Thursday 30 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 18


Sepanjang perjalanannya ke hospital Amirul tidak henti-henti memanjatkan doa agar pemuda yang ditemui pihak hospital di Venice 6 bulan yang lalu adalah abangnya Affendy. Amirul tidak memberitahu sesiapa tentang kunjungan ke Venice, baik Anisha mahupun mamanya. Amirul tidak mahu memberi harapan kepada mamanya kerana dia sendiri tidak tahu siapa pemuda yang ditemui mereka. Pihak hospital hanya memberitahu Amirul tentang pemuda itu kerana mereka percaya orang yang di cari Amirul selama 6 bulan lalu adalah orang yang sama kerana menurut laporan dari Amirul lelaki itu terlibat dalam kemalangan. Mereka mahukan pengesahan dari Amirul kerana pihak polis mahupun hospital tiada sebarang butir pengenalan dari pemuda yang berada di dalam keadaan coma selama 6 bulan. Setelah pemuda itu sedar dari koma dan mendapat maklumat dari pemuda itu sedikit demi sedikit pihak polis meneliti rekod laporan tentang pencarian seorang lelaki asia yang terlibat dengan kemalangan, mereka menghubungi Amirul melalui report yang di failkan dan segala maklumat Amirul tercatat di dalam report tersebut.

 

Amirul berjalan menuju kearah bilik khas yang pemuda itu di tempatkan, ditemani Dr. Philip. Pemuda yang berbaju hospital dan berambut panjang itu sedang duduk membelakangkannya. Amirul berdiri tercegat di muka pintu. Jantungnya bergedup kencang bila dia mendekati pemuda itu. Pemuda yang sedari tadi menundukkan wajahnya mula mengangkat mukanya perlahan kearah seseorang yang berdiri di hadapannya.

 

“Abg Fendy,” perkataan itu keluar dari mulut Amirul seraya mendakap Affendy erat. Dia benar-benar bersyukur kehadrat illahi kerana abangnya masih hidup dan terselamat dari kemalangan maut.

 

“Amirul,” ujar Affendy memeluk Amirul erat. Tanpa disedari air matanya mengalir laju . Rindu benar dia dengan Amirul. Setelah dia sedar 3 hari lepas dia tidak tahu apa yang berlaku ke atas dirinya. Perkara yang terakhir dia hanya mengingati bahawa kereta yang di pandu oleh pemandu syarikatnya di Venice terbabas di gaung. Selebihnya dia tidak ingat. Bila dia sedar semula dia kini berada di sebuah hospital di Venice dan menurut Doktor yang merawatnya dia berada di dalam keadaan coma selama 6 bulan. Doktor mengatakan dia bernasib baik kerana terlepas dari maut dan kecederaan yang di alaminya sembuh dengan baik. Affendy benar-benar bersyukur di beri peluang kedua untuk hidup. Orang pertama yang dingati adalah Anisha dan mamanya. Tak sabar rasanya untuk pulang ke pangkuan mama dan Anisha. Tentu mama dan Anisha risau akan dirinya.

 

 

Amirul berada di Venice selama 3 hari kerana menurut doktor Affendy perlu menjalani beberapa ujian sebelum dia dibenarkan pulang untuk memastikan bahawa Affendy sudah cukup sihat untuk di bawa pulang. Dr. Philip meminta Amirul bertemu dengannya di pejabatnya sementara Affendy berada di luar menunggunya.

 

“He was in coma when we found him, we didn’t know who to contact because there is no identification found, when is out of coma we have tried to get information from him, he can't remember due to some minor amnesia, we have call the police station to see any information or police report lodged looking for a missing person and found out your report from the Police HQ and we have decided to call you hopefully he is the one that you are looking for, we are happy to learn that he is your brother,” terang Dr. Philip kepada Amirul kerana Amirul bertanya soalan mengapa dia tidak diberitahu awal tentang pertemuan abangnya Affendy.

 

“Thanks, Dr. Philip,” ujar Amirul untuk ke sekian kali lalu bersalaman dengan Dr Philip.

 

“Yeah just you know that he might get severe headache when he is stress of something, I have given him some painkillers,”

 

“Do we have to worry about it,”

 

“No, not really,” jawab Dr. Philip seraya membuka pintu.

 

“Thanks again Doctor,” ujar Amirul seraya bersalaman dengan Dr. Philip.

 

Amirul mendekati Affendy yang duduk menunggunya di luar pejabat Dr Philip. Amirul tersenyum. Rindu benar dia dengan Affendy. Sangkanya dia benar-benar kehilangan Affendy. Dia masih belum memberitahu mamanya tentang Affendy. Dia mahu membuat kejutan buat mamanya.

 

“Apa khabar mama,” soal Affendy sebaik sahaja mereka duduk di dalam kereta milik Amirul. Kerana sepanjang penerbangan dari Venice ke KL. Affendy tidak banyak berbicara. Affendy banyak menghabiskan masa berehat. Amirul tidak mahu menganggu abangnya. Biarlah dia berehat. Mungkin dia masih terperanjat dengan apa yang berlaku ke atas dirinya.

 

“Mama, baik alhamdulilah, dia benar-benar rindukan abg Fendy, Rul tidak dapat membayangkan betapa gembiranya dia nanti bila mendapat tahu anak kesayangan pulang,” ujar Amirul seraya tersenyum. Pasti mamanya tidak menghiraukan dirinya sebaik sahaja Affendy berada di rumah kerana sibuk melayan anak kesayangannya. Amirul tidak sedikitpun merasa cemburu dengan Affendy. Affendy anak kesayangan mama kerana Affendy selalu mendengar cakap mamanya dan terlalu mengambil hati mereka. Amirul pula anak yang nakal dan degil.
 

“Rul pula bagaimana,” soal Affendy lalu menoleh ke arah Amirul.

 

“Abg betul nak tahu tentang perkembangan Rul,” soal Amirul balik. Affendy tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya lalu tersenyum. Amirul seorang lelaki yang periang dan peramah berbanding dengan dirinya seorang yang pendiam.

 

“Rul bersyukur kerana allah mengembalikan Abg Fendy dan dalam masa yang sama Rul akan mendirikan rumahtangga,” terang Amirul seraya membelokkan keretanya ke kanan memasuki kawan perumahan.

 

“Betul ke Alhamdulilah,” jawab Affendy tersenyum lagi. Fikirannya melayang jauh kepada gadis yang bernama Anisha. Gadis cantik yang berjaya bertatah di hatinya. Bagaimana keadaan Anisha sekarang. Masih ingatkah lagi dia akan dirinya. Tentu Anisha sudah boleh dapat melihat sekarang. Mungkin Anisha kembali bekerja di rumah anak yatim Darul Ehsan kembali, itu harapan Affendy. Dia bercadang untuk ke Darul Ehsan menemui Anisha dan mahu memperkenalkannya kepada mama dan Amirul. Bukankah itu niatnya sebelum dia terlibat dalam kemalangan.

 

Sedar tak sedar kereta Amirul berhenti di perkarang rumahnya. Affendy keluar memandang tepat ke arah rumah yang dirinduinya. Semua ahli rumah sudah tidur kerana mereka tiba hampir ke 2.00 pagi. Langit kelihatan gelap tanpa sebutir bintang.

 

“Bilik tu tunang Rul duduk,” ujar Amirul seraya menunjukkan kepada Affendy kea rah bilik tetamu.

 

“She’s here,” soal Affendy.

 

“Yeah mama suruh dia temankannya, while I’m staying at the guest house,” terang Amirul.

 

“So abang nak tinggal guest house dengan Rul atau you want to sleep in your room, I bet you really miss your room,”usik Amirul. Dia tahu Affendy sudah tentu mahu ke biliknya.
 
 
To be continued....

No comments:

Post a Comment