Sunday 5 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 1


Jamilah memerhatikan anak perempuan kecil yang berumur lebih kurang 7 tahun itu dengan penuh minat. Suaminya sedang sibuk berbincang dengan pegawai rumah kebajikan anak yatim Darul Ehsan menyatakan hasrat mereka hendak menjadikan Anisha sebagai anak angkat mereka. Sudah hampir 15 tahun mereka mendirikan rumahtangga namun usahanya untuk mendapatkan zuriat sendiri masih belum di perkenankan tuhan. Sudahnya Jamilah mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat.
            “Encik berdua betul-betul ke berminat hendak mengambil Anisha sebagai anak angkat,” ujar pegawai yang bernama Adila itu serius bila Encik Kamarul dan Puan Jamilah memilih Anisha.
            “Kami ingin benar menjadikan Anisha sebagai anak kami,” pujuk Kamarul.
            Hampir setengah jam dia memujuk Puan Adila supaya membenarkan mereka mengambil Anisha sebagai anak angkat mereka. Namun Puan Adila seperti keberatan. Dia menyarankan supaya dia dan isterinya membuat pilihan yang lain.
            “Tapi Anisha bukanlah anak yang normal dia hilang deria penglihatannya sejak dia berumur 4 tahun,” terang Puan Adila. Bukan dia tidak mahu meluluskan permohonan Encik Kamarul dia mahu Encik Kamarul dan Jamilah tahu akan keadaan Anisha.
            Encik Kamarul dan Puan Jamilah berpandangan sesama sendiri. Terperanjat dengan penjelasan Puan Adila.
            “Saya beri peluang untuk Encik Kamarul dan Puan Jamilah berbincang dahulu, dalam masa 10 minit Encik Kamarul beritahu saya keputusan Encik Kamarul,” ujar Adila seraya meninggalkan mejanya. Pintu di tutup dan dia berlalu menuju ke arah Anisha yang sedang leka bermain dengan tanah liatnya. Rambut anak comel itu dielus lembut.
*****
            Seperti biasa setiap petang Anisha akan bersiar-siar atau beriadah. Walaupun dia tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Namun jauh di sudut hatinya dia bersyukur kerana masih ada orang yang sayang akan dirinya. Anisha tidak pernah menyesal akan nasibnya yang buta. Dia terhutang budi dengan jasa baik Puan Adila kerana membenarkan Anisha bekerja di Rumah Kebajikan Darul Ehsan dimana dia diasuh dan dibesarkan di sini. Kini giliran Anisha pula untuk berbakti kepada anak-anak yang senasib dengan dirinya. Anisha tidak mahu terus menerus terhutang budi dengan Puan Adila. Walaupun dia buta itu tidak bermakna dia tidak dapat menyumbang tenaga dan kemahiran yang pernah dipelajarinya di sini.
            “Nisa jalan baik-baik, Nabiha tak ada hendak temankan Nisa jalan,” pesan Jannah setelah dilihatnya Nisa hendak bersiar-siar sendirian.
            “Tak apalah Jannah bukannya Nisa tak biasa jalan seorang lagipun Nisa tak pergi jauh cuma dekat dengan kawasan sini sahaja,”
            “Ok balik cepat tau nanti ramai pula anak bujang mengurat Nisa nanti,”usik Jannah seraya tertawa kecil.
            “Issh kesitu pulak dia, siapalah yang nak kan dengan gadis buta macam Nisa ni, kalau Jannah lainlah,”ujar Nisa merendah diri.
            “Nisa kenapa cakap macam tu, orang yang tak suka Nisa, orang itu yang buta, bukan buta mata sahaja, buta hati,” ujar Jannah ikhlas. Nisa seorang gadis yang berhemah tinggi dan baik budi perkertinya. Anisa seorang gadis yang cantik, memiliki kulit yang putih gebu, rambut yang ikal dan raut wajah yang cantik, sayang sekali dia tidak dapat melihat akan dirinya.
            Anisa hanya mendiamkan diri bila Jannah mengusiknya. Dia tahu Jannah seorang sahabat yang baik.
            “Nisa pergi dulu, jumpa lagi besok tau,” ujar Anisha seraya berjalan perlahan menuju ke pintu. Anisha tidak perlukan tongkat untuk berjalan di sekitar kawasan rumah anak yatim ni kerana dia sudah arif selok belok kawasan sini. Kalau orang yang tidak tahu akan keadaan Nisa pasti mereka tidak menyangka bahawa gadis itu buta. Anisha berjalan seperti orang dapat melihat.
To be continue...

No comments:

Post a Comment