Thursday 10 April 2014

Azalea Orkid - Part 12


Sejak dari hari itu Adam seakan sedar bahawa usahanya untuk mengambil hati aku tidak berhasil kerana aku tidak mahu dia berbaik sangat dengan aku. Aku tidak mahu terlalu banyak makan budi Adam. Walaupun lelaki itu ikhlas dan tidak kisah dengan apa yang dia beri atau buat untuk aku dan Jasmin. Benar kata Orkid, Adam seorang lelaki yang baik. Tentang itu aku tidak menafikannya.

 

“Mama Lea, bila kita boleh pergi jalan-jalan,” ujar Jasmin lalu memandang wajahku. Kaler pensil yang dipegangnya di letakkan di atas meja. Sudah lama dia tidak keluar berjalan bersama mama Leanya. Asyik keluar dengan papa Adam sahaja. Bukan dia tidak suka keluar bersama dengan papa Adam dia suka. Cuma dia hendak juga keluar berjalan dengan mama Leanya atau keluar bertiga bersama sebagai sebuah keluarga.

 

Aku menoleh kearah Jasmin. Anak kecil itu ku pandang dengan belas. Sejak aku mengambil tugas sebagai mama Jasmin kami jarang sekali keluar bersiar-siar bersama. Aku terlalu sibuk dengan tugasku hingga tidak punya masa untuk membawa Jasmin keluar berjalan-jalan.

 

“Sorrylah sayang, mama Lea sibuk minggu ni, apa kata kita keluar minggu depan, erm kita pergi theme park hendak tak?,” ujarku seraya menjeling kearah Adam yang sedang leka membaca suratkhabar.

 

“Yay…., sayang mama Lea, papa Adam pun pergi sama kan mama?,” soalnya lagi dengan wajah ceria. Seronok bila mama Leanya berjanji akan membawanya ke theme park.

 

“Papa Adam?? mama Lea tak tahu samada papa Adam sibuk atau tidak minggu depan,” ujarku seraya menoleh kearah Adam.

 

Terdengar akan perbualan di antara Lea dengan Jasmin. Adam meletak suratkhabarnya di atas meja.

 

“Untuk Jasmin, sibuk macamana pun papa Adam akan luangkan masa,” jawabnya lalu mengukir senyum. Pipi Jasmin di cubit perlahan. Jasmin turut tersenyum bila Adam berbuat begitu.

 

Aku menjeling meluat bila Adam berkata demikian. Sengaja hendak membuatkan aku naik darah. Aku sedar Adam lah yang banyak meluangkan masa bersama dengan Jasmin. Lagipun Jasmin tidak berapa rapat denganku. Dia tahu aku tegas orangnya manakala Adam banyak memanjakannya.

 

“Papa go and change first ok,” ujar Adam tersenyum lalu mendaki anak tangga menuju ke biliknya kerana ingin bersiap-siap untuk keluar bersama Jasmin. Bila giliran Adam untuk membawa Jasmin keluar, aku tidak pernah ikut sama. Aku akan ke gym atau keluar berjalan sendiri. Biarlah Adam meluangkan masa bersama dengan Jasmin. Kekadang Adam membawa Jasmin ke rumah mama papanya.

 

Aku tersentak bila loceng rumah bunyi bertalu-talu. Aku bangkit dari kerusi lalu menuju kearah tingkap berdekatan. Langsir ku selak untuk mengetahui siapa yang datang.

 

“Farah?,” bisikku dalam hati. Dia dah pulang dari UK?. Macamana dia tahu aku tinggal sini. Ah pasti Farah mendapat alamat rumahku dari mak long. Aku membuka pintu dan menuju kearah gate.

 

“Hi Lea,” ujar gadis tinggi lampai itu tersenyum sebaik sahaja terpandang wajah teman baik lamanya Ana.

 

“Farah bila kau balik dari UK, mana kau tahu aku tinggal sini?,” ujarku seraya memeluk Farah erat. Kami membalas pelukan. Rindu kerana sudah lama tidak bertemu. Almaklumlah sudah hampir 3 tahu Farah berada di UK untuk mendapatkan master.
 


“Hai, dari mak long kau ler, tak nak jemput aku masuk ke?,” ujarnya bila kami masih lagi tercegat di depan gate.
 


“Lupa lah, aku sebenarnya happy sangat dapat jumpa kau sampai lupa nak jemput kau masuk, masuklah,” pelawaku kami berdua berjalan perlahan menuju kearah pintu.
 


“Anak sapa tu Lea,” bisik Farah bila di lihatnya seorang kanak-kanak kecil perempuan sedang leka bermain dengan anak patungnya di ruang tamu.
 


“Hai tak ingat Jasmin, anak sedara aku,”

 

“Jasmin...., lah dah besar dia sekarang,” ujar Farah kurang percaya bila di lihat Jasmin sudah besar. Sewaktu dia berjumpa dengan Jasmin sebelum dia berangkat ke UK, Jasmin baru berusia 2 tahun.
 


“Issk kau ni, kau ke UK berapa lama, tak kan budak itu kecil sahaja,” ujar aku seraya menyenggol lengan Farah. Farah tersengih bila menyedari kesilapannya.
 


“Jasmin sini sekejap,” ujarku.

 

Jasmin yang sedang leka bermain dengan anak patung Barbienya memandang kearah mama Leanya. Tanpa berlengah lagi dia menuju kearah mama Lea.

 

“Ini auntie Farah, kawan Mama Lea dan mummy Jasmin,” terangku kepada Jasmin.  

 

“Apa khabar auntie?,” ujar Jasmin menghulur tangannya seraya mencium tangan Farah.
 


“Baik alhamdulilah, Jasmin tentu tak ingat auntie kan, masa auntie jumpa Jasmin dulu, Jasmin baru 2 tahun, sorrylah Jasmin, auntie tak ada buah tangan untuk Jasmin, tak apa nanti kita pergi makan ice cream ok,” ujar Farah serba salah. Dia tidak teringat langsung hendak membeli buah tangan. Dia dan Lea kenalan rapat sejak kecil lagi. Rumah mak long Lea dan Orkid sudah menjadi rumah kedua buatnya. Apa taknya pagi petang siang malam asyik di rumah mak long. Sebab tu dia dah terbiasa dan tidak teringat untuk membeli buah tangan.
 


Wajah Jasmin bercahaya bila Farah berjanji hendak belanja dia makan ice cream.

 

“Thanks auntie,” ujar Jasmin seraya berlari menuju ke biliknya mahu menyimpan anak patung barbienya dan bersiap-siap untuk keluar.
 


“Eh kau tak nak makan tengahari kat sini ke?,” ujarku bila Farah berjanji akan membawa Jasmin keluar. Ingatkan hendak menyediakan masakan ringkas buat Farah. Hujung minggu begini Mak Limah balik ke rumahnya di kampung petang minggu baru dia balik ke rumah kami. Lagipun aku jarang berada di rumah. Adam hujung minggu selalu membawa Jasmin keluar makan atau bersiar-siar dan aku pula jarang melekat di rumah pada hujung minggu. So dapur jarang berasap kerana masing-masing makan di luar.
 


“Aku tengah on diet,” jawab Farah tersengih seraya mengosok perutnya yang kempis macam papan iron board.
 


“Yelah tu, habis yang tadi kau janji nak ajak kita keluar makan ice cream tu diet namanya,” sindirku.
 


“Aku makan ice-cream yang low fat dan low segalanya,” ujar Farah seraya ketawa kecil.
 


 “Perangai merepek kau tak sudah, eh kau tunggu sekejap aku pergi buat air,” ujarku meminta diri untuk ke dapur.

 

Farah duduk di sofa ruang tamu. Dia mencapai majalah yang terdapat di atas meja lalu menyelaknya perlahan. Rumah banglo dua tingkat milik Lea terasa sunyi seketika. Farah tidak menyangka Lea berjaya mencapai cita-cita untuk mendapatkan rumah besar dan kereta mewah. Mungkin perniagaan Orkid maju dan mereka mampu untuk membeli rumah sebesar ini. Farah tersenyum sendiri. Mereka berkawan baik sejak kecil. Orkid dan Lea sudah seperti keluarganya sendiri. Dia turut menumpang gembira di atas kejayaan Lea dan Orkid.

 

Farah tersentak bila mendengar derapan kaki seseorang menuruni anak tangga. Dia menoleh kearah anak tangga. Seorang jejaka kacak berseluar jeans dan berkemeja putih lengan panjang sedang menuruni anak tangga di temani Jasmin. Siapa lelaki kacak itu? Mata Farah tidak berkedip memandang wajah kacak si jejaka. Hingga Lea kembali dengan hidangan air dan berada di sebelahnya pun dia tidak sedari.
 


“Woi, apa yang kau angankan,” sergahku bila ku lihat Farah kelihatan pelik.

 

“Siapa that handsome hunk?,” bisik Farah excited namun dia cuba mengawal suaranya agar tidak kedengaran jejaka kacak itu. Jejaka yang dimaksudkan tidak perasan akan dirinya kerana sibuk melayan Jasmin berbual dengannya.

 

“Oh..., Jasmin punya other guardian,” ujarku tanpa mengulas panjang. Meluat pula aku bila ramai wanita akan berperangai pelik bila setiap kali terpandang akan wajah Adam. Apa kacak sangatkah dia hingga ramai wanita tertarik dengannya.
 


“Guardian??....explain?,” jawab Farah matanya tidak lepas dari terus memandang kearah Adam.

 

“Hei kau ni dah kenapa, macam kat UK tak ada mat saleh yang handsome atau lebih handsome dari dia,” ujarku bila Farah seakan sudah anggau macam hendak terkeluar biji matanya memandang Adam dari tadi.

 

“He’s gorgeous, so dia tak ada kena mengena dengan kau lah ni...,” ujar Farah excited ini bermakna dia punya peluang untuk memikat hati lelaki kacak itu.
 


Aku tidak menjawab. Aku tahu pasti Farah sudah terpikat dengan Adam Alfian kalau tidak masakan dia beria-ia ingin tahu tentang hubunganku dengan Adam. Aku menoleh kearah Adam. Memang tidak dinafikan Adam sememangnya kacak orangnnya. Kerana itulah aku tidak percaya akan lelaki yang berwajah kacak seperti Adam. Orang sekacaknya tidak akan dapat menumpukan perhatiannya pada satu wanita kerana ramai wanita akan menyerahkan diri padanya. Mataku terpaku kearah dada Adam yang terdedah sejak dari tadi. Dia hanya menyarungkan kemeja putih tersebut ke badannya tanpa membutangkannya terlebih dahulu. Cepat-cepat aku menuju kearah Adam yang sedang leka bergurau bermain kejar-kejar dengan Jasmin. Adam terperanjat bila aku tiba-tiba berada di depannya dan tanpa berkata apa aku membutangkan kemejanya.
 


“Lain kali butang baju tu, kan I ada tetamu,” bisikku marah lalu menjeling Adam.

 

“Sorry dear, I tak perasan, anyway thanks,” ujar Adam lalu  memegang tanganku dan tidak mahu melepaskan tanganku. Aku menjegilkan mataku memberi amaran bahawa perbuatannya itu tidak menyenangku. Aku menarik tanganku kasar. Biar dia tahu aku tidak suka dengan caranya.
 


Adam seakan tidak berpuas hati bila aku berbuat demikian. Dia melintas di depan ku seraya menuju kearah Farah yang sedang duduk di sofa.

 

“Hi, I’m Adam and you are?,” ujar Adam seraya menghulurkan tangannya.

 

“Farah,” jawab Farah terkejut bila lelaki idamannya berada di depan mata. Dia menyambut tangan Adam. Adam duduk di sofa berhadapan dengannya.

 

“You’re Lea family friend,” soal Adam menganggukkan kepala. Dia pernah terdengar nama Farah selalu di sebut Orkid sebagai teman rapat mereka sejak kecil. Inilah kali pertama dia bertemu dengan Farah kerana menurut Orkid, Farah melanjutkan pelajarannya di UK.

 

Farah tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan. Matanya masih tidak lepas dari terus memandang wajah tampan Adam. Dia seolah-olah sudah terpukau dengan wajah tampan Adam.

 

“I tak tahu you kawan rapat Lea, I don’t think Lea ada mention to you about me, by the way I hendak beritahu you, in case Lea lupa, I’m her husband,” ujar Adam sengaja berbuat demikian lalu tersenyum kearah Lea yang berdiri tidak jauh darinya.
 


“You WHAT??, is this true?,” ujar Farah terperanjat lalu menoleh kearah Lea. Adam suami Lea? Bila masa Lea berkahwin? Kalau betul Adam suami Lea kenapa Lea tidak memberitahu aku tadi. Kenapa Lea mengatakan lelaki itu hanya penjaga Jasmin.
 


“Ok that’s enough…., Adam please, she didn’t know anything,” ujarku bila Adam berkata demikian. Aku memang tidak mahu memperkenalkan Adam sebagai suamiku kepada Farah kerana aku tidak mahu Farah tahu akan rahsia kami.
 


“Lea, what’s going on? Can someone explain to me what’s going on here?,” ujar Farah dia kelihatan keliru. Dia memandang kearah Lea meminta penjelasan.

 

Aku menjeling kearah Adam bila dia tiba-tiba marah dengan perlakuan ku. Apa salahkah apa yang aku katakan pada Farah tadi. He’s Jasmin other guardian. Selama ini Adam ok je bila aku berbuat demikian kenapa tertiba hari ini dia tersentap. Apa masalah Adam? Perjanjian kami tetap sama. Kita hanya bergelar suami isteri atas nama sahaja dan tidak lebih dari itu.

 

“He’s not my husband…., kami hanya husband and wife dalam surat nikah, are you happy now Adam?? you will never be my husband,” jawabku geram kerana tingkah lakunya tadi, aku terpaksa berbuat demikian. Nah rasakan. Hendak sangat.
 


Adam benar-benar terkejut dengan peneranganku. Dia sama sekali tidak menyangka aku sanggup berkata demikian terutama sekali di hadapan Farah yang hanya di kenali hari ini.

 

“Oh I’m not your husband fine Lea…fine,” jawab Adam seraya berlalu menuju kearah porch kereta. Enjin kereta SUV Audi milik Adam mengaum kuat bila di hidupkan. Kereta Adam meluncur laju keluar dari porch kami dan laju menuju kearah jalan raya.
 


“Lea? apa yang berlaku?,” ujar Farah sebaik sahaja Adam meninggalkan rumah.

 

Aku terdiam seketika, menyesal dengan perbuatan ku. Rasa bersalah menyelubungi hatiku. Aku tidak berhak menyakitkan hati Adam kerana selama ini Adam mengikut rentakku. Aku tidak mahu sebilik dengannya, dia akur. Aku tidak mahu ada apa-apa urusan dengannya. Dia tidak membantah. Malah Adam begitu sabar karenah dan perangaiku. Kalau lelaki lain sudah lama tinggalkan aku. Adam masih boleh bersabar dengan aku, malah Adam seorang lelaki yang bertanggungjawab. Walaupun aku tidak pernah menganggapnya sebagai suami namun tanggungjawabnya sebagai seorang suami diuruskan olehnya dengan baik sekali. Dia memberi aku nafkah setiap bulan untuk perbelanjaanku dan perbelanjaan kami sekeluarga. Pada awalnya aku tidak mahu menerima nafkah untuk diriku kerana aku sendiri tidak menjalankan tanggungjawabku sebagai isteri. Namun Adam tetap berdegil dan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun ku. Adam lakukan ini semua kerana berasa tanggungjawab untuk menjagaku dan Jasmin. Semua dia lakukan demi cintanya terhadap Orkid. Cintanya terhadap diri Orkid. Orkid benar-benar bertuah mendapat lelaki sebaik Adam.
 

 
 
bersambung.....
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment