Thursday 10 April 2014

Azalea Orkid - Part 13


Seperti di rancang awal tadi, aku Farah dan Jasmin keluar pergi ke Season mencari ice cream. Jasmin gembira kerana dapat keluar bersama denganku hari ini. Sepertimana yang ku katakan tadi, aku jarang sekali keluar bersiar-siar dengan Jasmin. Adam yang selalu membawa Jasmin keluar bersiar dan ke tempat-tempat yang Jasmin suka. Dan oleh kerana aku sudah menyakitkan hati Adam, maka Adam tidak jadi  membawa Jasmin keluar hari ini. Adam meninggalkan rumah sebaik sahaja kami bertengkar tadi dan aku tidak menerima sebarang berita atau telefon darinya sejak tengahari tadi.
 



“What’s wrong with you Lea, hey kalau aku dapat husband sebaik Adam aku tak akan lepaskannya malah aku akan menyayanginya sepenuh jiwa dan raga,” ujar Farah dengan wajah yang bersungguh-sungguh. Minah sorang ni memang penuh dengan expresi.
 


Jasmin yang duduk di sebelah ku hanya mengekek kecil bila Farah berbuat demikian. Walaupun dia tidak faham dengan apa yang Farah katakan namun dari memek muka Farah kelihatan lucu.

 

“Cut the crap…, he will never love me,” jawabku mendatar sambil mengacau root beer float dengan straw dengan wajah bosan. Yelah, dia berkahwin dengan aku pun kerana terpaksa dan demi memenuhi permintaan Orkid.

 

“Kau hanya bergurau kan…, kenapa kau cakap macam tu,” soal Farah ingin tahu lebih lanjut mengenai masalah rumahtangga Lea. Apa yang menyebabkan hubungan mereka begitu.

 

“Dia cintakan Orkid bukannya aku,” jawabku lagi seperti orang putus cinta. Kenapa aku merasa demikian? Adakah aku cemburu pada Orkid? Cemburu kerana Orkid bertuah dapat memiliki hati Adam dan bukannya aku. Dan Adam hanya cintakan Orkid. Dan aku tidak dapat menandingi Orkid. Orkid wanita yang memiliki peribadi yang baik, lemah lembut tidak seperti aku yang keras kepala dan tidak bertolak ansur.

 

“Tapi Orkid tiada lagi di dunia ni Lea, yang ada kau, bukankah kau isterinya tentulah dia sayangkan engkau..engkau ni cubalah fikirkan perkara yang logik sikit,” ujar Farah cuba menyakinkan Lea. Dia tahu temannya Lea ni keras hatia. Memang tidak di nafikan Lea cantik akan tetapi dia terlalu keras hati dan tidak seperti kakaknya Orkid yang lemah lembut dan seorang penyayang.

 

“Tak ada maknanya dia cintakan aku Farah, aku dan Orkid kembar, wajah kami seiras yang membezakan kami adalah perwatakan kami, Adam cintakan Orkid kerana perwatakannya yang keibuaan dan lemah lembut tapi perwatakanku bertentangan dengan Orkid, aku keras kepala dan tidak pelembut seperti Orkid, aku tidak rasa Adam mahukan isteri yang degil macam aku,” terangku untuk mensahihkan kenyataanku. Yelah. Orkid senang di perdaya kerana dia cepat percaya pada orang manakala aku tidak mudah mempercayai orang.
 



“Entahlah Lea, kau ni memang keras kepala kan, bak kata orang muka lawa tapi keras kepala semua lelaki lari,”

 

“Kau ni dah lama tak kena penampar aku ke Farah,” ujarku menunjuk lima jariku kepada Farah. Bukan niat hendak memberi Farah penampar pun macamlah dia tidak tahu perangai aku. Aku memang keras kepala. I don’t give a damn. Kalau aku tak suka aku tak suka no one can change my mind. Bentakku dalam hati. Kalau Adam tidak boleh menerima perangai aku. Itu masalahnya. Siapa suruh dia bernikah dengan aku. Kalau dia fikir aku akan dengar cakapnya, maaf kerana dia tersilap orang. Aku bukan Orkid.

 

“Seriously, I think he loves you, I can tell from the way he looks at you, oh so romantic, kalau akulah dapat Adam alangkah bahagianya,” ujar Farah berangan lagi. Siapa tak angau kalau wajah Adam sepuluh kali kacak dari pelakon mana-mana model lelaki ternama. Adam layak dijadikan supermodel lelaki. His hot body. Oh gosh.
 


“Stop dreaming, it’s my husband you are talking about ok,” ujarku pura-pura marah dan dalam masa yang masa gelihati melihat gelagat Farah.
 


“Eh tahu pulak jealous bila orang puji suami dia.., Lea kalau kau tak hendakkan dia, aku sanggup jadi isteri keduanya,” ujar Farah bergurau sengaja hendak menaikkan darah Lea.

 

“Kau cari pasal ke apa Farah nak jadi madu aku, aku tak akan izinkan perkara ini berlaku,” ujarku tegas. Aku terdiam seketika bila Farah berkata demikian. Adam boleh berkahwin empat. Dia mampu dan layak menikah lagi satu sekiranya isteri pertama tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Aku menjadi takut sendiri bila memikirkannya. Di dalam perjanjian kami aku tidak di benarkan meminta cerai dan Adam tidak akan menceraikan aku. Tidak pula aku meletakkan syarat bahawa dia tidak dibenarkan beristeri lebih dari satu. Pernahkah Adam terfikir untuk bernikah lagi? Mungkinkah Adam sudah mencari wanita lain yang sesuai untuk dijadikan teman hidupnya. Aku menjadi resah sendiri kerana aku tidak mahu berkongsi Adam dengan wanita lain. Tapi kenapa aku pentingkan diri sendiri sedangkan aku sendiri tidak pernah menerima Adam sebagai suamiku.
 

 
*****
 

 
Sepulangnya aku dari makan ice cream bersama Farah tadi aku di kejutkan dengan kunjungan mama dan papa mertua ku kerana kereta BWM hitam milik mereka kelihatan terparkir di dalam porch. Namun kereta Audi milik Adam tidak kelihatan ada sama. Adam masih belum pulang? Marah betul dia dengan aku.
 

 
“Yay nenek atuk datang,” ujar Jasmin riang lalu berlari masuk ke dalam rumah. Aku mengorak langkah perlahan.
 

 
“Assalamualaikum,” ujarku memberi salam. Lalu menyalami mama dan papa yang sedang duduk di ruang tamu. Jasmin duduk di antara atuk dan neneknya.
 

 
“Waalaikumsalam,” jawab mereka serentak lalu menoleh kearah muka pintu.
 

 
“Dah lama, mama dan papa sampai tadi?,” soalku duduk di sofa berdekatan.
 

 
“Baru juga, mama dan papa sebenarnya rindukan Jasmin, lama kau orang tak balik jenguk kami tu yang kami datang,” ujar mama lalu memandang wajah menantunya.

 
“Abang Adam sibuk akhir-akhir ni ma, itu yang kami tidak dapat datang,” jawabku membantu Mak Limah menghidangkan minum petang di atas meja tamu. Aku terpaksa mengunakan nama Adam kerana aku hanya ke rumah mama dan papa bila Adam membawa kami ke sana.

 
“Asyik sibuk aje budak tu tak tahu hendak merancang menambah jumlah keluarga?,” jeling Datin Fauziah ke arah menantunya. Sudah hampir setahun mereka bernikah namun menantunya itu tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia sudah berisi. Dia juga mahukan cucu sendiri.

 
Tersedak aku bila mama sudah mula mengutarakan soal anak pada aku. Bagaimana kami hendak mempunyai anak kerana kami tidak pernah bersama walau sekali pun. Bisikku dalam hati.

 
Kami di kejutkan dengan ucapan salam yang di berikan oleh Adam. Adam menghampiri mama dan papanya untuk bersalam. Aku melirik kearah Adam ingin melihat reaksi wajahnya. Dia kelihatan bersahaja sahaja seolah-olah dia sudah dapat melupakan apa yang terjadi siang tadi atau mungkin kerana mama dan papa ada dia terpaksa menyembunyikan perasaannya. Adam duduk bersebelahan dengan aku rapat. Dia menyandarkan tangan kanannya di atas sofa manakala tangan kirinya mencapai tanganku. Begitulah keadaan kami bila mama dan papa datang berkunjung. Pura-pura mesra di hadapan mereka. Aku membenarkan Adam memegang dan menyentuhku bila mama dan papa ada dihadapan kami. Kami sudah biasa berbuat begitu di hadapan mereka. Sehingga tidak merasa janggal lagi.
 

 
“Ah Adam, kau kemana tadi? Dah nak senja baru balik?,” soal mama lalu memandang wajah anak lelakinya.

 
“Adam baru balik office ada kerja sikit,” jawab Adam mendatar. Aku tahu Adam berbohong. Adam tidak bekerja hari ini kerana hari ini adalah giliran dia untuk membawa Jasmin keluar bersiar-siar. Jika Farah tidak datang berkunjung siang tadi. Adam sudah membawa Jasmin ke tempat yang dia telah janjikan kepada Jasmin awal tadi. Aku tahu Adam keluar untuk melepaskan rasa tekanan yang dia hadapi.

 


 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment