Tuesday 15 April 2014

Azalea Orkid - Part 23


Pagi tadi dia bangun dari tidur Lea masih lena di sebelahnya. Dia mengejutkan Lea untuk solat subuh berjemaah. Inilah kali pertama mereka berjemaah subuh bersama. Alhamdullilah dia memanjatkan syukur. Buat pertama kali dia merasa dirinya lengkap dan bahagia menjadi seorang suami. Walaupun dia terpaksa menunggu selama setahun lamanya untuk bersama isteri tercinta dan tersayang Adam tidak kisah kerana dia merasa kepuasan dan penantiannya berakhir semalam.
 
 

Dan mungkin kerana penat semalam masih terasa dia tidak tersedar dia terlelap tadi selepas solat subuh. Adam membuka matanya perlahan lalu menoleh ke arah kanan. Azalea tiada di sisinya. Adakah dia bermimpi? Adam meraup wajahnya perlahan dengan kedua belah tapak tangannya. Jadi benarlah dia tidak bermimpi dan dia juga berada di bilik Azalea. Semalam sebaik sahaja dia membersihkan diri, menukar pakaian dan solat. Dia terus ke bilik Azalea seperti yang telah di janjikan. Azalea sudah lama lena di buai mimpi. Dia sudah menganti pakaian kepada night gown satin berwarna merah jambu. Adam tidak mahu mengejutnya, lagipun dia tidak mahu menganggu Azalea. Biarlah Azalea tidur. Jika Azalea mahu dia menemaninya, Adam akan menemaninya jika itu permintaan yang Lea mahu. Tapi sebaik sahaja dia baring di sebelah Lea. Lea membuka mata dan ingin bermanja dengannya.
 
 

Adam tersenyum sendiri bila mengenangkannya peristiwa semalam. Kenangan yang tidak akan di lupakan sampai bila-bila. Adam tersentak bila tiba-tiba pintu bilik Azalea di buka dari luar. Seketika kemudian, kelihatan Jasmin menjenguk ke dalam bilik.
 
 

“Jasmin, good morning...,” tegur Adam bila dilihatnya puteri kesayangannya itu kelihatan terhendap-hendap mencari seseorang.
 
 

“Papa!! apa papa buat kat sini, ini kan bilik mama Lea,” ujar Jasmin terperanjat bila di sergah Adam. Bulat matanya bila melihat papa Adamnya berada di katil bilik mama Leanya.
 
 

“Kenapa papa tak boleh berada dalam bilik mama Lea ke?,” soal Adam seraya mencium pipi Jasmin bila puterinya kini berada di atas katil bersama dengannya.
 
 

“No lah...,” jawabnya seraya ketawa kecil.
 
 

“Hmm Jasmin kenapa masuk bilik mama Lea macam pencuri,” usik Adam lalu mencubit pipi gebu Jasmin.
 
 

“No, lah papa, I’m looking for mama Lea but she’s not in, where is she papa,” terang Jasmin.
 
 

Adam menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu kerana dia baru sahaja bangkit tidur dan menyedari isterinya tidak ada di sebelahnya. Jasmin mengeluh kecil.
 
 

“Why what’s wrong?,”  soal Adam bila Jasmin berbuat demikian.
 
 

“Mama Lea kata hari ni nak keluar bawa Jasmin jalan-jalan, sebab itu Jasmin cari dia,”
 
 

“Oh really, papa boleh ikut tak?,”
 
 

“Why not,” jawab Jasmin ceria walaupun mama Leanya tidak mengatakan bahawa papa Adam akan ikut sama tapi dia mahukan kedua-duanya ada bersama dengannya.
 
 

Mereka berdua tersentak bila pintu bilik mandi bilik Azalea tiba-tiba terbuka.
 
 

“Morning to both of you,” ujarku ceria. Dia sudah mengenakan t-shirt putih dan capri pants berwarna khaki. Aku memberikan Jasmin ciuman di pipi dan menuju kearah Adam lalu mencium pipinya. Sekali lagi Adam terperanjat kerana tidak menyangka aku akan berbuat demikian. Jasmin yang duduk di atas katil bersebelahan dengan Adam hanya tersenyum simpul. Sempat dia mengenyitkan matanya kepada papa Adam menandakan dia senang hati melihat perubahan mama Leanya.
 
 

“What!...,” ujarku bila Adam dan Jasmin tiba-tiba terdiam.
 
 

“Mama Lea...ajak papa Adam sekali boleh,” ujar Jasmin seraya memandang kearah mama Leanya.
 
 

“Erm mesti ke??,” jawabku tiba-tiba serius.
 
 

Adam terasa hati bila Lea berkata begitu. Namun dia tidak menunjukkannya kepada mereka berdua. Wajahnya cukup bersahaja bila Lea berkata demikian.
 
 

“Oh sorry, papa Adam lupa.., hari ni papa tak boleh join sebab ada hal,” ujar Adam cuba mencari helah agar Jasmin tidak berkecil hati. Dia tidak mahu Jasmin tahu mengapa sebabnya kerana sebelum ini Adam dan Azalea sudah berjanji cuba memberi alasan agar Jasmin tidak berkecil hati dan menganggap mereka mensia-siakannya.
 
 

“But tadi papa Adam kata boleh..,” jawab Jasmin. Wajahnya berubah sedih.
 
 

Aku hanya tersenyum bila melihat wajah mereka berdua. Aku sengaja hendak mengusik Jasmin dan hendak menduga Adam. Aku mahu membina kehidupan baru. Aku tidak lagi ragu akan keikhlasan Adam untuk memperisterikan aku walaupun aku tahu Adam hanya cintakan Orkid.
 
 

“Mama.., please pujuk papa,” ujar Jasmin lalu menarik lengan mama Leanya.
 
 

“Eh tentulah papa Adam kena ikut, sapa nak jadi banker dan driver kita, mama malas nak drive hari ni,” ujarku lalu menjeling kearah Adam. Sekali lagi Adam terkejut bila Lea berkata demikian. Betul apa yang dia dengar? Lea mengajaknya sekali.
 
 

“YES!!...Papa you have to go with us, no more excuses,” ujar Jasmin gembira lalu memeluk Adam erat. Riang benar hatinya pagi ni. Sebab tu bangun tidur bila mama Lea mengatakan akan membawanya keluar jalan-jalan dan lunch di di Mcdonald. Dia terus mandi dan bersiap-siap tidak sabar untuk keluar.
 
 

“Thanks,” ujar Adam perlahan lalu memandang kearah isterinya. Hatinya berbunga riang. Pertama kali dia keluar bersama sebagai sebuah keluarga dan bukan lagi berpura-pura sepertimana mereka lakukan sepanjang setahun yang lalu. Mereka hanya mahu masyarakat luar menganggap mereka adalah keluarga normal sedangkan tidak. Tapi hari ini Adam dapat merasakan keluarga yang pernah diimpikan suatu ketika dahulu kini menjadi kenyataan.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

3 comments:

  1. Best!!! Still rasa x puas.... hehe

    ReplyDelete
  2. Bunga2 cintaa ssdg mekar...baru dpt baca..sungguh teruja..harap2 terus berbaik lea n adam♡♥♡♥♡

    ReplyDelete