Tuesday 15 April 2014

Azalea Orkid - Part 21


Adam melonggarkan tali lehernya. Dia benar-benar terlupa akan charity dinner untuk persatuan arkitek seluruh Malaysia yang di adakan di Hotel Sheraton. Kalau tidak diingatkan setiausahanya Lisa tadi, pasti dia tidak dapat hadir. Dia membuka boot kereta lalu mengeluarkan suit Ermenegildo Zegna yang ditempahnya kelmarin. Dia tidak sempat hendak memilih baju apa yang sesuai. Adam terperanjat bila lampu di ruang tamu dinyalakan.
 
 

Lea berada di rumah.
 
 

Dia melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 7.45 malam. Hari sabtu malam minggu Lea berada di rumah? Pelik. Adam mengerutkan dahinya hairan. Lea sakitkah? Adam bergegas menuju kearah pintu dan menyeluk sakunya untuk mencari anak kunci bila tiba-tiba pintu di buka dari dalam. Azalea berdiri tercegat di hadapannya.
 
 

“Lea hendak pergi mana?,” soal Adam matanya memandang ke wajah isterinya tanpa berkelip. Terpegun melihat kejelitaan Lea pada malam ini. Lea mengenakan evening dress berwarna light blue. Wajahnya di dandan rapi. Kalaulah Lea mahu keluar dengan kelihatan seksi dan cantik begini dia sanggup melupakan dinner persatuannya. Dia tidak akan membiarkan Lea pergi bersama teman-temannya. Dan dia tidak rela lelaki lain berdampingan dengan Lea selain dirinya.




“I tak pergi mana-mana, malam ni kan anniversary kita,” jawabku lalu tersenyum gembira. Aku sedar Adam terpegun melihat diriku malam ini. Masakan tidak apa mimpi aku hendak berdandan dan memakai evening dress hanya untuk makan malam bersama Adam yang tidak pernah ku pedulikan selama ini.
 
 

Lidah Adam kelu untuk berbicara. Dia tidak tahu samada dia bermimpi atau dia sedang berkhayal bila Lea berkata demikian. Belum pernah Lea sebaik hari ini dengannya. Selama ini layanan yang diberikan Lea dingin. Lea tidak pernah ingat mahupun hiraukan hari-hari penting dalam hidup mereka kecuali hari lahir Jasmin.
 
 

“You ada dinner malam ni??,” ujarku bila terperasan Adam memegang suit hitam tailor dengan suitcasenya.
 
 

“Charity Dinner, black tie,” jawab Adam dengan wajah serba salah. Matanya tidak lepas dari memandang Azalea. Isterinya kelihatan cantik sekali malam ini. Jika dia tahu Lea mahu menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Adam tidak akan pergi ke Charity Ball dan Adam akan menempah restaurant siap dengan candle light dinner untuk meraikan hari istimewa mereka bersama. Adam tidak berbuat demikian kerana dia menyangka Lea tidak mengingati atau tidak ambil peduli tentang Anniversay kami. Dia sangka Lea akan keluar dengan teman-temannya malam ini.
 
 

Tapi Lea tidak keluar dengan teman-temannya dan mahu meraihkan hari ulangtahun perkahwinan mereka bersama. Adam benar-benar tidak percaya dengan apa yang di dengar. Adakah Lea sudah dapat menerimanya. Kalau benar dialah orang yang paling bahagia sekali malam ini.
 
 

“I’ll guess you better go..,” jawabku sedikit kecewa kerana Adam terpaksa pergi menghadiri Charity Ball. Segala usahaku hanya sia-sia. Sangakaku hari ini adalah hari yang sungguh bermakna untukku kerana aku sudah berjanji untuk berubah. Aku mahu mencintai Adam dan menerimanya sebagai suamiku. Aku tidak lagi mahu lagi menyakitkan hatinya. Adam terlalu baik untuk di sakitkan hatinya. Walaupun aku terpaksa menerima hakikat bahawa Adam hanya cintakan Orkid dan bukan diriku.
 
 

Apa benar dia tidak bermimpi? Kalau ianya mimpi dia tidak ingin untuk sedar dari mimpi ini. Apa benar wanita yang berada di hapadannya itu Lea, isterinya?
 
 

Melihatkan Adam hanya mendiamkan diri aku mahu ke bilik bila tiba-tiba Adam menarik tanganku. Aku tersentak.
 
 

“Care to be my date tonight?,” ujar Adam lalu memandang tepat kearah anak mataku.
 
 

Aku merasa gugup bila Adam berkata demikian. Belum pernah aku merasa gugup di depan mana-mana lelaki tidak kiralah lelaki yang aku sukai atau lelaki yang sehebat Adam. Belum pernah jantungku berdegup kencang. Belum pernah hatiku tersentuh bila mendengar kata-kata romantis dari lelaki yang pernah kukenali dahulu. Sungguh belum pernah. Kerana hatiku tidak selemah wanita lain yang akan cair bila setiap kali lelaki merayu. Malah ramai mantan teman lelakiku yang pernah berkata aku tidak mempunyai perasaan seperti wanita biasa hanya kerana aku tidak pernah merasa seperti mana aku rasakan sekarang. Aku dapat merasakan seolah-olah kupu-kupu berada di dalam perutku.
 
 

“You don’t mind…, I mean, what about your date?, I’m sure you dah arrange everything,” ujarku cuba mengawal perasaan gembiraku. Aku tidak mahu Adam tahu bahawa aku sebenarnya gembira dengan perlawaannya itu. Aku belum pernah menghadiri dinner mahupun function apa-apa bersama Adam sejak kami menjadi suami isteri. Adam banyak kali juga mengajakku namun aku menolak perlawaannya bulat-bulat kerana aku tidak mahu kenalan atau teman-teman Adam mengetahui aku isterinya. Lagipun aku tidak pernah menganggap Adam sebagai suamiku sebelum ini.
 
 

“To be honest, I terlupa langsung mengenai dinner malam ni and I tak ada date, but too bad I still have to attend this dinner,” jawab Adam tersenyum lagi. Dia berharap benar Lea dapat menghadiri majlis itu bersama dengannya.
 
 

Sudah lama dia berdoa dan mengimpikan agar Azalea dapat menerimanya. Adam merasa begitu teruja akan perubahan Lea. Dia benar-benar bersyukur. Adam tidak akan membiarkan dirinya di belenggu rasa bahawa Lea akan kembali kepada perangai asalnya selepas malam ini. Adam tidak mahu memikirkannya. Adam tidak kisah kalau Lea hanya baik padanya malam ini sahaja yang penting Lea mahu bersamanya dan menunjukkan bahawa Lea sudah mula mahu menerimanya. Dia dapat merasakan ini adalah langkah awal yang dapat merapatkan lagi hubungan mereka. Adam berbesar hati dapat berdampingan dengan Azalea isterinya sendiri hari ini bukan teman sekerja mahupun kenalan wanitanya yang lain.
 
 

“Ok.., I nak ambil kasut I,” jawabku ringkas lalu tersenyum aku melangkah menuju kearah anak tangga di temani Adam.
 
 

“Give me 30 minutes, I will be ready by then,” jawab Adam agak tergesa-gesa mendaki anak tangga.
 
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment