Sunday 5 May 2013

Karl & Hilda - Part 1


            Oh Mama saya mahu kawin..kawin dgn siapa..dgn siapa saja..

 

            Irama lagu nostalgia dari corong radio dendangan siapa aku sendiri tidak pasti, yang aku tahu lagu itu cukup membuatkan aku tersenyum. Manakan tidak seperti menyindir aku yang masih single and solo. Aku sendiri tidak tahu siapa pulak yang gatal tangan sudah mengubah gelombang radio kegemaran aku kepada gelombang Warna. Hissh buat sakit telinga aje. Aku menuju ke arah radio lalu menekan suiz. Radio tiba-tiba senyap..Ha..baru amanlah sedikit.

 

            “Kenapa di tutup radio tu, kan ke mak nak dengar,” jerit mak dari arah biliknya.

 

            “Radio rosaklah mak, tak tahu pulak kenapa, tetiba-tiba senyap,”jawabku memberi alasan. Kalau aku cakap aku tidak mahu mendengar lagu nostalgia tu pasti mak akan kenakan aku secukup-cukupnya. Mak memang tengah menunggu masa sahaja hendak mengenakan aku.

 

            “Mana ada rosaknya, mak nak dengar syarahan yang engkau pergi tutup radio tu kenapa,”bebel mak.

 

            Aku bangun dari sofa tempat aku baring tadi lalu menuju ke arah bilik mak. Apa yang mak buat di dalam bilik. Hmm mesti mak tengah membuat gubahan untuk majlis pertunangan Alia. Mak memang kreatif. Mak selalu juga mengambil tempahan sekiranya orang berhajat. Tapi Mak buat ini semua hanya suka-suka untuk mengisi masanya yang terluang. Aku pulak..heee jangan lah suruh aku buat, idea memanglah banyak nak membuatnya tu agak payah aku tak sekreatif mak nanti lain pulak yang jadi.

 

            “Cantik gubahan tempat letak bunga rampai mak buatkan untuk Alia,”ujarku lalu duduk bersila mengadap mak. Aku mencapai satu bakul kecil yang telah siap lalu membelek-belek perlahan.

 

            Emak tidak menjawab dia masih tekun melekatkan reben berwarna hijau di sekeliling bakul kecil itu. Setelah reben hijau dilekatkan mak mencapai gunting lalu memotong reben berwarna coklat keemasan untuk dijadikan tangkai bakul bunga rampai. Sesudah itu emak menampal bunyi kecil di kiri dan kanan bakul tersebut agar ia kelihatan lebih menarik.

 

            “Hmm Alia dah pun nak bertunang kau tu bila lagi,”

 

            Hah dah mula lah tu, aku pun satu yang aku gatal bertanya mak tentang gubahan kenapa? Saja hendak cari penyakit. Sebelum ceramah mak berpanjangan lebih baik aku larikan diri. Aku meletak kembali bakul kecil itu di dalam kotak dan bangun perlahan lalu menuju kea rah pintu.

 

            “Hah nak kemana tu,”

 

            “Nak pergi ambil wudhu dah masuk waktu,”ujarku pantas seraya berlalu ke dapur.

 

            Hehehe selamat aku tak kena lecture..kalau tidak berbulu telinga aku mendengar khutbah mak mengenai diriku. Mak risau kerana aku masih solo dan masih lagi belum menunjukan minat hendak berumahtangga.

 

            Siapa cakap aku tidak berminat, hanya aku belum bertemu dengan calon yang sesuai sahaja. Semua yang aku kenali tidak menepati criteria yang sesuai untuk aku jadikan suami. Kecewa didalam bercinta jangan cakaplah tidak boleh dihitung lagi. Kali ini aku nak rileks, cool tidak mahu terburu-buru mencari jodoh.

 

            “Apa berkhayal lagi kata nak solat,”sergah mak bila dilihatnya aku masih berdiri tercegat di depan pintu bilik air.

 

            “Opps sori,” aku bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhu.


To be continue...

No comments:

Post a Comment