Wednesday 23 April 2014

Azalea Orkid - Part 40


Aku menghidupkan handphone semula. Rumah Condo yang akan aku duduki selama 3 bulan ku pandang sayu. Terasa sunyi kerana hanya aku yang tinggal di sini seorang. Condo Bishan Loft milik keluarga Shafinas. Waktu siang anak pembantu penjaga rumah Shafinas, Nurul Ain akan mengemas dan memasak untuk aku. Aku harus belajar hidup berdikari tanpa Adam, Della dan Mak Limah. Aku sudah nekad aku mahu baik semula dan inilah cara yang terbaik untuk aku pulih.
 
 

Notification di telefonku berbunyi bertalu-talu menandakan terdapat banyak miss call dan message yang aku terima. Aku mencapai handphone. 48 miss calls dan 32 messages yang aku terima semuanya dari Adam. Hatiku menjadi sebak bila mengingatkan Adam pasti dia sedang sibuk mencariku. Maafkan Lea Abang..Lea terpaksa demi untuk kebaikan kita bersama. Aku benar-benar rindukan Adam dan Jasmin. Air mataku mengalir perlahan. Terasa seksa berjauhan dengan mereka. Tak tertanggung rinduku pada mereka.
 
 

Telefonku berdering minta diangkat. Aku menyeka air mataku perlahan. Aku mencapai telefon dari katil lalu menjawab telefon.
 
 

"Assalamualaikum,"
 
 

"Waalaikumsalam, Lea? Where are you dear?," ujar Adam perlahan dengan nada risau. Air mataku mengalir lagi mendengar suara risau Adam. Aku telah menyusahkan Adam.
 
 

"Maafkan Lea bang...,"
 
 

"Lea sayang..Lea dimana sekarang abang jemput Lea..abang tak marahkan Lea..," ujar adam dgn nada memujuk. Dia tidak mahu menguris hati isterinya. Lega hatinya bila mendengar suara Lea sekurang-kurangnya Lea dalam keadaan selamat.
 
 

"Lea tidak berada di KL bang..," jawabku perlahan cuba menahan sebak.
 
 

"Tak berada di KL?? Lea berada dimana sekarang??," ujar adam terperanjat bila isterinya mengatakan dia tidak berada di KL. Lea dimana?
 
 

"Lea di Singapura,"
 
 

"Singapura??," Adam mengeluh kecil terperanjat bila mengetahui destinasi isterinya berada. Jauh ke Singapura.
 
 

Aku hanya mampu mendiamkan diri. Pada awalnya aku tidak mahu menjawab pangilan telefon dari Adam langsung  kerana tidak mahu Adam menjejaki aku. Namun aku tidak sampai hati untuk membuatkan Adam risau. Biarlah dia tahu aku berada dimana dan tujuan aku ke Singapura. Aku berdosa kerana meninggalkan rumah tanpa kebenaran suami.
 
 

"Sayang..kalau abang buat salah pada sayang abang minta maaf..janganlah merajuk dengan abang sampai sayang lari jauh ke Singapura, abang risaukan Lea," ujar adam perlahan.
 
 

"Lea tak merajuk dengan abang," jawab ku perlahan.
 
 

"Cuba sayang beritahu abang kenapa sayang berada di Singapura?" tanya Adam lembut. Ingin tahu akan sebab isterinya ke Singapura. Lea tidak akan ke Singapura tanpa sebab. Dan sepertimana yang Lea katakan tadi, jika dia mahu lari darinya Lea tidak akan menjawab pangilannya.
 
 

"Kalau Lea berterus terang dengan abang, abang janji tak akan marahkan Lea?"
 
 

Aku terdengar Adam mengeluh kecil di hujung talian.
 
 

"Tak..abang tak marah," jawab Adam menyakinkan Lea.
 
 

"Lea ke Singapura untuk mendapatkan second opinion dari Neurologist  di Singapura," jawabku menerangkan kepada Adam akan tujuan aku ke Singapura.
 
 

"Kenapa sayang tidak berbincang dengan abang dulu, Lea kesana seorang..siapa yang akan membantu Lea di sana nanti?," tanya Aadam dengan nada risau.
 
 

"Shafinas yang menguruskan semua buat Lea..tempat tinggal dan ada pembantu yang menjaga Lea," jawabku serba salah. Merasa bersalah sangat kerana membuatkan Adam benar-benar risau.
 
 

"Abang datang Singapura esok, sayang beritahu alamat tempat tinggal sayang," ujar Adam perlahan. Walaupun Lea menyatakan semuanya sudah diuruskan oleh Shafinas dia masih mahu tahu dimana Lea tinggal dan memastikan dia hadir tiap appointment Lea bertemu dengan Doktor specialist dan keadaan Lea selesa dan terjaga.
 
 

"Nanti abang tidak benarkan Lea berada di sini? Lea tidak mahu menyusahkan abang, nanti abang ambil cuti hendak menjaga Lea..kalau abang ke sini siapa yang hendak menjaga Jasmin? Sebab itu Lea tidak mahu memberitahu abang," terangku panjang lebar. Aku tahu Adam akan meninggalkan semua dan datang menemani ku di sini.
 
 

"Lea isteri abang..sudah tanggungjawab abang untuk menjaga Lea..ok abang terima penjelasan Lea..abang hanya ke Singapura untuk memastikan tempat tinggal Lea dan temujanji Lea di hospital berjalan dengan lancar..abang janji akan memberi kepercayaan kepada Lea...abang akan pergi ke Singapura setiap hujung minggu dan cuba hadiri setiap doktor appointment Lea," terang Adam. Jika Lea tidak mahu dia mengambil cuti untuk menemaninya di Singapura Lea harus bersetuju dengan cadangannya. Ikutkan hati dia tidak setuju membiarkan Lea sendirian di Singapura, namun dia tahu Lea melakukan ini semua kerana dia mahu pulih. Hendak sahaja dia terbang semula ke Singapura untuk bersama dengan Lea sekarang. Dia teramat rindu pada Lea.
 
 

“Baiklah bang...Lea text abang alamat tempat tinggal Lea,“ ujarku perlahan.
 
 

“I love you sayang, please...don’t do that ever again, we can talk things out, jangan tinggalkan abang macam tu,” ujar Adam perlahan.
 
 

“I love you too…I’m so sorry dear..I also can’t bear to be away from you, but I have to do something, I want to be well,” jawabku sayu. Aku juga tidak dapat berjauhan dengan Adam dan Jasmin.


“You better rest well dear..you jumpa doktor esok?,” soal Adam ingin tahu.
 

“My appointment lusa,” jawabku
 
 
“So we can have our sometime together tomorrow, I want to bring you to the place I love the most in Singapore,” jawab Adam lalu tersenyum. Dia pernah ke tempat yang akan di bawa Lea sekali dan dia suka pada tempat itu dan ingin membawa Lea ke sana. Supertree Garden.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment