Sunday 5 May 2013

Karl & Hilda - Part 5


             Hai pening kepala ana. Ana mahu rehat pun tak boleh.

 

            “Hai sayu aje, kenapa tak cukup cuti ke,”

 

            “Eh kalau nak bagi cuti lagi kecil tapak tangan satu stadium hamba tadahkan, alah boringnya aku apasal banyak sangat kerja ni,” kenapalah bagi aku hadiah kerja banyak-banyak kalau bagi hadiah lain kan bagus.

 

            “Dah kau cuti seminggu, jadi ni semua kerja seminggu kau ler, apa tak cukup nak lagi ke,”usik Fiza.

 

            Aku menunjukkan buku lima kepada Fiza. Saja cari pasal dengan aku dahlah bingit kerja melambak nak bagi aku extra kerja lagi.

 

            “Dah pi jangan nak kusutkan lagi fikiran aku yang sedia kusut,” Aikk mana pergi minah ni. Tak pasal-pasal aje aku membebel sorang.

 

            Mana nak mulakan dulu. Aku membelek fail Adoption yang baru. Hah draft ‘Petition’ dululah.

 

            Deringan telefon sedikit sebanyak menganggu konsentrasi aku bekerja.

 

            “Hello, Farah speaking,”

 

            “Hah Farah, bila nak tidur rumah mak ucu,”
 

            “Apalah mak ucu ni tak bagi salam terus straight to the point, kenapa mak ucu rindu Farah ke,” usikku sambil tersenyum. Makcikku yang bongsu atau ‘Mak Ucu’ memang rapat denganku. Sejak kematian suaminya 5 tahun lalu aku kerap bermalam di rumahnya menemani mereka dua beranak. Mak tak kisah asalkan aku tak melencong tempat lain selain rumah adiknya. Lagipun aku memang suka melayan mak ucu kerana dia sporting berbanding mak. Semua masalah percintaanku diceritakan kepada mak ucu dan mak ucu jugalah yang banyak memberi aku nasihat dan pandangan yang baik kepadaku. Mak ucu memang hebat dalam bab-bab ni.

 

            “Banyaklah kau punya rindu, itu hari dah janji nak temankan mak ucu, si Farhan ada kem kat sekolah, abis mak ucu tinggal seorang tak bestlah,”

 

            “Tak best ke takut, Farah ingatlah hari jumaat ni Farah datang, so jangan lupa masak best-best sikit,”

 

            “Makan aje tahu,”

 

            “Hah tahu tak pe,”
           


****



             “Macamana Kiah, ada tak calon yang sesuai,”soal Datin Asmah. Rokiah sudah menjadi teman karibnya sejak kini. Secara tak langsung Rokiah menjadi ejen mencari jodoh untuk anaknya. Sudah empat calon di tolak Datin Asmah. Keempat-empatnya mempunyai kerjaya yang bagus-bagus tapi semuanya ditolak oleh Datin Asmah. Bukan kerana mereka tidak berkelayakan, layak malah memang sesuai di buat calon. Tapi Datin Asmah tidak lupa akan syarat anaknya itu. Wanita-wanita itu semua wanita moden yang utamakan karier mereka. Ini yang merungsingkan Datin Asmah.

 

“Kiah kau carilah yang betul-betul tak kan tak ada yang lain,”desak datin Asmah.

 

Farah menyanyi kecil sambil mengacau teko berisi milo. Ntah apa yang riang sangat dia pun tak tahu. Cuma moodnya ok hari ni pasal tak payah dengar khutbah mak dan tak perlu bergaduh dengan abg Taufiq. Farah tersengih nakal. Jemput-jemput ikan bilis yang baru digorengnya diletakkan di atas piring. Dua cawan milo dan sepiring jemput-jemput ditempatkan ke atas dulang. Ditatang dulang itu ke ruang tamu dimana tetamu Mak ucunya berada. Farah tersenyum melihat telatah mereka berdua. Gambar anak dara yang ingin dicalonkan tersusun di atas meja. Macam-maca pose yang ada.

 

“Jemput minum Datin,”pelawa Farah sebaik sahaja dia meletakkan dulang berisi milo dan jemput-jemput di meja sisi.

 

“Terima kasih,”jawab Datin Asmah sambil menoleh ke arah Farah sekilas.

 

Farah kembali ke dapur menyambung kerjanya yang terbengkalai.

 

“Eh Kiah, sapa tu,”soal Datin Asmah setelah Farah berada di dapur.
 

“Anak sedara aku Farah, hujung minggu selalu juga dia temankan aku,”jawab Mak Ucu acuh tak acuh.

 

Tanpa pengetahuan Rokiah. Datin Asmah lebih menumpukan perhatiannya pada Farah ketika Farah sedang sibuk di dapur. Farah pantas melakukan kerja-kerja dapur tangannya ligat mencuci pinggan dan mengelap meja dapur.

 

“Hah yang ni macamana,”ujar Kiah yang tak semena-mena cukup membuatkan Datin Asmah tersentak.

 

“Emm boleh tahan, kerja apa,” Datin Asmah membelek-belek gambar gadis manis yang ditunjukkan oleh Kiah.

 

“Pensyarah,”

 

“Kita cuba,”ujar Datin Asmah lalu tersenyum.

 
To be continue...
 

No comments:

Post a Comment