Sunday 13 April 2014

Azalea Orkid - Part 16


Sebaik sahaja Jasmin sudah terlena, aku bersiap-siap untuk keluar. Mak Limah menemani Jasmin tidur di biliknya kerana aku sudah berpesan padanya bahawa aku akan keluar malam ini. Sudah menjadi kebiasaan aku, setiap malam sabtu Nas dan beberapa peguam lain akan keluar clubbing. Destinasi kami hari ini pula Zouk. Adam balik awal dari pejabat hari ini, dan keluar semula sekitar jam sepuluh. Kemana aku tidak peduli, bukan masalah aku. Aku memandang wajahku ke cermin. Aku bersyukur kerana memiliki wajah yang jelita dan hanya sedikit make-up kejelitaan ku sudah terserlah. Kalau ikutkan memang ramai lelaki yang ingin mendampingi aku. Namun semuanya ku tolak, aku rimas kalau di ikat atau di kongkong. Aku bersetuju berkahwin dengan Adam diatas permintaan Orkid dan demi Jasmin. Bukankah itu yang aku selalu ingatkan pada diriku bahawa aku bernikah dengan Adam kerana menunaikan permintaan Orkid. Tapi aku hairan kenapa hati ini seakan tidak membenarkan lelaki lain untuk memiliknya. Seolah-olah hatiku sudah dimiliki dan tiada ruang lagi untuk lelaki lain. Tapi hati ini untuk siapa?
 

“Lea!, wow you look so gorgeous tonight,” ujar Alvin seraya tersenyum mengoda. Dia melabuhkan punggungnya duduk bersebelahan dengan Lea. Wanita yang cuba di dekatinya sejak dulu lagi.
 

“You mean I only look gorgeous tonight.., how about any other day?,” jawabku seraya tersenyum mengusik Alvin bila dia memberi komen sedemikian.
 

“You always look beautiful, tak kiralah hari biasa ke hari ini ke,” jawab Alvin merapatkan badannya dengan Lea. Tangan kirinya melingkar di pinggang ramping milik Lea.
 

Alvin..,” ujarku seraya menarik tangannya. Tidak suka diperlakukan begitu oleh Alvin. Aku mengesot ke tepi agar kedudukan kami tidak begitu rapat.
 

“Please Lea.., dah lama I cuba mendekati you, you tak bagi I peluang langsung,” ujar Alvin lalu meletak minumannya di atas meja berhadapan dengannya.
 

“I’m married, remember,” jawabku ringkas mengingatkan Alvin tentang statusku. Walaupun aku tidak pernah memakai cincin perkahwinanku namun aku tidak pernah lupa bahawa aku sudah berkahwin.
 

“But you don’t love him??,” jawab Alvin seraya tersengih tangannya mula melingkar kembali di pinggangku.
 

Aku tersentak bila Alvin berani berkata demikian. Hendak sahaja aku menampar mukanya. Namun lidahku kelu untuk membidas kata-katanya kerana apa yang di katakan Alvin itu benar. Aku memang punya suami, tetapi aku tidak pernah menganggap Adam itu adalah suamiku. Malah aku menganggapnya seperti orang asing.
 

“Heh Alvin, she’s married kau jangan nak mengatal,” ujar Nas seraya menarik tangan Alvin dari terus memeluk pinggang Lea. Dia tahu Lea tidak suka Alvin berbuat begitu.
 

“What…!!, you all knew that she didn’t love her husband sama juga seperti single but not available,” ujar Alvin seraya ketawa memperlekehkan akan status Lea. Panas telinga aku bila Alvin menyindirku begitu. Namun aku tidak dapat membalas kata-kata Alvin untuk mempertahankan diriku.
 

Alvin, you are drunk, I think you better stop drinking, enough already,” ujar Nas seraya memberi isyarat kepada Shahren supaya membawa Alvin ke tempat lain. Sebelum terjadi pergaduhan diantara Lea dengan Alvin.
 

“Heh, are you ok, jangan dengar cakap Alvin tu, dia tu mabuk cakap pun merapu,” pujuk Nas bila dilihatnya Lea hanya mendiamkan diri setelah di sindir Alvin tadi.
 

“Am I bad??,” ujarku tiba-tiba pada Nas merasa tidak puas hati dengan ejekan Alvin terhadap diriku. Sungguhpun aku tidak pernah menganggap Adam seperti suamiku. Aku tidak pernah curang padanya. Aku tidak pernah keluar dengan mana-mana lelaki. Jika aku keluar selalunya bersama Shafinas dan teman-teman wanita ku. Dan kami hanya keluar clubbing dengan teman-teman sekerja. Aku tidak pernah melakukan perkara yang tidak bermaruah.
 

“No you are not, kau baik Lea, kau tunaikan permintaan Orkid dan menjaga Jasmin dengan baik, dahlah tu jangan di fikirkan sangat, kita ke sini kan nak enjoy, bukan untuk berduka,” pujuk Nas cuba membuatkan Lea rileks.
 

“Ok,” jawabku perlahan mengiyakan cadangan Finas. Finas bangun dari sofa dia mengajakku ke dance floor. Aku bangun dari tempat duduk walaupun aku tiada hati lagi untuk menari setelah Alvin merosakkan mood aku malam ini, namun untuk tidak menghampakan Shafinas aku menurut dan mengekorinya ke dance floor.
 
 
 
*****
 
 
Dari jauh Adam memerhatikan Lea. Lea berada di dance floor dan sedang menari dengan seorang lelaki. Sebelum itu dia ternampak seorang lelaki berbangsa cina duduk berhampiran dengan Lea dan cuba memeluknya. Adam dapat melihat dengan jelas Lea tidak membenarkan lelaki itu memeluknya kerana Lea sentiasa menepis tangannya yang cuba melingkar di pinggangnya. Ikutkan hati hendak sahaja dia mengajar lelaki yang cuba memeluk Lea. Hatinya tercabar melihat lelaki lain memeluk isterinya sedangkan dia sendiri tidak pernah dan berpeluang berbuat demikian. Dayuskah dia membiarkan isterinya di peluk dan dicium lelaki lain? Adam memejamkan matanya cuba membuang perasaan itu jauh dari sudut hatinya. Dia tahu dia bersalah kerana sebagai seorang suami dia tidak sepatutnya membiarkan Lea keluar bebas begitu kerana setiap kesalahan yang Lea lakukan dia yang akan menanggung dosa.
 
“Hi Adam, lama tak kemari, dah nak masuk setahun I tak nampak you di sini,” tegur Sofie seraya merangkul pinggang Adam dari belakang cukup membuatkan jejaka tampan itu tersentak dari mengelamun panjang. Dia menoleh ke arah wanita yang menegurnya.
 
“Hi Sofie,” jawab Adam tersenyum tawar. Memang benar dia sudah lama tidak ke mari. Sejak dia berkahwin dia tidak lagi keluar clubbing. Masa terluangnya di habiskan untuk Jasmin dan menguruskan hal rumahtangga. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan Sofie dan Sofie masih lagi mengingatinya. Sofie, wanita yang sentiasa mahu menarik perhatiannya. Sofie benar-benar sukakan Adam dan beberapa kali cuba mengodanya. Namun Adam tidak pernah melayan. Adam tidak sukakan gadis yang liar seperti Sofie. Sofie wanita muda yang berani, entah berapa lelaki yang sudah ditidurinya. Sangka Sofie dengan memiliki tubuh badan seperti model dan dikurniakan wajah yang cantik sudah mampu memancing minat Adam.
 
“I love you Adam, I love so much,” ujar Sofie seraya memeluk Adam lagi dia tidak merasa segan atau kekok berbuat begitu pada Adam.
 
Adam mengelengkan kepalanya seraya meleraikan pelukan Sofie.
 
“You know I’m married,” ujar Adam seraya tersenyum lagi mengingatkan Sofie bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai isteri.
 
Sofie mencebikkan bibirnya. Dia tahu Adam sudah berkahwin dari temannya. Kalau benar Adam sudah berkahwin kenapa dia kemari. Kenapa dia tidak berada di rumah bersama isterinya. Kalau Adam tidak punya masalah dia tidak akan kemari untuk mencari hiburan.
 
“Why can’t you love me, I cantik dan mampu membahagiakan you Adam, if you want me you can have me,” pujuk Sofie tangannya tidak lepas dari memegang tangan Adam. Dia sanggup menyerahkan tubuhnya kepada Adam. Sekiranya itu yang Adam mahu.
 
Adam mengelengkan kepala lagi. Dia tidak tahu alasan apa lagi yang boleh diberikan kepadanya, kerana wanita itu tidak mahu mengalah atau memahami bahawa dia tidak pernah sukakan Sofie. Dia hanya menganggap Sofie teman biasa tidak lebih dari itu. Namun Sofie sengaja tidak mahu faham dan terus mendesaknya selagi wanita itu tidak mendapatkannya.
 
“Opps sorry,” ujar ku bila secara tidak sengaja aku terlanggar seorang wanita jelita yang berada di bar ditemani seorang jejaka. Berderau darahku sebaik sahaja terpandang akan wajah jejaka yang berada disebelahnya.
 
“Heh Lea, are you ok?,” tegur Shahren bila Lea kelihatan seperti ternampak hantu lagaknya.
 
“Lea, you are here too, kenalkan ini Sofie, Sofie this is Lea,” ujar Adam selamba seolah-olah tidak menyangka Lea turut ke mari.
 
“Oh…hi,” jawabku gugup. Aku menyambut tangan wanita yang bernama Sofie. Wanita seksi itu memandang ku dari atas hingga ke bawah ternyata dia cemburu denganku. Dia sengaja memeluk Adam lebih erat bila Adam tidak lagi menepis tangannya berbuat demikian. Mataku tertumpu ke arah tangannya yang sedang memeluk pinggang Adam kejap. Adam tidak berganjak malah merelakan dirinya di peluk Sofie. Aku mengetap bibir menahan geram. Sakit hati aku melihat Sofie begitu berani berbuat demikian.
 
“Oh yes…, ini Shahren and this is Adam,” jawabku serba salah lalu menarik lengan Shahren untuk memperkenalkan kepada Adam dan Sofie. Shahren menghulurkan tangannya dan disambut oleh Adam. Hanya Nas dan kenalan rapat sahaja yang mengetahui bahawa aku sudah berkahwin. Shahren terkecuali kerana dia bukanlah kenalan rapatku. Kami berkenalan pun melalui Nas, kenalan Nas sewaktu di U.
 
“I think we have to go, my friends are waiting for us,” jawabku tergesa-gesa mahu meninggalkan tempat dimana Sofie dan Adam berada secepat mungkin. Hatiku menjadi sakit melihat Sofie sewenang-wenangnya memeluk Adam dan Adam pula tidak pula menegah Sofie berbuat begitu terhadap dirinya. Semakin lama aku berada di sini semakin sakit mataku melihatnya.
 
“Sure…, knock yourself out,” jawab Adam selamba seraya meneguk air cokenya. Dari riak wajahnya jelas menunjukkan Adam kecewa dengan aku. Tapi dia apa kurangnya, Adam hanya membiarkan Sofie memeluknya tanpa sedikitpun menghiraukan hati dan perasaanku melihat wanita lain sesuka hati memeluk suamiku.
 
 “Who is that..?,” ujar Sofie sebaik sahaja Ana dan Shahren berlalu meninggalkan mereka.
 
“My wife,” jawab Adam ringkas.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 

 

 

1 comment:

  1. Sòòooooooo sad...bila Adam dan Lea nk berbaik ni?

    ReplyDelete