Wednesday 15 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 11


Anisha duduk di sofa mengadap peti televisyen di hadapannya. Dr Azman dan isterinya turut berada di sofa menonton bersama. Sesekali mereka ketawa bila lakonan dari pelakon tersebut mencuit hati. Tapi Anisha tidak sedikit pun tersenyum mahupun ketawa. Walaupun matanya mengadap peti tv tapi fikirannya melayang entah ke mana. Dr Azman mengelengkan kepalanya bila Anisha tidak rasa terhibur. Keadaannya masih sama dan tiada perubahan. Dr Azman dan isterinya pernah membawa Anisha ke Sweden agar Anisha dapat menikmati keindahan alam semula dan sedikit sebanyak dapat dia melupakan kisah silamnya. Namun Anisha tetap sama.

 

“Anisha, Puan Hasnah jemput kami sekeluarga untuk kenduri anaknya minggu hadapan,” tegur Puan Aini cuba menarik perhatian Anisha agar gadis itu tidak termenung.

 

Anisha menoleh kearah Puan Aini cuba membuahkan senyum.

 

“Mama dan papa pergi, Anisha duduk rumah sahaja,” ujar Anisha ringkas lalu memandang ke arah peti tv.

 

Puan Aini menarik nafas dalam. Dia sudah dapat mengagak jawapan itu yang akan Anisha selalu berikan. Ini bukanlah kali pertama Anisha menolak bila mereka mengajaknya menghadiri majlis mahupun kenduri sudah banyak kali. Dia tidak mahu memaksa Anisha sekiranya dia tidak mahu pergi, tapi sambil bila Anisha hendak berkeadaan sedemikian. Tidakkah Anisha mahu merasa hidup gembira setelah dia dapat melihat semula. Tidakkah mahu memulakan kehidupan yang baru.

 

“Anisha pergi samalah ya,” pujuk Puan Aini. Sudah banyak kali Anisha menolak pelawaannya namun dia tidak putus asa dan berharap satu hari Anisha akan menerima pelawaannya.

 

Anisha tidak menjawab dia hanya mendiamkan diri.

 

“Baiklah mama, Anisha pergi,” jawab Anisha lambat-lambat, dia bangkit dari sofa lalu menuju kea rah biliknya.

 
 

Ramai tetamu yang menghadiri kenduri doa selamat kepulangan Amirul dan tahlil di rumah Puan Hasnah. Rumah mewah 3 tingkat itu bergema kedengaran orang membaca yassin dan tahlil.  Amirul duduk di antara pakciknya dengan Dr Azman suami kenalan mamanya. Dia cuba bersikap ramah pada tetamu yang hadir walaupun hakikatnya dia masih lagi bersedih. Setelah yassin dan tahlil habis dibaca. Amirul menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh Tok Aji Sulaiman. Dia menoleh kearah ruang dapur dimana mamanya turut berada. Wajah sayu mama itu membuatkannya sebak. Walaupun mama tidak lagi menangis seperti dahulu dan cuba menunjukkan wajah tenang bila setiap kali berdepan dengannya dan cuba mengembalikan keadaan seperti biasa. Namun dia tahu mamanya itu masih lagi bersedih dia atas kehilangan Affendy. Terkadang Amirul mahu menjadi seperti mamanya. Seorang wanita yang tabah. Amirul melirik kearah gadis cantik berselendang hijau dan berkurung putih yang duduk bersebelahan dengan mamanya. Gadis yang tidak pernah dikenalinya mahupun ditemuinya sebelum ini kelihatan muram dan turut bersedih. Cahaya dari sinar matanya kelihatan sayu. Hati Amirul berdetik. Kenapa dia bersedih? Apa yang membuatkannya bersedih? Amirul tersentak bila Dr Azman mahu bersalaman dengannya.

 

“Amirul bukan?,” soal Dr Azman.

 

“Saya, Dr Azman?” soal Amirul pula menyambut salam Dr Azman.

 

“Selamat pulang, dengar dari mama Amirul, Amirul berada di Australia hampir 5 tahun belajar disana,” ujarnya seraya tersengih.

 

“Ye, selepas habis sekolah saya terus melanjutkan pelajaran di Australia dan sambung lagi sehingga mengdapat master, saya dengar Dr Azman berhijrah di Sweden dan tak sangka pula Dr mengambil keputusan pulang ke tanahair,” ujar Amirul ramah. Dia banyak terdengar dari mama dan arwah papanya bercerita tentang Dr Azman. Dr Azman dahulu kenalan rapat papanya. Tapi hubungan mereka terputus bila Dr Azman melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan seterusnya bermastautin di sana. Menurut mamanya, Dr. Azman hanya berpindah balik ke Malaysia 2 tahun yang lalu dan bekerja di hospital tempatan. Jadi Amirul tidak terperanjat bila Dr Azman tidak kenal akan dirinya dan Amirul tidak berkecil hati.

 

“Dah tempat tumpah darah sendiri, kata orang hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, walau macamana pun tetap nak balik duduk negeri sendiri,”

 

Amirul menganggukkan kepalanya bersetuju dengan pendapat Dr. Azman.

 

“Amirul bekerja dimana sekarang,” soal Dr Azman.

 

“Tujuan saya hendak bekerja di States selepas master, tapi saya tidak sanggup hendak tinggalkan mama seorang disini,” jawab Amirul. Matanya sempat melirik ke arah dapur dimana mamanya dan tetamu wanita sedang sibuk menyediakan hidangan untuk tetamu lelaki. Tetapi gadis cantik tadi tidak kelihatan.

 

“Hmm baguslah kesian mama kamu tinggal sendirian, mama kamu hanya ada anak seorang sahaja, eh kamu tak makan sama ke,” ujar Dr Azman bila mereka menghidangkan makanan di hadapan mereka.

 

Amirul hanya tersenyum kelat bila Dr Azman berkata demikian. Dr Azman tidak tahu bahawa mamanya punya seorang anak lagi kerana semasa dia kecil dahulu dan ketika Dr Azman dan isterinya masih berada di Malaysia mama dan papa masih belum mendapatkan anak angkat, jadi Dr Azman tidak tahu akan arwahnya Fendy. Lagipun ke semua gambar arwah yang dahulunya di gantung di ruang tamu sudah mama simpan di album tidak mahu di gantung kerana mama tidak mahu berfikir Affendy akan pulang suatu hati nanti walaupun hakikatnya dia tidak akan pulang. Mama lebih senang menyimpan gambar arwahnya di bilik.

 

“Jemput makan Dr Azman, saya masih kenyang lagi, saya minta diri dulu assamualaikum,” ujar Amirul lalu meninggalkan Dr Azman. Amirul menanggalkan songkoknya lalu dilipat. Dia menuju kearah beranda cuba mengambil angin dan untuk menenangkan fikiran. Tiada sebutir bintang yang kelihatan di langit gelap. Hanya bulan sahaja yang kelihatan mengambang penuh. Amirul mengeluh perlahan. Dia menyeluk saku baju melayunya lalu mengeluarkan sebatang rokok dan menyalakannya. Amirul menyedut lalu menghembus asap rokok ke udara. Berlumba-lumba asap keluar dari mulutnya. Amirul melirik kearah kanan dan agak terperanjat bila menyedari bahawa dia tidak bersendirian ketika itu. Gadis cantik yang di carinya berdiri tidak jauh darinya. Gadis itu hanya berdiri seraya memandang kearah laut tidak sedikit pun menoleh kearah Amirul. Amirul berdehem kecil cuba mendapat perhatian dari si gadis. Si gadis tidak menoleh bila dia berbuat demikian.

 

“Assalamualaikum,” Amirul memberi salam.

 

“Waalaikumsalam,” jawab gadis tersentak kerana baru menyedari bahawa dia tidak sendirian di beranda. Cepat-cepat dia menyeka airmatanya dan menoleh kearah orang yang memberi salam. Mata bundarnya kelihatan berkaca dan ada sisa air mata. Hati Amirul tiba-tiba tersentuh bila melihat wajah sedihnya.

 

“Maaf kerana menganggu, saya Amirul,” ujar Amirul tanpa menghulurkan tangannya. Dia pasti si gadis tidak akan menyambut salamnya. Si gadis hanya mendiamkan diri menjawab tidak senyum pun tidak. Sukar untuk Amirul membaca akan expresi wajah gadis itu selain dari sayu dan muram.

 

“Maaf, saya minta diri dulu,” ujarnya seraya berlalu wajahnya ditundukkan lalu meninggalkan Amirul sendirian di balkoni. Amirul hanya mampu mengiringi gadis itu dengan pandangan keliru.



“Kenapa abg Mirul duduk seorang di balkoni,” tegur Aina bila dilihat abang sepupunya Amirul bersendirian di balkoni dan tidak di ruang tamu bersama tetamu yang hadir. Setahu Aina abang Amirulnya itu seorang yang peramah dan ceria. Jarang sekali dia duduk sendirian begini.

 

“Aina perasan tak ada seorang perempuan baru sahaja berlalu dari balkoni ni,” ujar Amirul tanpa menjawab soalan Aina.

 

“Perempuan yang pakai selendang hijau tu, oh itu kak Anisha anak Dr Azman, kenapa,” soal Aina. Memang dia ternampak Anisha baru sahaja berlalu dari balkoni. Dia nampak wanita muda tergesa-gesa keluar seakan mahu melarikan diri. Tadi dia ada juga cuba untuk berbual dengan Anisha, Anisha menjawab tapi bila di tanya sepatah, sepatah juga jawapan yang di beri. Dia tidak faham kenapa Anisha terlalu pendiam dan tidak suka bercampur dengan sesiapa. Selepas membantu di dapur dia terus menghilangkan diri. Tidak mahu makan atau minum bila di ajak. Pelik sungguh. Sayang sekali wajahnya yang cantik itu tidak di temani senyuman manis di bibirnya. Wajahnya kelihatan sugul dan tidak bermaya. Sesekali Aina perasan bahawa mata wanita itu berair seakan baru lepas menangis. Entahlah hendak bertanya takut Anisha tidak suka dan menganggapnya kepo.

 

“Anak Dr Azman,”

 

“Hah ni mesti abg Amirul ganggu dia sampai dia menangis kan,” usik Aina. Dia perasan Anisha banyak mendiamkan diri semasa majlis tahlil tadi dan dia kelihatan sedih. Tak sampai hati pula Aina hendak bertanya kenapa dia bersedih. Apa yang dia tahu anak Dr Azman tu baru kehilangan orang yang disayanginya.

 

Amirul tersengih bila Aina berkata demikian. Pelbagai soalan bermain di fikirannya. Kenapa gadis itu bersedih hati? Apa yang membuatkannya sedih? bisik Amirul dia benar-benar ingin tahu.
 
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment