Wednesday 16 April 2014

Azalea Orkid - Part 24


Sepanjang hari Jasmin kelihatan ceria sekali. Hari minggu ini berlainan sekali dengan hari-hari minggu yang lalu. Mama dan papanya ada bersama. Mereka akan makan tengahari di Mcdonald tapi sebelum itu papa Adam membawa kami ke Pavilion. Adam turut gembira dengan perubahan ke atas diri Lea.
 
 

“You suka baju tu?,” tegur Adam bila dilihatnya Lea membelek-belek dress berwarna hitam dari Boutique Diane Von Furstenberg itu sedari tadi sehingga tidak sedar bahawa dia berada di belakang memerhatinya.
 
 

Aku tersentak bila Adam menegurku. Tidak menyedari bahawa lelaki itu berada di belakangku kerana tadi dia bersama Jasmin ke Toy Garden di Level 6.
 
 

“Tak lah..., mahal sangat,” jawabku lalu melepaskan tangan dari memegang dress tersebut. Aku malu sendiri. Aku tidak menyangka Adam berada di belakang ku ketika aku membelek-belek dress tersebut. Aku saja aje singgah ke butik DVF sementara Adam dan Jasmin ke Toy Garden tadi. Aku berjalan keluar dari Butik sambil memimpin tangan Jasmin. Sempat Jasmin mengecek papanya membeli tea set yang baru.
 
 

“Mana papa?,” soal Jasmin bila Adam tidak kelihatan berada di belakang kami. Aku menoleh ke arah belakang bila Jasmin mengatakan papanya tidak keliahtan ada di belakang kami. Aku tersenyum bila menyedari bahawa Adam masih lagi berada di Butik DVF. Mungkin tidak sedar kami sudah keluar meninggalkan DVF. Kami berjalan ke arah DVF semula untuk memanggil Adam. Aku memegang dress hitam yang ku belek tadi, di capai dress itu lalu menuju kearah kaunter pembayaran. Aku merasa terkejut bila Adam berbuat demikian. Aku mengejarnya dari belakang.
 
 

“Adam..., I tak perlukan dress tu, it’s too expensive,” ujarku lalu menarik lengannya. Tidak membenarkan dia membeli dress DVF yang ku belek tadi.
 
 

“Untuk you, apa saja sweetheart,” jawabnya lalu tersenyum. Aku terkedu bila dia berkata demikian. Yelah selama ini bila dia mengatakan sayang dan kata-kata manja tidak punya effect apa-apa ke atas diriku mungkin juga kerana aku terlalu membencinya sebelum ini. Tapi kini hatiku sudah mula sayang padanya. Jadi setiap kali dia mengunakan perkataan “sayang” dan “sweetheart” membuatkan aku nervous.
 
 

“But I belum try lagi baju tu, belum tentu I kelihatan cantik bila mengenakan dress tu,” ujarku lagi agar Adam tidak jadi membelinya. Walaupun aku tahu Adam mampu namun aku tidak mahu dia membazir wang dengan membeli dress DVF.
 
 

“Dear, you pakai apa sahaja, you tetap cantik and I know your size there’s no need for you to try it on,” jawab Adam penuh yakin.
 
 

Aku memandangnya dengan wajah hairan. Bagaimana dia tahu akan size ku sedangkan selama ini dia tidak pernah membelikan aku baju. Selama ini kami tidak pernah keluar shopping bersama. Bila keluar bersama pun kami hanya ke taman reakreasi, theme park dan tempat-tempat yang Jasmin suka kunjunginya. Aku lebih senang membeli belah seorang kerana aku bebas untuk membeli apa yang aku suka. Aku selalu di temani Finas dan Jasmin. Belum pernah sekali aku pergi shopping dengan Adam walaupun Adam pernah mengajakku berkali-kali.
 
 

“Wow!! mama mahalnya dress ni, ada ke baju mahal macam ni?,” ujar Jasmin tiba-tiba bila dia terpandang harga dress tersebut dari tag yang tergantung.
 
 

Kami ketawa serentak bila Jasmin berkata demikian.
 
 

“Itulah…, mama tak hendak tapi papa Adam yang beria-ia hendak belikan,” ujarku lalu memeluk Jasmin.
 
 

“Tentulah mama, papa Adam kan sayangkan mama, sebab itu dia sanggup beli,” usik Jasmin tersenyum lagi.
 
 

Adam tersenyum bila Jasmin mengusiknya. Sedangkan Jasmin tahu betapa dia sayangkan isterinya. Hanya Azalea sahaja yang tidak pernah ambil tahu.
 
 

“Nak buat apa beli baju ni, bukan hendak pergi mana pun?,” ujarku berkeras tidak mahu Adam membelikannya untukku. Aku memang tidak menafikan dress itu sememangnya cantik. Simple and classic. Tapi kemana hendak aku pergi dengan dress dari DVF.
 
 

“My gift to you, I belum pernah belikan you dress sebelum ini, please dear I really want you to have it..,” pujuk Adam. Benarlah kata Jasmin kalau dah sayangkan seseorang itu bulan dan bintang pun sanggup diberi.
 
 

Hatiku menjadi lemah bila Adam memujukku. Namun ku cuba berlagak biasa agar Adam tidak perasan akan perubahan di wajahku. Happy bila Adam sudah mula mengunakan perkataan-perkataan indah bila memanggilku.
 
 

“Ok,” jawabku ringkas akhirnya bersetuju kalah bila di pujuk Adam. Adam memang pandai memujuk sejak dulu lagi, cuma waktu itu aku tidak suka padanya sebab itu aku tidak layan pujuk rayunya dahulu. Tapi bila aku sudah suka pada Adam. Di pujuk sekali sahaja aku sudah mengalah.
 
 

“Thanks dear, see you in a while,” ujar Adam sambil mengenyitkan matanya sempat juga dia mengucup pipiku. Dia tersenyum bila melihat aku kelihatan kaget bila dia berbuat demikian. Aku masih cuba menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Aku tiba-tiba merasa janggal dan agak kekok dengan semua ini. Bukannya aku tidak biasa keluar berdating tapi aku tidak tahu kenapa aku merasa malu dan agar gementar bila keluar bersama dengan Adam kali ini, seolah-olah kami baru berkenalan dan ini merupakan kali pertama aku keluar bersama dengannya.
 
 

“Kenapa muka mama merah,” tegur Jasmin bila dilihatnya wajah mama Leanya kelihatan kemerah-merahan sebaik sahaja papa Adam mencium pipinya.
 
 

Oh god. I’m blushing. This can’t be happening.
 
 

“Erm mana ada, Jasmin ni ada-ada ajelah,” jawabku menutup malu.
 
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment