Tuesday 8 April 2014

Azalea Orkid - Part 6


Aku duduk sambil merenung kosong ke arah meja di hadapan. Bunyi bising deringan telefon tidak sedikit pun ku hiraukan. Perasaan yang aku rasakan sekarang. Kosong. I feel numb sejak beberapa bulan yang lalu. Aku sabar menanti panggilan dari setiausaha peguam Raihan. Peguam Syariah yang mengendalikan wasiat Orkid. Aku menerima panggilan telefon dari peguam Orkid untuk menghadirkan diri di pejabat mereka mengenai wasiat Orkid. Dan menurut Peguam Raihan, Adam turut akan hadir bersama kerana dalam wasiat Orkid, nama Adam turut tertulis di dalamnya. Aku tidak peduli tentang Adam kerana dia orang asing. Dia bukan abang iparku dan dia tidak ada kena mengena dengan hidup aku dan Jasmin setelah Orkid tiada.
 

“Encik Raihan ada?,” tegur Adam Alfian sebaik sahaja dia tiba di meja penyambut tetamu firma guaman Aliff, Raihan & Partners. Matanya melirik kearah Lea. Lea kelihatan termenung dan tidak menyedari kehadirannya. Sejak pengembumian arwahyahamah. Lea memberitahunya bahawa dia tidak memerlukan bantuan darinya lagi kerana mereka bukan keluarga. Tiada sebab Adam masih meneruskan hubungan dengan Jasmin lagi. Adam terpaksa menurut kehendak Lea walaupun dia merasa tidak menjadi salah sekiranya dia masih mahu bertemu dengan Jasmin kerana dia sayangkan Jasmin seperti anaknya sendiri dan dia ikhlas memberi kasih sayangnya kepada Jasmin. Namun dia turutkan juga kehendak Lea dan menjauhkan dirinya dari Jasmin.
 

“Ada, dia akan bertemu dengan Cik Lea dan Encik Adam Alfian sebentar lagi,” ujar Aisyah penyambut tetamu itu lalu tersenyum.
 

“Terima kasih,” jawab Adam Alfian lalu duduk di sofa yang tidak jauh dari Lea duduk. Dia tahu Lea masih lagi bersedih di atas kehilangan Orkid. Adam Alfian turut bersedih. Kehilangan Orkid masih terasa walaupun sudah tiga bulan arwahyahamahnya sudah pergi meninggalkan kami. Kalau tidak kerana kedegilan Orkid sudah lama dia sudah menikahi wanita itu. Dia cintakan wanita itu tapi dia tidak tahu mengapa Orkid seakan mengelak bila dia mengutarakan soal kahwin.
 

“Cik Lea, Encik Adam Alfian, Encik Raihan mahu ketemu,” ujar Maya setiausaha Raihan. Lea bingkas bangun lalu mengekori Maya menuju kearah pejabat Raihan diekori Adam Alfian dari belakangnya. Sebaik sahaja pintu dibuka Maya menunjukkan Lea dan Adam Alfian ke tempat duduk mereka.
 

“Assalamualaikum, saya pasti cik Lea dan Encik Adam Alfian sedia maklum kenapa awak berdua di kehendaki menghadiri pejabat saya hari ini, ini berkenaan dengan surat wasiat arwahyahamah Orkid. Sebelum arwahyahamah meninggal dia ada bertemu dengan saya mengenai surat wasiat. Selain dari wasiat guaman, arwahyahamah ada meninggalkan dua pucuk surat kepada anda berdua, surat ini di tulis oleh arwahyahamah sendiri dan saya sendiri tidak tahu akan isi kandungannya. Arwahyahamah meminta kamu berdua membacanya disini dan saya akan uruskan pembacaan wasiat ini sebaik sahaja anda habis membacanya,” terang peguam Raihan begitu tenang dan teratur.
 

Maya menghampiri Lea lalu menyerahkannya sampul surat berwarna biru yang tertera nama ‘Azalea’ dihadapannya. Aku menyambut, hatiku merasa sayu bila tiap kali nama Orkid disebut. Aku tidak menyangka Orkid meninggalkan kami dalam usia yang muda. Allah lebih menyayanginya. Aku membuka sampul surat itu perlahan. Surat dua lembar itu kubaca dengan wajah tenang.
 

Assalamualaikum adindaku Azalea,

Terlebih dahulu Orkid ingin meminta maaf di atas kedatangan surat ini. Orkid sendiri tidak tahu mengapa hati ini tiba-tiba ingin menulis warkah buat Lea dan Adam Alfian. Sesungguhnya Orkid tidak tahu mengapa Orkid berbuat demikian. Lea, hanya Lea dan Jasmin sahaja yang Orkid sayangi selepas arwah mama dan papa pergi. Orkid tidak pernah mendapat kasih sayang dari bekas suami Orkid, Farhan. Orkid sedar, Lea yang menjaga Orkid dan Jasmin selepas berpisah dengan Farhan. Budi baik dan pengorbanan Lea tidak pernah Orkid lupakan. Orkid berbangga mendapat seorang adik sebaik Lea. Lea begitu ambil berat tentang kebajikan kami. Tanpa Lea, hidup kami dua beranak tidak bermakna dan tidak bererti. Orkid sedar Lea tidak berapa setuju bila Orkid berkawan dengan Adam Alfian kerana Lea khuatir hati Orkid akan terluka sekali lagi. Orkid kenali hati budi Adam Alfian. Dia seorang jejaka yang baik dan penyayang. Walaupun setelah mengetahui bahawa Orkid adalah seorang janda beranak satu, layanan Adam Alfian tidak pernah berubah dia ikhlas mahu memperisterikan Orkid dan menjadi bapa kepada Jasmin, malah sudah beberapa kali dia cuba melamar Orkid namun Orkid menolaknya. Orkid tidak tahu kenapa hati ini berdebar-debar bila setiap kali Adam Alfian mengajukan soal kahwin. Orkid sukakan Adam Alfian tetapi Orkid belum bersedia untuk hidup bersama dengannya.
 

Lea, sekiranya Orkid tiada lagi di dunia ini, Orkid berharap Lea dapat mengasuh dan memelihara Jasmin. Jasmin tiada sesiapa lagi di dunia ini melainkan Lea dan Adam Alfian. Orkid berharap Lea dapat menunaikan hasrat Orkid.
 

Air mataku mengalir laju tanpa dapat ku tahan lagi, bila membaca setiap baris perkataaan tertulis di dalam warkah Orkid. Titisan air mataku jatuh di atas surat tersebut. Hatiku benar-benar sebak. Aku menyeka air mataku lalu menyambung membacanya.
 

Orkid mahu Lea mendirikan rumah tangga bersama Adam Alfian. Mungkin permintaan Orkid ini agak keterlaluan tapi inilah cara yang terbaik buat Jasmine dan Lea. Orkid harap Lea mengerti maksud Orkid. Jasmin perlukan Adam Alfian. Sepertimana Jasmin perlukan penganti mamanya iaitu auntienya sendiri. Orkid harap Lea dapat menunaikannya.

Sekian Wasalam,

Kekandamu Orkid
 

Aku melipat kembali surat Orkid dan menyimpannya semula ke dalam sampul surat. Tisu yang berada di sebelah kerusiku ku capai sehelai lalu menyapu sisa air mataku.
 

 “Encik Raihan, tiada sesiapa yang berhak menjaga Jasmin selain dari saya, saya akan menjaga Jasmin, tapi saya tidak dapat menunaikan hasrat arwahyahamah untuk bernikah dengan Adam Alfian,” jawabku tenang tetapi tegas. Aku tidak mungkin akan bernikah dengan Adam. Aku tidak suka lelaki itu apatah lagi cintakan lelaki itu.
 

Adam di sebelah hanya mendiamkan diri. Dia sudah pun membaca isi kandungan surat dari arwahyahamah Orkid. Arwahyahamah Orkid mahu dia mendirikan rumahtangga bersama Lea demi Jasmin. Dia juga tidak tahu kenapa Orkid membuat permintaan tersebut. Bagaimana jika Lea sudah mempunyai teman istimewa dan mahu mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihan hatinya sendiri? Bagi diri Adam, selepas Orkid dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita kerana dia masih sayangkan Orkid dan belum dapat melupakan wanita itu. Adam belum membuat keputusan kerana dia sendiri tidak menduga dan menyangka bahawa arwahyahamah meminta dia untuk bernikah dengan adik kembarnya Azalea. Tidakkah Orkid tahu perkara ini adalah mustahil kerana dia tahu Azalea tidak pernah menyukainya selama ini. Dan dia sendiri tahu Lea tidak akan bersetuju dengan permintaan arwahyahamah. Maka dia tidak merasa terperanjat bila Lea mengatakan dia tidak bersetuju kerana dia sudah menjangka akan jawapan yang akan Lea berikan. Benar, dia sayangkan Jasmin seperti anaknya sendiri. Tapi dia tidak dapat menjaga Jasmin kerana dia perlu wanita yang sudi menjadi penganti mama Jasmin yang dapat memberi kasih sayang kepada Jasmin secukupnya. Sepertimana yang tertulis di surat Orkid, wanita yang sesuai menjadi penganti mamanya adalah makciknya sendiri Lea.
 

“Bagaimana dengan pandangan Encik Adam Alfian sendiri?,” soal Raihan tanpa menjawab soalan Ana.
 

Adam melirik ke arah Lea. Azalea tidak menoleh mahupun memandang ke arahnya bila Peguam Raihan mengajukan soalan itu kepadanya. Adam mendiamkan diri beberapa minit memikirkan sesuatu.
 

“Saya bersedia untuk menunaikan permintaan arwahyahamah kerana saya sayangkan Jasmin seperti anak saya sendiri,” jawab Adam Alfian tenang lalu menoleh kearah Lea. Dia tahu Lea tidak akan setuju. Namun dia memberi keputusan begitu kerana dia benar-benar sayangkan Jasmin dan sanggup berkorban untuk kebahagian Jasmin. Namun begitu keputusan masih terletak di tangan Lea.
 

“Are you out of your freaking mind...!!!!, Don’t tell me you willingly marry me just to make Jasmin happy...,” ujarku marah lalu memandang tepat ke wajah kacak milik Adam Alfian. Aku tidak merasa segan bertindak sedemikian di hadapan peguam Raihan.
 

“Yes, ini permintaan arwahyahamah Orkid, I love her and I love Jasmin too, Jasmin is like my own daughter,” jawab Adam Alfian tenang lalu membetulkan kedudukannya. Dia tahu Lea akan melenting bila dia memberi keputusan sebegitu namun Adam sanggup menghadapinya kerana dia jujur dan ikhlas untuk menjaga Jasmin.
 

“Well, Cik Lea, if you tidak bersetuju dengan permintaan arwahyahamah, arwahyahamah menyatakan di sini untuk memberi hak penjagaan Jasmin kepada nenekya, dan kenyataannya lagi jika Cik Lea tidak bersetuju bernikah dengan Encik Adam, Cik Lea di kehendaki bernikah dengan lelaki pilihan Cik Lea sendiri, kerana menurut wasiat arwahyahamah Cik Lea harus membina keluarga untuk mendapat hak penjagaan Jasmin sepenuhnya,” terang Encik Raihan lalu merujuk dokumen yang terdapat di dalam fail arwahyahamah Orkid.
 

“Nenek dia mak Farhan?...No way, I tidak akan benarkan Jasmin di bawah jagaan mereka,” bentakku. Aku sama sekali tidak setuju dengan Peguam Raihan memberi Jasmin kepada mak Farhan. Keluarga Farhan tidak pernah memperdulikan kebajikan Jasmin. Inikan pula hendak memberi Jasmin di bawah jagaan mereka. Aku tidak akan benarkan sama sekali. Aku akan menjaga Jasmin sendiri tanpa bantuan sesiapa. Jasmin hanya ada aku, ibu saudaranya. Aku yang harus menjaga Jasmin dan bukan mak Farhan atau Adam.
 

“Cik Lea dan Encik Adam Alfian, saya tidak dapat membaca surat wasiat ini selagi tiada kata persetujuan dari pihak Cik Lea dan Encik Adam Alfian, saya perlu menyediakan dokumen hak penjagaan Jasmin sebelum meneruskan membaca wasiat, saya beri tempoh selama seminggu untuk Cik Lea dan Encik Adam Alfian untuk membuat keputusan,” ujar Peguam Raihan seraya memandang kearah kedua-dua client yang duduk berhadapan dengannya.
 

“I’ll guess we have to fix another date, nice to meet you Mr. Raihan,” ujarku selamba lalu bangun dari tempat dudukku. Tanpa menghiraukan Adam yang masih berada di tempat duduknya aku sudah membuka pintu untuk keluar dari bilik Peguam Raihan.
 

“I think this would be a very difficult task for me, kalau Cik Lea masih tidak membuat keputusan saya terpaksa menyerahkan Jasmin kepada Puan Ramlah, iaitu neneknya,” terang Raihan kepada Adam Alfian yang masih lagi berada di tempat duduknya dan belum bersedia untuk meninggalkan biliknya.
 

“I see what I can do, thanks for your time,” jawab Adam Alfian lalu bersalaman dengan Peguam Raihan. Dia mengatur langkah menuju kearah pintu. Dia sendiri tidak ada jalan penyelesaiannya kerana keputusan terletak di tangan Lea. Dia tidak terasa kecil hati mahupun marah kan Lea bila Lea terang-terangan mengaku bahawa dia tidak mahu bernikah dengannya. Itu bukanlah perkara penting kerana Adam sendiri tidak pernah terfikir untuk bernikah dengan Lea. Kerana Adam tahu Lea tidak pernah sukakannya. Apa yang penting baginya sekarang adalah masa depan Jasmin.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment