Sunday 13 April 2014

Azalea Orkid - Part 15


Adam tidak dapat menumpukan perhatiannya pada pelan di hadapannya. Dia sepatutnya sudah dapat menyiapkan plan bangunan projek kondominium Anastasia seminggu yang lalu. Hatinya tidak tenteram. Dia benar-benar kecewa dengan sikap Lea. Dia tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk melembutkan hati Lea agar Lea dapat menerimanya. Sejauh mana Lea mahu mengujinya. Segala peraturan dan kemahuan Lea semua dia turutkan. Tapi sampai bila? Apa haknya sebagai suami? Selama ini dia bersabar dengan sikap Lea. Dia cuba menambat hati Lea. Namun Lea seorang wanita yang keras hati. Dia cintakan Lea. Dia cintakan Lea bukan kerana dia sudah menjadi isterinya, tapi Adam sudah pun mencintai Lea sebelum dia menikahi wanita itu. Kalau benarlah Lea tidak menyukainya sudah tentu Lea tidak akan sanggup menerimanya sebagai suami setelah dia menetapkan syarat bahawa Lea tidak boleh menuntut cerai darinya. Tapi Lea teruskan juga. Entahlah Adam sendiri tidak pasti akan perasaan Lea terhadap dirinya.
 
 

“Hey bro, apa yang kau menungkan,” tegur Zack bila kehadirannya tidak di sedari Adam.
 
 

Adam tidak menjawab malah mengelengkan kepalanya perlahan. Dia mengulung pelan tersebut lalu di letakkan di atas meja.
 
 

“Aku tengok kau ni macam ada masalah besar aje,” ujar Zack lalu mencapai pemberat buku yang berbentuk pyramid dari atas meja Adam lalu membeleknya.
 
 

“My wife,”
 
 

“Kenapa dengan wife kau, dia ada affair ke?,” usik Zack lalu tersengih. Dia meletak kembali pemberat buku itu di atas meja Adam. Berminat ingin tahu akan masalah Adam sehingga dia hilang focus dalam pekerjaannya sehingga kertas kerja projek lain yang diminta Adam memberinya yang lain tempoh hari.
 
 

Adam menunjukkan wajah kurang senang bila Zack mengusiknya. Zack tidak membantu meringankan bebanan fikirannya malah menambah bila Zack menguatarakan soalan begitu.
 
 

“You know my situation Zack, she still refused to accept the fact that I’m her husband,” keluh Adam. Adam benar-benar buntu dan tidak tahu bagaimana caranya lagi hendak menambat hati Lea supaya menerimanya.
 
 

“Aku tengok kau dah banyak kali bersabar dengan karenah bini kau, wake up Adam, you can’t always give in to her, you must do something…, show her who’s in charge,” ujar Zack tersengih lagi. Masalah Adam tidaklah begitu rumit kalau tahu cara untuk menanganinya. Adam terlalu mengikut kata isterinya. Dia sebagai suami seharusnya tegas pada isterinya. 
 
 

“I can’t do that, this is me, I don’t want to hurt her feelings..,” jawab Adam seraya mengelengkan kepalanya lagi. Dia dan Zack sudah berkawan lama sejak di U lagi. Adam tidak menafikan sewaktu zaman U dahulu dia agak liar. Teman wanita keliling pinggang, clubbing memang tempat selalu mereka tuju pada hujung minggu untuk melepaskan stress belajar. Sejak dia mula bekerja Adam jarang clubbing. Dia hanya ke tempat untuk menemani clientnya untuk berhibur.
 
 

“Adam, I thought she is not the one you in love with, she’s just the twin sister, tapi kenapa kau setuju berkahwin dengan dia in the first place?,” soal Zack hairan. Zack tahu akan percintaan Adam dengan pemilik kedai bunga yang bernama Orkid. Mereka pernah bertemu beberapa kali, kerana setiap function yang client kendalikan Adam pasti ditemani Orkid. Memang Zack tidak nafikan walaupun Orkid suka kelihatan simple, namun dia sebenarnya seorang wanita yang anggun dan jelita. Zack tahu akan citarasa Adam, dia sukakan wanita yang simple dan cantik. Manakala Lea, isterinya seorang yang pandai bergaya, cantik dan seksi berbanding kakaknya.
 
 

“I love her,” ujar Adam jujur.
 
 

“You mean you love Orkid,” soal Zack ingin kepastian. Dia masih lagi keliru. Adam cintakan Orkid. Mungkin Adam cintakan Lea kerana wajah mereka serupa.
 
 

“I love Orkid as a friend, and I’m in love with my wife and this is got nothing to do with Orkid, I really love her,” ujar Adam. Dia tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai perasaannya terhadap kedua-dua kembar seiras ini.
 
 

“Ok, you love Lea, and she didn’t know the fact that you love her,”
 
 

Adam tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya bila Zack sudah mula mengerti akan dilemma yang dihadapinya. 
 
 

“Then tell her that you love her…,”
 
 

“Lea bencikan aku, dia tidak pernah sukakan aku sejak kali pertama kami bertemu dahulu, dia tidak pernah percayakan kejujuran aku, dia selalu berprasangka bahawa aku hanya mahu mempermain-mainkan perasaan wanita, sedangkan aku benar-benar jujur mencintainya,” terang Adam panjang lebar. Dia tidak mengerti mengapa Lea tidak pernah melihat kejujurannya selama ini.
 
 

Zack tersenyum bila mendengar penerangan Adam. Wanita memang pelik. Bila lelaki itu setia mencintai mereka. Mereka ragu akan kesetiaan lelaki itu.
 
 

“Senang aje…, like I said, why don’t you show her what she wants to see,” cadang Zack. Kalau itu yang mahunya Lea. Tunjukkan kepadanya. Tengok sejauh mana kekerasan hatinya.
 
 

“Meaning???,”
 
 

“Yeah, she thinks that you are not trustworthy and not one woman man, so show her what she wants to see,” terang Zack bersungguh-sungguh. Kalau Lea terus-terusan mahu menuduh Adam tidak setia, tidak jujur dan hanya mahu mempermain-mainkan hati wanita. Kenapa tidak tunjukkan sahaja kepadanya. Siapa tahu Azalea berubah perangai dan baru sedar akan kesilapannya selama ini.
 
 

“It will make thing worse..,” jawab Adam kerana tidak yakin cadangan Zack itu membuatkan Lea suka padanya. Jika dia menurut seperti apa yang Zack katakana, besar kemungkinan akan mengeruhkan lagi keadaan rumahtangganya.
 
 

“Aku bukan suruh kau curang dengan isteri kau…just show her what she need to see, Don’t you trust me, anyway malam ni aku nak ke Zouk, kau ikut aku sekali,” cadang Zack.
 
 

“Zouk?,”
 
 

“Ya, aku selalu nampak Lea dan colleagues dia clubbing kat Zouk, I bet malam ini mesti mereka ada,”
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment