Sunday 5 May 2013

"How Can I Not Love U" - Part 13


Setibanya kami di lobby Condo, seorang jejaka yang tidak persis Fahrin Ahmad datang menghampiri kami. Adam memperkenalkan kami kepada Harris bodyguard cum personal drivernya. Aku mengulum senyum bila mengingati kata-kata Adam tadi bahawa Harris tidak sehebat dirinya. Kenyataan Adam itu salah kerana Harris seorang lelaki yang aku listkan sebagai calon suami pilihan. Aku tersenyum sendiri. Harris warm person. Dia tidak seperti Adam. He’s cold and no soul. Adam tidak prihatin dan tidak peka akan kehendak wanita. Sungguhpun Harris tidak ku kenali begitu rapat. Aku dapat menilainya dari cara dia berbual. Jika Adam tidak memberitahu aku akan pekerjaan sebenar Harris aku tidak percaya bahawa dia bukan temannya Adam. Lagipun Harris tidak kelihatan typical bodyguard yang senantiasa kelihatan tensed dan serious sepertimana yang aku lihat di kaca tv bodyguard celebrity terkenal. Harris kelihatan composed and focus, seperti bodyguard yang menjadi pujaan ku iaitu Kevin Coastner didalam cerita Bodyguard. Harris mengenakan casual plaid shirt berwarna biru dengan slack pants berwarna hitam. Aku merasa selesa bersama dengannya. Harris memandu kereta hitam berjenama BMW 1 Series Urban Line yang serupa MPV. Aku dan Nadia menjeling sesama sendiri. Wow cool. Harris membuka pintu untuk kami. Nadia memasuki perut kereta di ikuti aku dan akhir sekali Adam. Kerusi di dalam MPV tersebut di ubah kepada posisi mengadap. Ini bermakna aku harus mengadap Adam sepanjang perjalan ke Zouk. Ikutkan hati hendak sahaja aku duduk di hadapan bersama dengan Harris dapat juga aku berkenalan dan berbual-bual dengannya. Namun ku batalkan niat kerana tidak mahu begitu ketara di hadapan Adam. Nanti apa pula fikirnya nanti. Lagipun aku boleh berbuat begitu bila berada di dalam Zouk nanti. Si vampire itu sibuk dengan blackberrynya tidak pernah berengang dengannya walau seminit. Aku tidak tahu samada ianya bersangkut paut dengan kerja ataupun tidak? Sesekali dia menjawab telefon yang aku rasakan ada bersangkutan dengan kerja dari suara authoritynya, memberi arahan atau memberi komen serta pandangan mengenai sesuatu. Adam kelihatan focus dalam kerjanya. Pernah suatu ketika aku keluar makan malam bersamanya namun aku tidak dilayannya sama sekali kerana Adam sibuk membalas email dari client dan membaca proposal merger syarikatnya yang akan di bentangkan semasa mesyuarat nanti. Bila Adam bekerja aku tidak langsung menganggunya. Adam boleh dikatakan workaholic. Ada ketika itu jika aku tidak keluar makan bersama Adam atau kemana-mana dengannya aku akan pergi ke pusat-pusat kebajikan dan anak Yatim untuk menjadi sukarelawan. Dan hari ini aku dapat merasakan Adam sedikit rileks kerana walaupun dia selalu memeriksa email di blackberrynya dia tidak sesibuk seperti selalu ku lihat. Mungkin hari ini Adam mengambil time off untuk merehatkan mindanya.

 

