Sunday 5 May 2013

Karl & Hilda - Part 3


              Sebaik sahaja aku melangkah masuk mataku melilau untuk mencari port yang sesuai untuk aku lari dari perhatian mak dan makcik-makcik lain. Yelah mak tu bukan boleh di percayai pantang ada peluang mesti dia hendak mengenakan aku di depan gengnya. Sebelum peristiwa lama berulang kembali lebih baik aku cabut. Hah itu dia. Aku menyelit di hujung sudut dekat dengan pintu bilik Alia. Mak tak perasankan aku kerana sibuk menyenduk lauk untuk kenduri nanti. Sempat juga aku menjenguk ke bilik Alia. Hmm no bad pandai juga si minah ni memilih warna cadar untuk biliknya. Aku mengalihkan pandagan ke arah meja solek. Alia sedang sibuk disolek oleh kak Tipah. Mak andam terkenal di Kampung Peserai. Kalau mengikut hukum akal selalunya teman rapat akan menemani si pengantin di dalam. Tapi aku pulak malas nak sibuk-sibuk kat dalam bukan boleh buat apapun selain dari dok mengadap muka si Alia yang sedang disolek. Lebih baik aku buat benda faedah sikit ada juga maknanya. Aku lihat Kak Gi dan Suraya sedang sibuk menghiris daun pandan untuk dijadikan bunga rampai.

 

            “Kak Gi bak sikit daun,”

 

            Aku mula menghiris daun pandan dengan penuh tekun bila tiba-tiba konsentrasiku terganggu dek terdengar suara sumbang milik kak Ramlah reporter tak bertauliah kampung Peserai pot pet pot pet mengumpat pasal Alia.

 

            “Aku dengar tunang Alia pegawai bank, betul ke,”soalan pertama yang keluar dari mulut becoknya.

 

            “Haah dengarnya begitulah,”jawab Mak Ani mungkin malas nak komen lebih bukan dia tak tahu perangai Ramlah yang suka kepo nak tahu hal orang.

 

            “Eleh dulu si Miha pun pernah kenal dengan budak pegawai bank, saja aje dia tak nak,”ujarnya tanpa di tanya.

 

            Aku hanya mengelengkan kepala gelihati pun ada. Macamlah orang berminat hendak tahu tentang anak dia berkawan dengan siapa. Lantaklah anak dia nak kawan dengan anak datuk ke menantu datuk ke cucu datuk ke pasal lah.

 

            “Si Miha tu dahlah kerja kat tempat TNB bahagian pegawai, ramai pulak yang berkenan kat dia,”

            Hish kak Ramlah ni apa dia nak kena dengan aku ke. Sibuk sangat cakap pasal anak dia. Apa dia ingat ni majlis anak dia ke.

 

            “Ha, bertuahlah anak awak dapat kerja bagus,”jawab Mak Ani lagi.

 

            Kesian pulak aku dengan Mak Ani terpaksa mendengar coletah kak Ramlah aku mesti lakukan sesuatu.

 

            “Si Mas pun sama nak jadi-

 

            “Lah tak sudah-sudah nak promote anak dia,”ujarku kuat bergema seisi ruang tamu Alia.

 

            Semua mata tertumpu ke arah aku. Tidak terkecuali Kak Ramlah.

 

            “Ni hah mak artis ni tak sudah-sudah nak promote anaknya disuruhnya berlakon banyak filem,”kataku sambil menunjuk kepada kak Gi suratkhabar hiburan di sebelahku.

 

            Kak Gi yang sedar aku hanya memandai buat cerita mengekek kecil. Dia tahu aku menyindir kak Ramlah. Kak Ramlah yang baru menyedari dirinya disindir terus mendiamkan diri. Tidak berani dia membuka mulut mencerita tentang kehebatan anaknya lagi.

 

 
To be continue..

No comments:

Post a Comment