Sunday 5 May 2013

"How Can I Not Love U" - Part 17


                Aku terjaga bila kedengaran pintu bilikku di ketuk berkali-kali. Sambil mengeliat kecil aku menoleh kea rah jam di sisi. Jam menunjukkan hampir ke pukul 11.30 pagi. Mak aii. Belum pernah aku bangun selewat hari ini. Burn sudah subuh aku hari ni. Apa tidaknya semalam masuk tidur sahaja sudah hendak dekat pukul 4.00pagi. Aku sebenarnya sudah pun set jam untuk solat subuh namun tidak kedengaran mungkin kerana terlalu penat sangat. Semalam setiba sahaja di condo Adam. Adam tidak menyinggah dan mengambil keputusan untuk terus balik ke crib dia. Hehehe..sorry dia kan ke vampire. Kami pun tak pernah pelawa dia. Balik aje kami terus serang dapur mencari frozen food didalam freezer yang boleh di buat supper. Perut kami sudah lapar sangat. Sungguhpun semalam Adam ada mempelawa kami utnuk singgah makan supper. Kami menolak dengan memberi alasan kami malas. Bukannya apa..make up kami pun sudah tidak tentu arah, kalau makan di luar dengan si Vampire itu kami hendak kena menjaga imej dan juga reputationnya. Kami malas hendak touch up make up lagipun. Kalau di rumah tiada sesiapa yang hendak tengok. Muka comot ke apa ke tiada siapa yang peduli. Makan, berbual dan mengumpat pasal si Vampire itu sahaja hingga ke jam 3.00 pagi lebih. Mandi dan hilangkan make up, itu dan ini sudah memakan masa berejam-jam. Hendak sahaja aku employ orang untuk removekan make up untuk aku. Malas pula hendak membuatnya sendiri. Sudahlah berdandan sahaja memakan masa sehingga sejam hendak remove pun sama lamanya. Hissh nasib baiklah aku ni tidak berapa suka sangat bermake-up. Aku pakai ini pun kerana Adam sudah membelikan aku make-up yang mahal-mahal harganya dan dia mahu aku kelihatan perfect bila setiap kali keluar bersama dengannya. Penat tau, walaupun aku tidaklah bermake-up penuh seperti artist yang senantiasa harus bermake tebal. Tetapi aku tidak pernah ambil sambil lewa bila bab menjaga complexion wajahku.

 

             “Masuk,” ujarku malas hendak membuka pintu. Lagipun pintu bilikku tidak pernah berkunci. Nadia yang masih lagi berpajamas membuka pintu menuju ke arahku seraya menyerah cordless phone kepadaku. Dia pun baru bangun tidur lah tu. Kalau tidak kerana telefon berdering agaknya masih sambung tidur.

 

             “Siapa,” soalku dengan nada malas.

 

            “Dian,” jawabnya ringkas lalu merebahkan dirinya di sebelah ku.

 

            Aku menjeling sebaik sahaja nama itu di sebut. Siapa lagi kalau tidak PA si Vampire tu. Aku tidak menyuruhnya fix apa-apa racangan hari ini. Apahal pulak dia call pagi-pagi buta ni. Opps tengahari.

 

           “Hello,” ujarku seraya menguap kecil.

 

            “Miss Era, Mr Salvatore would like to speak to you, please hold on,” ujarnya dengan suara lemak-lemak ketam. Maksud aku kalau lelaki suara macho, kalau perempuan suara seksi. Mungkin untuk pemanggil lelaki boleh angau mendengar suara Dian. Tapi untuk wanita tulen seperti aku ni serasa seperti hendak muntah di buatnya. Si Vampire ni pulak macam dia tidak boleh call handphone aku directly sendiri. Semua hendak melalui PAnya. Mengada betul.

 

           Aku menyerahkan telefon cordless kepada Nadia. Kalau dia hendak berurusan dengan aku melalui PAnya. Dia pula harus berurusan denganku melalui advisor aku. Hehe. Rasakan.

 

           “Hi Era,” ujar Adam sebaik sahaja talian sudah di sambungkan.

 

           “Nadia,” jawab Nadia ringkas seraya mengosok-gosok matanya perlahan.

 

           “Nadia, Era mana?,” soal Adam hairan kerana dia meminta Dian menyambung talian kepada Era bukan Nadia.

 

          “Sebelah I, lagi tidur, I boleh sampaikan message pada dia,” jawab Nadia acuh tak acuh.

 

          “Oh ok, I hendak ajak dia lunch today at 1.00pm di II Divo Ristorante Italiano, Harris will fetch her,” ujarnya seraya bermain-main dengan pen mont blanc nya. Sudah tiba masanya, untuknya memainkan peranan untuk menakluki hati Era. Dia dapat merasakan Era sudah jatuh hati dengannya. Maka mudah untuknya memanipulasi Era dan memenangi betnya dengan Raoul.

 

          “Let me check her schedule for today,” jawab Nadia seraya menekap receiver telefon. Nadia menoleh kea rah Era.

 

           “Si Vampire tu ajak lunch kat Italian restaurant,” bisik Nadia perlahan.

 

           Aku menoleh kearah Nadia. Apa mimpi si Vampire tu ajak aku makan lunch hari ini belum pernah umur dia luangkan masa lunchnya untuk aku. Ini mesti ada makna. Aku mengelengkan kepala menandakan aku tidak free hari ni. Aku malas hendak keluar, penat semalam masih lagi terasa. Lagipun Nadia tidak bekerja hari ni. Kalau aku hendak keluar pun, aku hendak pergi shopping dengan Nadia atau menonton wayang. Dengan si Vampire tu hendak buat apa. Nanti sudahnya aku dan dia asyik bertekak aje, dahlah tak boleh cuci mata bila bersama dengan dia.

 

          “She’s not free today,” ujar Nadia.

 

             “Not free, dia hendak kemana?,” soal Adam ingin tahu. Plan apa yang Era buat sendiri. Memanglah dalam 3 minggu ini dia hanya keluar dengan Era 3 kali termasuk semalam. Hari-hari lain Era keluar shopping sendiri dan buat hal sendiri. Era tidak pernah sekali pun menghubunginya mahupun mengajak dia keluar bersama. Pelik. Ada juga masa-masanya dia menyuruh Harris mengekori Era tanpa pengetahuannya. Dia ingin memastikan bahawa Era bukan seorang penipu atau penjenayah. Era selalu ke rumah-rumah kebajikan dan menghabiskan masanya hampir setengah hari di sana. Rumah kebajikan yang menjadi kunjungan Era, selalunya Rumah Anak-Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa di Lorong Bunga Cina. Dia juga tahu Era sudah tidak bekerja lagi sejak mendatangani kontrak 3 bulan bersamanya. Era jarang menghabiskan masa di condonya. Dan kenyataan kad kredit dari pihak bank yang di terima, jumlah kredit yang digunakan pun tidak seperti yang di jangkakan olehnya. Era hanya guna sedikit sahaja kurang dari RM500. Dia hanya mengunakan kad kredit bila berkunjung di restaurant-restaurant posh dimana Dian yang membuat tempahan untuknya. Atau ke tempat-tempat yang hanya mengunakan kredit kad. Hairan. Itu bukan kehidupan wanita-wanita kaya. Kalau orang kaya membuat kebajikan pun tidak sepertinya. Mereka ke charity gala yang selalu di adakan di Hotel-hotel terkemuka dan bukan menghabiskan masa bersama orang yang di derma. Wanita kaya suka menghabiskan wang ke tempat-tempat seperti Spa, shopping dan berlibur. Bukankah Era mahu merasa hidup mewah tapi kenapa dia tidak mengambil peluang ini dengan sebaiknya. Adam memang tidak pernah mahu ambil tahu tentang kegiatan-kegiatan wanita-wanita yang pernah di dampinginya sebelum ini. Dia tidak pernah kisah kemana wang yang di laburkan pada mereka pergi. Malah sudah menjadi kebiasaan baginya menerima statement card credit yang di gunakan setiap seorang wanita yang pernah menjadi kekasihnya dahulu mencecah ke angka RM10k dalam masa sebulan sahaja. Malah dia hampir sahaja terjatuh dari kerusi bila mendapati kredit Era jauh berbeza dari wanita sebelumnya. Apa yang dimahukan Era.

 

            “Saja, duduk rumah malas hendak keluar, or maybe later girls day out,” jawab Nadia ringkas agar Adam faham akan maksudnya yang Era tidak mahu keluar bersamanya hari ini.

 

            “Ok, since you berdua hendak duduk rumah hari ini, I’ll come over for lunch, can you girls cook lunch for me, I’m sure you berdua pandai masak kan or tak pernah masak langsung,” sindir Adam seraya tersengih. Dia tidak akan mengalah. Perkataan mengalah tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya.

 

            Nadia mengetap bibir menahan geram. Si Vampire ni tak tahu give up. Suka hati makcik dia aje mengata tentang kami. Nadia mengoyang-goyang bahu Era.

 

            "Apa,” soalku dengan mata kelat.

 

            “Vampire suruh masak lunch untuk dia,”

 

            “Gila sekarang dah pukul 11.45 pagi mana ada masa nak masak lunch, nak kena pergi pasar lagi, cakap dia datang dinner aje, dan bersedia untuk makan pedas,” jawabku sambil lewa. Huh si Vampire hendak makan masakan rumah. Apa tebiat ke dia. Belum pernah umur dia makan di rumah. Bachelor macam dia suka makan di restaurant yang posh atau paling koman pun Bistro. Ntah pandai ke tidak dia makan masakan melayu. Bukankah dia mat saleh celup. Siaplah kau. Aku plan nak masak ikan pari asam pedas. Meleleh air mata kau bila pekena penangan asam pedas ikan pari aku. Kalau masakan orang serani ada panggil devil’s curry. Aku namakan asam pedas vampire khas buat Adam.

 

            “Dinner at 7.30 and we hope that you can take spicy food,” ujar Nadia seraya menjeling kearah Era yang masih lagi dalam posisi sama sambung tidur. Dia tidak tahu memasak. Makan bolehlah. Jadi dinner malam ni bergantung kepada chef Era.

 

            “No problem,” jawab Adam seraya mematikan telefonnya. Adam masih lagi memikirkan mengenai personal Ad Era. Adam dapat merasakan bahawa Era punya agenda tersendiri tapi dia tidak dapat mengagak apa agendanya. Era wanita biasa yang di kenalinya secara tak langsung dahulu tiba-tiba ingin menjadi seorang wanita yang canggih dan ingin merasa kehidupan orang kaya dan berkekasih lelaki sepertinya. Tapi bila dia diberi peluang untuk berbuat demikian. Dia tidak mengunakannya dengan sebaiknya.

 
To be continue...
 

No comments:

Post a Comment