusyuk sujud di atas sejadah. Adam segera menutup pintu biliknya perlahan dan menuju kearah ruang tamu. Fikirannya tiba-tiba bercelaru kerana tidak menyangka Era sealim itu. Dia belum pernah bertemu wanita modern yang solat. Adam menuju ke arah sofa lalu menghenyakkan punggungnya. Moodnya hilang untuk bertemu Raoul dan rakan bettingnya di Aloha. Dia menjadi tidak tentu arah tiba-tiba. Adam mencapai i-phonenya lalu mendial number telefon Nadia.

 

“Hello,” jawab Nadia.

 

“Nadia, I need to see you,” ujar Adam dengan nada suara serious.




“Ah Mr. Martin, I’m on the way back, you masih di condo kan?,”

 

“Yes, meet me at the lobby, call me when you are here” jawab Adam lalu mematikan telefonnya.

 

Adam berjalan menuju ke bilik Era lagi dan menolak daun pintu biliknya perlahan. Era kini sedang duduk di atas sejadah sambil berdoa.

 

Ya allah ya tuhanku, ampunilah segala dosa-dosa ku

Ya allah ya tuhanku terimalah ibadah dan taubatku

Ya allah ya tuhan ku kau berilah hidayah dan bukakanlah pintu hati Adam Matin Salvatore kepadamu ya allah, sesungguhnya kami hambamu yang lemah dan tidak lari dari melakukan kesalahan. Lindungilah kami dari godaan syaitan ya allah.

Sesungguhnya kau maha penyayang dan maha pengasihani.

Amin.

 

Adam terpempan sebaik sahaja mendengar doa Era. Lututnya menjadi lemah seketika. Era yang tidak pernah di anggap istimewa mendoakan kebaikan dan kesejahteraannya. Adam cepat-cepat kembali ke sofa bila Era membuka telekungnya. Dia cuba berlagak biasa kerana tidak mahu Era mengesyaki apa-apa.



Aku mengesat airmatiku bila setiap kali aku duduk berteleku dan berdoa kehadrat ilahi kerana merasa sayu dan terharu. Alangkah bahagianya sekiranya allah perkenankan semua doa-doaku. Sungguhpun Adam tidak punya pertalian apa-apa denganku aku merasa sedih melihat keadaan dirinya yang hanyut jauh. Adam tidaklah seburuk dan sejahat mana. Jika di bimbing insyallah Adam akan berubah. Aku kasihan melihat Adam. Aku melipat telekong dan sejadah lalu meletakkannya di atas katil. Senyap aje kat luar. Tadi si Vampire tu hidupkan TV. Dah balik ke? Mungkin dia bosan kerana tiada sesiapa melayannya. Bagus juga aku pun tak suka dia duduk lama-lama kat sini. Silap hari bulan boleh kena tangkap basah. Hissh selisih malaikat empat puluh empat. Belum terlintas hendak jadikan si kasanova tu suami aku. Aku membuka pintu berjalan perlahan ke arah dapur tanpa menoleh ke arah ruang tamu yang kelihatan gelap. Aku membuka peti sejuk lalu mengeluarkan bubur kacang hijauku. Nampaknya aku makan sorang pasal si Nadia tidak minat bubur kacang dan si Vampire itu pula sudah balik. Senyum ku sendiri. Sunyi pula rumah ni kalau tak ada orang. Aku mencapai gelas berisi belen lemonade ku lalu meneguk perlahan.

 

“Era,”

 

“Opocot mak engkau,” sedakku kerana terkejut. Nasib baik kali ini aku tidak memegang senduk atau apa-apa kalau tidak nahas Adam kena palu dengan aku.



“You eh, boleh tak beri salam dulu ke apa ke, jangan terperanjat kan orang boleh tak, dahlah pakai baju putih ingatkan hantu manalah,” marahku tak agak-agak. Mana tak menyirap seh darah. Macam dah tak ada kerja lain selain dari terperanjatkan orang. Hobi dia agaknya.

 

Adam tidak menjawab malah tersenyum bila aku marah-marah padanya. Seronok agaknya tengok muka aku tengah marah. Pelik betul hobi Adam.