Setibanya di Zouk. Harris memberhentikan kami di hadapan Zouk sementara dia pergi memakirkan kereta. Aku dan Nadia mengekori Adam. Kami berhenti di suatu sudut mungkin menanti Harris. Adam mengeluarkan sebatang rokok lalu di kepitkan ke bibirnya. Dia menyeluk saku seluarnya mencari sesuatu. Datang seorang wanita seksi menghampirinya lalu menghidupkan lighter untuk menyalakan api rokoknya. Adam tersenyum. Adam memegang rokok yang sudah di nyalakan. Dia merapati wanita seksi itu lalu mencium pipinya. Wanita itu membalas dengan pelukan. Nadia melirik ke arahku bila Adam berbuat demikian. Aku mengangkat bahu menandakan tidak hairan bila dia berbuat demikian. Aku mengalihkan pandangan kearah lain mencari kelibat Harris. Meluat rasanya aku melihat kelakuan Adam dengan wanita itu. Aku tersenyum bila Harris berjalan menuju kea rah kami. Di kesempatan ini aku berbual-bual dengan Harris bertanyakan tentang dirinya. Harris mudah mesra dan lucu orangnya. Aku dan Nadia tidak henti-henti ketawa bila Harris mula berjenaka tak sangka Harris lelaki yang pandai melawak ada sahaja idea untuk di jadikan bahan lawaknya. Aku perasan ada mata yang memerhatikan kami dari jauh. Aku mengalihkan pandangan kearah Adam, Adam sedang memerhatikan kami bertiga dari  jauh. Dia kelihatan tidak begitu menyenangi bila aku agak rapat dengan Harris. Dia cemburu? Nah apa yang dia hendak cemburukan aku bukan mata air betul dia. Lagipun wanita seperti aku mudah sahaja Adam perolehi..sekali petik 10 yang datang. Apa yang hendak dihairankan. Mungkin kerana Harris pekerjanya. Barangkali polisi Adam, majikan tidak boleh terlalu mesra atau rapat dengan pekerjanya. Lantaklah, suka hati aku lah nak rapat dengan sesiapa pun. Lagipun aku bukannya majikan Harris. Yang sebenarnya aku cuba untuk rilekskan diri agak tidak begitu gementar kerana aku belum pernah menjejakkan kaki ke mana-mana pusat hiburan malam selain karaoke. Itupun karaoke bersama teman sekerja. Bila madam mengadakan karaoke nite untuk staff, dimana aku dikehendaki book sebuah bilik untuk memuatkan 10 orang pekerja di syarikat kami. More tu Family Karaoke Night. Aku tidak pernah pergi clubbing walaupun sebelum ini Nadia pernah mengajakku. Aku menolak kerana aku tidak mengenali rakan-rakan clubbing Nadia dan aku ni di kategori orang yang pendiam dan pemalu susah nak bland dengan orang yang sophisticated macam Nadia. Aku lebih suka menghabiskan dengan menonton wayang atau ke bowling alley. Itu sahaja. Jadinya bila Adam setuju membawa aku pergi clubbing ke tempat selalu dia kunjungi. Aku menjadi excited bercampur gerun mengalahkan orang nak pergi perang pulak kan. Jadi salah satu cara untuk aku cool down dengan tidak memikirkannya sangat. Harris sedikit sebanyak membantu menghilangkan tekanan ku dengan lawak jenakanya. Harris pula seakan tahu aku merasa gementar. Dia juga berpesan kepadaku agar sentiasa berada disisinya semasa berada di dalam Zouk. Aku mengangguk kan kepala perlahan dan secara spontan sahaja aku memeluk tangannya kejap semasa kami berempat menuju ke pintu gerbang Zouk. Dadaku berdegup kencang bila melihat ratusan orang beratur untuk masuk ke kelab tersebut. Pelbagai gaya dan ragam orang yang dapat ku lihat malam ni. Aku memeluk lengan Harris seerat-eratnya takut terlepas nanti. Yelah di luar sahaja keadaannya sudah sesak apatah lagi di dalam. Silap haribulan aku boleh terpisah jauh dari Harris nanti. Bukankah Harris bodyguard aku. Adam tak perlu kerana dia lelaki. Hehehe.

 

“Are you ok, sure kau nak pergi tempat macam ni,” bisik Nadia risau bila di lihatnya wajahku kelihatan sedikit pucat. Dia tahu aku tidak biasa ke tempat-tempat hiburan sebegini.  

 

“I’m ok, Harris ada,” ujarku meyakinkan Nadia lalu menepuk lengan muscle Harris yang masih lagi ku peluk kejap. Harris di sebelahku hanya tersenyum bila aku berkata demikian. Betul apa. He’s my saviour kalau apa-apa terjadi nanti. Nak juga aku tengok bodyguard in action. Hehehe.

 

Adam menghidupkan sebatang lagi rokok, asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya. Adam memandang ke arahku. Pandangan yang aku tidak dapat mentafsirkan. Nak kata dia boring dengan aku, tidak. Nak kata dia tak boring dengan aku, pun tidak. Selamba aje macam tak ada apa-apa. Ah lantaklah. Kenapa pulak aku nak sibuk jaga hati dia. He’s big boy pandailah dia hendak hidup. Tadi aku perasan juga selepas dia bersama wanita seksi yang menghidupkan rokonya tadi dia berpindah ke arah sekumpulan wanita minah saleh yang tidak jauh di tempat kami berdiri. Siap berpelukan dan belaga pipi dengan mereka. Syurga lelaki di kelilingi wanita-wanita cantik. Begitulah keadaan Adam yang senantiasa di kelilingi wanita-wanita cantik dan seksi. Wanita-wanita itu suka di peluk dan di cium Adam geli aku di buatnya. Adam juga tidak melepaskan peluang mahu menunjukkan kehebatannya dengan memeluk wanita minah saleh itu di kiri dan kanan. Biasalah tu budaya barat. Setakat peluk cium itu sudah menjadi perkara biasa. Aku tidak seharuskan terperanjat melihat kelakuannya itu. Adam seorang jejaka yang bukan sahaja kacak dia juga punya tarikan yang membuatkan kaum wanita benar-benar tertarik padanya, sukar untuk aku terangkan, bayangkanlah sendiri. Tidak ada seorang perempuan yang tidak akan terpikat dengannya. Cara dia berbual, cara dia melayan wanita, body languagenya. Fuhh silap hari bulan tidak boleh tidur nyenyak kerana asyik angau dan teringatkan tentang dia. Susuk dari bomoh mana yang diambil Adam. Power sungguh. Tapi apa yang menghairankan. Aku tidak pula merasa bahawa dia jejaka hebat sepertimana yang aku perhatikan bila dia bersama wanita lain. Biasa sahaja, mungkin sebelum aku mengenali Adam ya aku akui aku tertarik pada ketampanan wajahnya. Tapi bila aku berkesempatan bersama lelaki itu aku merasakan Adam tiada bezanya dengan lelaki lain, tak adalah aku sampai hendak ikut dia balik ke rumah. No doubt he’s charming lah. Mungkin susuk dia tidak menjadi pada diriku agaknya. Kirakan aku lebih power dari dia, kerana setakat ini Adam belum pernah membuatkan aku mabuk kepayang dengannya tak lalu makan dan tak lalu tidur. Belum pernah juga aku mengigau menyebut namanya di dalam tidurku. Hehe..Sorry Adam ilmu kau tidak mengena pada aku.

 
To be continue...

No comments:

Post a Comment