Tuesday 14 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 5


Sebaik sahaja Anesha menunaikan solat zohor. Anesha pergi menuju ke bengkel di mana dia banyak menghabiskan masa untuk membuat pasu bunga. Hampir seminggu bengkel itu tidak dikunjunginya kerana sibuk. Hari ini dia punya masa yang terluang. Anisha mengambil sebahagian tanah liat yang sudah dibancuhnya awal tadi ke atas meja khas dimana dia akan cuba membentukkan tanah liat itu kepada pasu ataupun tembikar. Hasil kerja tangan Anisha sering di kagumi ramai orang. Banyak juga pasu-pasu yang dihasilkannya di jual di pasar seni di atas pertolongan Puan Adila. Dan hasil dari jualan pasunya Anisha mendermakan kepada tabung rumah anak Yatim Ehsan. Pasu yang Anisha hasilkan hanya suka-suka sahaja dan dia sendiri tidak menyangka pasunya itu mendapat sambutan dari pengunjung pasar seni. Anisha memang kreatif. Sejak kecil lagi dia sudah menunjukkan minatnya terhadap membentuk sesuatu object itu dari sesuatu benda yang dipegang dan cuba membentukkannya seperti bentuk object yang dipegangnya tadi.

 

            Kali ini Anisha ingin menghadiahkan sesuatu buat insan yang teristimewa. Jari jemarinya yang halus itu menyapu tanah liat yang sudah menjadi pasu bunga dengan sedikit air supaya dia dapat membentukkannya kepada corak yang Anisha kehendaki. Kalau sesiapa melihat hasil kerja tangannya tidak akan percaya bahawa orang yang membuat pasu tersebut adalah seorang insan yang tidak dapat melihat. Anisha hanya mengikut naluri hatinya untuk menghasilkan pasu-pasu yang cantik. Anisha meraba pasu itu dari atas hingga ke bawah cuba memastikan bahawa tiada apa yang mencacatkan pasu itu. Anisha tersenyum puas setelah mendapati pasu tersebut sudah sedia untuk dikeringkan seterusnya diberikan kepada yang istimewa.

 

            “Assamualaikum Kak Nisa, abang Long ada di pejabat, Puan Adila hendak berjumpa dengan kak Nisa” ujar Faezah tercungap-cungap kerana penat berlari ke sana kemari mencari Anisha tidak tahu kan Anisha berada di bengkelnya.

 

            Anisha yang sedari tadi asyik membelek pasu buatannya tersentak bila Faezah mengatakan jejaka yang disenangi dalam diam datang berkunjung.

 

            “Abang long datang,” ulang Anisha. Gembira bercampur hairan. Apa tujuan abang long datang ke mari.

 

            “Cepatlah kak Nisa dia sekarang berada di bilik puan Adila,” ujar Faezah sambil memimpin Anisha. Berdebar-debar juga hatinya hendak berdepan dengan abang long. Nisa sendiri tidak tahu kenapa dia berperasaan sedemikian bila setiap kali mendengar Faezah menyebut abang long. Apa yang Nisa tahu hatinya berbunga riang bila nama abang long disebut selalu. Entahlah adakah ini dinamakan cinta? Tapi adakah abang long berperasaan sedemikian terhadap dirinya atau sebaliknya? Nisa berdialog sendiri. Nisa merasa rendah diri, dia sedar akan kekurangannya.

 

            Faezah mengetuk pintu bilik puan Adila berserta memberi salam kepadanya. Affendy dan Puan Adila menyambut salamnya serentak. Affendy yang duduk tidak jauh dari Puan Adila memandang tepat ke wajah gadis yang dirinduinya.

 

            “Terima kasih Faezah, awak boleh sambung kerja awak,” ujar Puan Adila serius. Tanpa banyak soal Faezah meninggalkan Anisha bersama Puan Adila dan Affendy.

 

            “Tujuan saya memanggil Anisha kerana tuan kita ni ada hajat untuk Anisha,” Puan Adila memulakan bicara.

 

            “Hajat,” bisik Anisha dalam hati. Hajat apakah yang dimaksudkan oleh Puan Adila.

 

            “Maksud kak Adila,” soal Anisha ingin tahu apakah hajat abang long yang sebenarnya.

 

            “Kak Adila serahkan perkara ini pada tuan kita ni,” ujar Puan Adila seraya memandang kearah anak muda yang duduk berhadapan dengannya.


            “Abang long berhajat untuk membiayai perbelanjaan pembedahan mata Anisha,” ujar Affendy tenang dan lancar.

 

            Anisha terdiam. Benarkah abang long ikhlas ingin membantunya. Tapi kenapa abang long begitu baik padanya. Abang long yang menyelamatkan nyawanya tempoh hari dan kali ini pula dia ingin membiayai kos bagi untuk memulihkan penglihatannya.

 

            “Saya minta maaf sekiranya hajat saya ni agak keterlaluan untuk Anisha menerimanya, kalau Anisha tidak sudi saya hormati keputusan Anisha,”ujar Affendy bila Anisha tidak menjawab. Dia sedar kerana tidak berlaku adil pada Anisha. Dia tidak terlebih dahulu berbincang dengan Anisha sebelum membuat keputusan bertemu dengan Puan Adila. Affendy sedar akan kesilapannya tapi sudah terlambat kerana mungkin gadis itu sudah tawar hati dengannya.

 

            Puan Adila menoleh ke arah Affendy bila Anisha tidak bersuara samada dia setuju ataupun tidak.

 

            “Saya fikir ada baiknya Anisha dan Affendy berbincang dahulu, saya minta diri sekejap,” ujar Puan Adila memberi privacy kepada mereka berdua. Sebaik sahaja pintu ditutup. Affendy menoleh kearah Anisha dan menanti jawapan dari Anisha dengan penuh debaran.

 

            “Saya terima cadangan abang Long, cuma saya perlukan penjelasan yang sebenar daripada abang long, kenapa abang long mengambil keputusan hendak membantu Anisha,” jawab Anisha.

 

            Affendy menarik nafas dalam. Anisha mahukan penjelasan. Patutkah dia memberitahu Anisha tentang isi hatinya terhadap gadis itu? Bagaimana reaksi Anisha sekiranya dia memberitahu bahawa dia mahu memperisterikan Anisha sebaik sahaja matanya pulih, adakah Anisha akan menerimanya? Semalaman Affendy memikirkan segala macam kemungkinan yang bakal dia terima sekiranya dia mengambil keputusan untuk memulihkan penglihatan Anisha.

 

            “Abang long hendak menjadikan Anisha sebagai suri hidup abang long,” ujar Affendy perlahan namun ia amat jelas di pendengaran Anisha.

 

            Anisha tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar penjelasan ikhlas dari abang long. Tanpa di tahan air matanya mengalir perlahan.

 

            Affendy sudah bersedia menerima apa pun keputusan dari Anisha samada ada yang baik ataupun yang buruk. Dia tidak mahu memaksa Anisha atau mengambil kesempatan ke atas diri Anisha. Sekiranya Anisha berubah hati setelah penglihatannya pulih Affendy tidak menyalahkan Anisha. Sekurang-kurangnya Anisha dapat menjalani kehidupannya seperti orang lain. Dapat menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Itu hajatnya yang sebenar selain ingin menjadikan Anisha sebagai isterinya.

 

            “Abang long beri Nisha masa untuk memikirkannya, jangan kerana hajat abang long ini Nisha memaksa diri untuk menerimanya, abang long tidak memaksa dan Nisha tidak perlu merasa terhutang budi di atas pertolongan abang long ini, Assalamualaikum,” ujar Affendy.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment