Wednesday 15 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 12


Anisha berjalan perlahan menuju kea rah tasik tempat dia dan abg long kunjungi selalu sebelum dia pulih penglihatan. Abg long sukakan tasik itu katanya permadangannya indah dan mendamaikan. Walaupun ketika itu Anisha tidak dapat melihat dia mengaku akan kebenaran kata-kata abg long mengenai taman reakreasi itu. Dia dapat merasakannya. Jadi bila dia sudah dapat melihat. Anisha kembali ke tasik itu cuba mengembalikan kenangan indahnya bersama abg long. Dia tetap menjadi pengunjung setia ditaman rekreasi itu walaupun tanpa orang yang disayanginya. Anisha sedar ramai pengunjung yang datang ke tasik itu untuk beriadah, berjogging dan ada juga ke sana untuk berpicnic bersama keluarga. Ramai kesana punya tujuan. Tujuan untuk beriadah dan tujuan untuk meluangkan masa bersama keluarga. Dan dia ke tasik hanya untuk menikmati keindahannya sahaja. Hampir setiap hari dia kesana. Dia akan duduk di bangku yang sama dan menghabiskan masa selama satu jam duduk di sana tanpa di temani sesiapa. Dan sekiranya bangku itu di duduki seseorang Anisha hanya berdiri selama mana yang dia bertahan sebelum jalan pulang ke rumah. Begitulah rutinnya.

 

“Assamualaikum, tak sangka saya dapat bertemu dengan cik Anisha di sini,”tegur seseorang sekaligus mematikan lamunan Anisha.

 

Anisha menoleh kearah suara yang menegurnya. Amirul tersenyum. Anisha tidak membalas. Tiada senyuman. Atau lebih tepat lagi tiada reaksi. Dia menoleh kearah Amirul sekilas lalu memandang ke arah tasik semula. Dia tidak mahu diganggu. Amirul mengeluh kecil. Susah benar hendak mengembalikan senyuman di bibir Anisha seolah-olah dia sudah lupa untuk tersenyum lagi. Tapi kenapa? Apa yang menyebabkannya begitu? Amirul benar-benar ingin tahu.

 

Ada apa saudara cari saya,” ujar Anisha tanpa menoleh kearah Amirul yang masih lagi berdiri tercegat di sebelahnya.

 

“Ssaya hendak melukis wajah wanita melayu yang cantik seperti cik Anisha,” jawab Amirul. Gembira kerana Anisha sudi berbual dengannya walaupun nada suaranya tidak begitu mesra.

Anisha menoleh kearah Aina yang turut berada tidak jauh dari Amirul. Dia tahu Amirul di temani Aina.

 

“Aina juga gadis melayu yang cantik, kenapa tidak sahaja saudara melukis wajahnya,” ujar Anisha lagi. Aina disebelah hanya mendiamkan diri. Dia dapat merasakan Anisha tidak suka di ganggu dan tidak akan melayani mereka.

 

“Ssaya-,”

 

“Sudahlah janganlah saudara membuang masa, saya tahu akan tujuan saudara kemari, bukan kerana hendak melukis, saya tahu saudara kemari kerana hendak bertemu dengan saya, pembantu saya ada memberitahu saya bahawa saudara mengikuti perkembangan diri saya,” jawab Anisha tanpa menoleh kea rah Amirul.

 

Amirul terperanjat mendengar keterangan Anisha. Dari penampilan dan wajahnya yang cantik tidak mungkin tuturnya sekasar sebegini. Dia percaya Anisha seorang yang lemah lembut yang sepadan dengan orangnya.

 

“Saya mahu melihat cik Anisha gembira, saya yakin cik Anisha tidak begini sebelum ini,” jawab Amirul. Dia tidak mahu lagi berbohong kepada Anisha kerana di mahu mengembalikan keceriaan pada wanita itu. Kenapa wanita itu terlalu keras hati dan apa yang menyebabkan Anisha jadi begini. Dia yakin Anisha seorang wanita yang ceria suatu ketika dahulu.

 

Gembira. Perkataan gembira itu tidak lagi wujud di dalam kamus hidup Anisha. Tiada lagi ruang di hatinya untuk kembali gembira. Duka, itulah hukumannya kerana membenarkan abg long pergi ke Venice. Itulah hukumannya hingga menyebabkan Affendy pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya. Airmata Anisha merembis keluar bila setiap kali dia mengingati abg long. Kenapa mesti Amirul membuka lukanya kembali. Kenapa mesti Amirul menyeksanya lagi. Tidak cukupkah penderitaan yang ditanggungnya selama ini, tanpa orang yang memberinya harapan, tanpa orang yang dicintai.

 

“Awak tiada hak untuk mencampuri urusan peribadi saya, tolong jangan ganggu saya lagi,” jawab Anisha marah seraya menoleh kearah Amirul. Airmatanya mengalir laju. Sekali lagi hati Amirul tersentuh bila melihat Anisha menangis lagi. Dia tidak tahu niatnya yang baik itu benar-benar membuatkan Anisha semakin terluka hati.

 

“Saya tidak berniat hendak menyakitkan hati Cik Anisha, saya hanya ingin membantu,” terang Amirul serba salah bila wanita cantik itu menangis. Dia merasa kesal akan perbuatannya itu sehingga membuat Anisha bersedih lagi.

 

“Please I beg you, leave me alone,” ujar Anisha seraya meninggalkan Amirul.


To be continue...

No comments:

Post a Comment