Saturday 19 April 2014

Azalea Orkid - Part 30


Aku membuka mata perlahan. Wajah kacak Adam berada di depan mataku. Aku mengosok mataku perlahan untuk memastikan bahawa aku tidak bermimpi. Adam benar-benar berada disebelah ku masih lagi terlena. Aku mengambil peluang untuk menatap wajahnya. Aku tidak menyangka bahawa selama ini Adam begitu mencintaiku. Kalau aku tahu dari awal lagi yang dia cintakan aku, tidaklah aku membuang masa setahun usia perkahwinan kami kerana menyangka Adam mencintai Orkid. Tidaklah aku makan hati melihat suamiku di peluk Sofie dan DeIla. Tidaklah aku menjauhkan diri untuk bersama dengannya dan menjalani tanggunggjawabku sebagai isterinya. Aku tersenyum sendiri menyedari kebodohan aku selama ini tidak menyedari bahawa semuanya dia lakukan untuk aku.
 
 

“Morning mama....,” ujar Jasmin dari celah pintu.
 
 

“Shhh.......,” ujarku lalu meletak jari di bibirku.
 
 

Jasmin menutup mulutnya bila aku berbuat demikian.
 
 

Aku melambai ke arahnya memberi isyarat supaya datang ke arah katil kami. Jasmin berjalan perlahan lalu naik ke atas katil. Aku membisikkan sesuatu ke telinganya. Jasmin tersenyum meleret mendengar cadanganku. Dia menganggukkan kepalanya perlahan.
 
 

“Ready, one, two, three!!!….,”
 
 

“GOOD MORNING PAPA!!!,” jerit kami serentak.
 
 

Adam tersentak bila kami berbuat demikian lalu terjaga. Wajahnya kelihatan terperanjat. Kami berdua ketawa serentak kerana wajahnya kelihatan lucu bila terperanjat.
 
 

“Morning,’ jawab Adam lalu menyambung tidur.
 
 

“Eii..tidur lagi,” ujar Jasmin.
 
 

Kali ini kami berdua pakat mengeletek pinggang dan kaki Adam. Adam mengeliat-liat kecil kerana geli bila di usik. Adam bangkit lalu duduk di atas katil.
 
 

“Oh kacau papa eh, nanti siap you all,” ugutan Adam membuatkan Jasmin menjerit kecil. Dia terjun dari katil lalu bersembunyi di belakang mama Leanya.
 
 

“Mana nak lari...,” ujar Adam lalu mengejar Jasmin dia mengangkat Jasmin lalu mengeletek kaki dan badannya membuatkan Jasmin ketawa tidak henti-henti kerana tidak dapat menahan geli.
 
 

“Mama..., tolong Jasmin penat,” ujarnya dalam ketawa meminta mama Lea nya membantu.
 
 

“Giliran mama Lea pula,” ujar Adam lalu mendekati Lea.
 
 

“You jangan dear…, I gigit you nanti,” ugutku
 
 

“Kat mana you nak gigit??,” usik Adam lalu tersenyum nakal.
 
 

“Dear…, Jasmin,” ujarku mengingatkan Adam bahawa Jasmin berada di bilik kami.
 
 
“Opps sorry, ok papa excuse mama Lea kali ini, lain kali tak boleh lari,” ujar Adam lalu kembali duduk di atas katil bersama Jasmin dan Lea.
 
 

“Papa kata nak pergi picnic hari ni, tu yang Jasmin datang kejutkan papa,” ujar Jasmin mengingatkan Adam tentang plan mereka untuk pergi picnic hari ini. Dia bangun begitu awal kerana excited hendak pergi berkelah.
 
 

“Oh pasal hendak pergi berkelah Jasmin ingat, bila papa suruh Jasmin kejutkan untuk pergi jogging Jasmin tak kejutkan papa,” usik Adam lalu mencubit pipi Jasmin.
 
 

“Papa kan selalu bangkit awal untuk solat subuh? Tak payahlah Jasmin kejutkan papa,” jawab Jasmin lalu tersenyum.
 
 

Adam tidak menjawab. Dia mencubit pipi Jasmin kerana tidak tahan melihat pipi gebu Jasmin yang cute.
 
 

“Sakitlah papa, Jasmin perempuan tau bukan budak lelaki yang boleh gurau ganas-ganas,” ujar Jasmin lalu menyapu pipinya perlahan. Pipinya merah di cubit papa Adamnya.
 
 

“Sakit kesiannya anak papa,”
 
 

“Tulah Jasmin suruh mama dan papa dapatkan adik lelaki tak mahu, boleh papa bergurau kasar dengan dia,” ujar Jasmin sambil tersenyum meleret. Dia merasa sunyi. Dia selalu bermain sendirian di rumah dengan anak patungnya. Dia mahu adik yang boleh di buat kawan bermain tidaklah dia kesunyian nanti.
 
 

Adam menjeling kearah ku bila Jasmin berkata demikian. Aku hanya mampu tersenyum mendengar keluhan hati Jasmin. Yelah dia ingat buat baby macam buat kek atau roti. Bila-bila nak, buat aje. Issk Jasmin masih kecil, dia tidak mengerti akan masalah orang dewasa. Lagipun aku masih lagi malu dan segan dengan Adam walaupun dia suamiku.
 
 

“Mama Lea kan sakit Jasmin, nanti bila mama Lea dah sembuh kita suruh mama Lea beri Jasmin adik ramai-ramai,” ujar Adam lalu tersengih.
 
 

Aku menjeling bila dia berkata demikian. Apa dia ingat aku ni kilang buat anak ke? Namun begitu aku tahu dia hanya bergurau.
 
 

“Jasmin pergi mandi and get ready, papa nak tolong mama Lea,” ujar Adam.
 
 

“Ok, see you in a while,” ujar Jasmin lalu menuju ke arah pintu untuk keluar bilik.
 
 

Bilik kami sepi seketika kerana hanya tinggal aku berdua dengan Adam.
 
 

“Abang harap Lea tak kisah abang tidur sebilik dengan Lea,” ujar Adam mendatar. Dia masih ingat yang isterinya masih marah padanya semalam. Marah sebab dia merahsiakan semua ini dari pengetahuan Lea. Dia berbuat begitu kerana terpaksa bukan kerana dia mahu merahsiakannya dari pengetahuan Lea.
 
 

“Kenapa abang dah tak sudi dengan Lea ke?,” soalku memandang wajahnya. Kasihan pula aku melihat Adam. Adam terlalu menjaga hati aku walaupun hatinya selalu di sakiti. Mana mungkin aku marahkan Adam kerana Adam adalah seorang suami yang penyabar dan begitu menyayangi aku. Cukuplah dengan pengorbanan dan kesabaran Adam pada aku dan Jasmin selama ini. Tidak terbalas budi baiknya. Aku berterima kasih pada Adam kerana begitu sabar melayan karenahku. Aku sayangkan Adam. Aku akan lakukan apa sahaja untuk Adam. Aku tidak mahu menyakitkan hatinya lagi. Aku berjanji akan menjadi isteri yang baik untuk Adam.
 
 

“Bukan begitu maksud abang, abang tahu Lea masih marahkan abang, jadi abang tidak mahu membuatkan Lea rasa kecewa,”
 
 

“Mestilah Lea marah, sebab Lea buang masa setahun untuk tidak bersama dengan abang kerana menyangka abang tidak cintakan Lea,” jawabku lalu tersenyum. Sudah aku katakan Adam terlalu baik.
 
 

“I’m sorry ok sayang..I’m really sorry,” pujuk Adam lalu mendekati ku lalu tersenyum. Aku menelan air liur bila dia berbuat demikian.
 
 

“What are you waiting for?,” soalku bila Adam seakan menunggu aku melakukan sesuatu. “Lea nak suruh abang bukakan baju ke? Kalau nak, abang boleh bukakan,” usik Adam sambil tersenyum.
 
 

“Abang nak mandikan Lea? Mana jururawat peribadi Lea?,” ujarku terperanjat. Kerana selalunya Della yang akan bantu mandikan aku setiap pagi dan petang kerana aku masih belum mampu melakukannya sendiri. Serius Adam hendak mandikan aku. Baiknya dia.
 
 

“She only come at about 10.00am, why Lea tak suka ke?,” soal Adam dengan wajah selamba.
 
 

Aku tidak menjawab. Ok apa hendak aku malukan, he’s my husband.
 
 

“So?,” soal Adam bila Lea tidak memberinya kebenaran apa-apa.
 
 

“Carry me to the bath room, you can do whatever you want to do there,” ujarku lalu tersenyum nakal.
 
 

“Ok..,” jawab Adam membalas senyuman isterinya. Dia membongkokkan dirinya lalu mengangkat Lea. Mudah sahaja dia berbuat demikian kerana ini bukan kali pertama dia mengangkat aku. Aku memeluk tengkuk Adam. Adam membawaku ke bilik air dengan berhati-hati.
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment