Wednesday 15 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 9


             Dunia terasa gelap walaupun hakikatnya dia sudah dapat melihat kembali. Anisha merasakan hidupnya sudah tidak bererti lagi tanpa abg Long. Anisha menangis semahu-mahunya bila mendapat berita dari Dr Azman mengenai tragedi yang menimpa insan yang disayanginya. Pemergian abg long sukar untuk dia terima. Berhari-hari Anisha berendam air mata mengenangkan nasibnya yang malang. Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana memaksa abg long pergi walaupun hatinya begitu berat untuk melepaskannya pergi. Kini abg long tiada lagi disisinya dan tidak akan kembali. Tiada lagi kedengaran suara abg long memberinya semangat dan dorongan agar dia sabar dan tabah menjalani pembedahan tersebut sebelum abg long berangkat ke Italy.

 

            “Kak Nisa, sabarlah kak Nisa berdoalah agar abg long ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman,” pujuk Faezah seraya mengusap rambut Anisha perlahan. Faezah simpati dengan nasib yang menimpa Anisha. Dia dapat merasakan betapa pilunya hati Anisha bila mendapat berita kematian abg long. Insan yang banyak memberinya dorongan dan sokongan kepada Anisha.

 

            Anisha hanya membatukan dirinya. Tiada lagi air mata yang dapat dicurahkan kerana air matanya sudah kering menangisi permegian abg long. Dia hanya mampu menangis didalam hati. Dia tidak berkesempatan untuk mengenali insan yang hanya di kenali sebagai abg long. Tiada photo atau barang peribadi milik abg long untuk di jadikan kenangan. Anisha tidak tahu di mana abg long tinggal dan tidak pernah mengenali keluarga atau waris abg long. Dia mendapat berita tentang abg long melalui Dr. Azman yang kebetulan cuba menghubungi abg long setelah beberapa hari selepas pembedahan nya abg long tidak datang menjenguk mahupun menghubunginya. Panggilan telefon dari Dr. Azman di sambut oleh pihak polis di Venice menyatakan abg long terlibat dengan kemalangan jalan raya dan tidak dapat di selamatkan.

 

            “Kenapa abg long tinggalkan kak Nisa, Faezah bukankah dia sudah berjanji hendak menjaga dan memperisterikan kak Nisa,” ujar Nisa pilu.

 

            “Sabarlah kak Nisa, Allah lebih menyayanginya kak,” jawab Faezah cuba menahan airmatanya dari merembis keluar. Dia tahu Anisha terlalu sayangkan abg long begitu juga abg long. Malah abg long sudah berjanji akan ketemukan Anisha kepada mamanya sebaik sahaja Anisha pulih dan akan menetapkan hari pertunangan mereka dalam masa terdekat ini.

 

            Ajal, maut, pertemuan di tangan Allah, kita hanya boleh merancang tuhan yang menentukan.





            Amirul berdiri termenung memandang ke luar jendela. Fikirannya kosong, sekosong hatinya. Dia sekan tidak percaya bahawa abangnya kini tiada lagi. Seakan baru semalam Amirul mendengar suaranya dan dapat berbual mesra dengannya. Abangnya begitu ceria bila dia menyatakan bahawa dia akan pulang awal dari hari yang ditetapkan. Tak sabar rasanya ingin bersua kembali setelah beberapa tahun Amirul berada di Australia menamatkan pengajiannya dalam jurusan engineering. Amirul rapat dengan Affendy. Sejak kecil terlalu akrab, sekolah bersama dan meminati sukan dan hobi yang sama. Hanya bila mereka meningkat dewasa, mereka terpaksa berpisah kerana Amirul ingin melanjutkan pelajarannya ke luar negeri manakala Affendy hanya melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan. Bukan dia tidak berkelayakan. Layak. Dia tidak sampai hati hendak meninggalkan mamanya sendirian di Malaysia. Begitulah besarnya hati Affendy. Amirul tidak pernah merasa cemburu bila mamanya selalu memuji Affendy. Pada Amirul, Affendy seperti abang kandungnya sendiri. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membuatkan Affendy gembira namun dia tidak pernah di beri berkesempatan kerana Affendy tidak pernah memberinya peluang berbuat demikian. Amirul berterima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana memberinya seorang abang yang sebaik dan bertanggungjawab seperti Affendy. Allah lebih menyayanginya. Dia hanya meminjamkan Affendy sementara untuk mereka sekeluarga. Kehilangan Affendy benar-benar memberi tamparan hebat buat mamanya. Saban malam mamanya menangis bila mengenangkan arwahnya. Amirul sendiri tidak tahu bagaimana hendak memujuk mama supaya jangan bersedih dan redha dengan ketentuan ilahi.

 

            Pintu bilik diketuk perlahan. Amirul tidak menjawab. Pintu bilik terkuak perlahan.

 

            “Apa Mirul buat lama sangat dalam bilik Fendy,”ujar mamanya perlahan. Matanya tidak boleh lelap. Dia hendak ke dapur, bila dia melintasi bilik Affendy dari celahan pintu terdapat cahaya seperti lampu di hidupkan.

 

            Amirul tidak menjawab. Matanya liar memerhatikan segenap penjuru bilik milik Affendy. Biliknya tersusun rapi. Gambar arwah masih terletak di meja sisinya. Gambarnya tersenyum riang. Buku-buku koleksi abangnya tersusun di rak buku dihadapannya. Abangnya pengemar kereta racing kerana kebanyakkan buku yang dibelinya adalah buku berkenaan kereta racing. Pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi race car driver. Affendy memang berbakat. Namun niatnya terkubur begitu sahaja bila mamanya kurang menyenangi pilihannya kerana terlalu banyak risiko.

 

            “Mama belum tidur lagi,” ujar Amirul. Dia menatap wajah sugul mamanya. Walaupun tiada lagi air mata namun Amirul tahu mamanya masih terasa kehilangan Affendy kerana Affendy yang rapat dengan mama manakala dia jauh beribu-ribu batu.

 

            “Amirul, mama hendak mengadakan kenduri arwah 40 hari lusa,” ujar mamanya perlahan. Cuba menahan dari airmatanya tumpah di depan Amirul.

 

            “Baiklah mama,” jawab Amirul menganggukkan kepalanya perlahan.


To be continue...

No comments:

Post a Comment