 

“Ok, assalamualaikum,” ujarnya perlahan sambil tersenyum.

 

Aku cuba menahan tawa bila Adam tiba-tiba memberi salam. Aku tidak menyangka bahawa dia benar-benar ambil serius tentang saranan ku mengenai untuk beri salam. Sedap pula suaranya bila dia beri salam. Slang-slang mat saleh gitu. Cute. Betul ke ni Adam. Atau aku bermimpi. Apa mimpi dia ikut sahaja kehendak aku malam ni. Tiba-tiba aje baik dengan aku. Kalau tidak dialah orang yang selalu aku buat dosa kerana selalu bertekak dengannya tak sudah-sudah. Hari ini aku marah-marah dia hanya mendiamkan diri dan rajin tersenyum. Apa kena dengan Adam malam ni.

 

“Tak jawab berdosa,” ujarnya seraya tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

 

“Eh mengajar kita pulak dia, dah jawablah dalam hati,” ujarku selamba tidak mahu menunjukkan bahawa aku senang bila dia berada di dalam angel mode.

 

“Nak makan bubur kacang,” soalku seraya memandang kea rah Adam yang sedang berdiri di sebelahku.

 

“I’m full thanks for the lovely dinner, I never really fancy makanan melayu tapi bila makan masakan you, I change my mind,” jawabnya jujur.

 

Aku mengerutkan dahi merasa hairan. Ada yang tak kena pada diri Adam Matin Salvatore malam ini. Pertama dia tak banyak cakap. Kedua he’s lovely tonight except for the fact dia suka terkejutkan aku. Ketiga dia tak banyak Macarena. Dan keempat dia memuji masakan aku. Adam Matin Salvatore memuji masakan ku yang tak seberapa. Ini baru masakan simple asam pedas, telur dadar dan kobis goreng. Adam Matin Salvatore yang suka makan di restoren-restoren ternama di Kuala Lumpur. Hmm sukar untuk aku percaya akan cakapnya. 

 

“Ok,” jawabku tanpa mengulas panjang. Biar dia tahu aku tidak berminat ingin mengetahui akan kesukaannya atau kebenciaannya. Dia tidak perlu tahu tentang diri aku dan aku juga tidak ingin tahu akan diri nya. Hubungan kami strictly business.

 

“Sorry can’t stay long, I have an appointment,” ujarnya seraya menjeling ke arah jam tangan limited edition chronograph tag heuernya.

 

“You free to go, I tak suruh pun you datang in the first place,” ujarku menyindirnya. Aku tahu mesti dia hendak berpoya-poya dengan wanita lain. Kalau tidak dia tidak terburu-buru hendak balik. Yang aku marah sangat kenapa ekk. Barangkali aku kesunyian pasal Nadia tak ada kat rumah tak jugak sebelum aku mengajak Nadia duduk sini pun aku tinggal seorang selama seminggu. Tapi aku jarang berada di rumah kerana aku banyak plan kat luar dan balik rumah untuk tidur aje.

 

“I will make sure you miss me,” ujar Adam dengan suara seductivenya seraya merapati aku. Aku melangkah kebelakang setapak bila dia meletak tangannya di birai fridge di mana aku sedang berdiri. Aku tidak dapat lari kerana badanku benar-benar terhempit di pintu fridge. Dadaku berdegup kencang bila dia berbuat demikian. Bohonglah kalau aku kata aku tak tertarik dengannya. Aku cuba sedaya upaya untuk berlagak biasa dan tidak kelihatan kalut. Aku tidak mahu Adam mengetahui bahawa aku juga serperti wanita lain yang tidak lari dari mengimpikan jejaka seperti dirinya.




“Hmm like I said in your dreams,” jawabku seraya menolak tangannya perlahan agar dia tahu yang ushanya tidak menjadi.

 

Adam menyeluk kedua belah tangannya ke dalam saku seluarnya lalu mengekori Era menuju ke pintu. Tidak sedikit pun merasa tercabar akan kata-kata Era kerana dia tahu Era sukanya tapi tidak mahu mengaku bahawa dia sukakannya.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment