Wednesday 15 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 15


Masih lagi terngiang-ngiang perkataan yang keluar dari mulut Amirul. Semalaman Anisha asyik terfikirkan kata-kata Amirul. Barang yang lepas jangan di kenang kalau di kenang meracun diri. Anisha tidak pernah terfikir dia akan hidup bahagia selepas kejadian yang menimpa dirinya, tanpa abg long. Tapi kehadiran Amirul kali ini seakan memberi lembaran baru dalam hidupnya. Walaupun Amirul bukanlah abg long tetapi Anisha dapat merasakan bahawa mereka berdua seperti ada persamaan. Seolah-olah Anisha pernah mengenali Amirul sebelum ini.

 

“Assalamualaikum,”

 

“Waalaikumsalam,” jawab Anisha seraya menoleh kearah orang memberi salam. Jejaka yang ditemuinya tiga hari lepas berdiri di sebelahnya. Jejaka yang berjaya menyedarkan Anisha dari terus diselubungi perasaan bersalah dan sedih. Anisha akui kebenaran kata-kata Amirul.

 

“Saya dapat pesanan dari Mak Nab yang cik Anisha hendak bertemu dengan saya,” ujar Amirul sopan. Hatinya berbunga riang bila mendapat pesanan dari Mak Nab bahawa Anisha ingin bertemu dengannya. Sangka Amirul, Anisha tidak sudi berjumpa dengannya selepas pertemuan mereka kelmarin. Amirul sudah berjanji tidak akan menganggu Anisha sekiranya dia masih lagi tidak berjaya membuatkan gadis itu menerima kenyataan bahawa orang yang disayanginya itu sudah pergi. Patah tumbuh hilang berganti.

 

“Saya minta maaf kerana selama ini saya berkasar pada saudara, saya tidak bermaksud hendak menyinggung hati saudara, saya berterima kasih kepada saudara kerana menyedarkan saya,” ujar Anisha seraya tersenyum. Buat pertama kali selama hampir 7 bulan dia tersenyum.

 

“Saya hanya akan menerima maaf cik Anisha sekiranya cik Anisha memanggil saya Amirul, tak usahlah bersaudara-saudara dengan saya, saya bersyukur kerana cik Anisha sudah sedar sekarang tidak lagi bersedih seperti dahulu,” ujar Amirul gembira kerana berjaya membantu Anisha.

 

Anisha tersenyum malu bila Amirul mengusiknya.

 

“Saya Amirul Shamri, berusia 29 tahun dan masih single, selamat berkenalan,” ujar Amirul seraya menghulur tangannya.

 

Anisha ketawa kecil bila Amirul memperkenalkan dirinya begitu. Anisha hampir kurang percaya bila Amirul mengatakan usianya 29 tahun. Amirul tidak kelihatan seperti lelaki berusia 29 tahun dia kelihatan muda dari usianya yang sebenar. Amirul seorang lelaki yang periang dan juga nakal. Anisha mendapat tahu dari papanya Dr Azman. Amirul seorang pemuda yang tidak kenal erti putus asa. Amirul cuba mengenalinya walaupun dia selalu memarahi pemuda itu dengan kata-kata kasar.

 

“Nur Anisha,” jawab Anisha ringkas seraya menyambut huluran tangan Amirul.

 

“Nur Anisha sahaja, tak apalah, sebagai permulaan Nur Anisha dulu, asalkan Anisha sudi berkawan dengan saya,” ujar Amirul seraya tersenyum. Menyerlahkan lagi wajah tampannya bila dia tersenyum.


To be continue..

No comments:

Post a Comment