Monday 7 April 2014

Azalea Orkid - Part 3


“Sis, I think I’m in love,” ujar Orkid suatu petang ketika kami sedang duduk berehat di anjung rumah sambil menikmati minum petang. Aku yang ketika itu sedang menghirup teh panas hampir sahaja lidahku melecur bila Orkid menyampaikan berita tentang dia sedang di lamun cinta.
 


“In love?? With whom?,” ujarku separuh menjerit. Gembira dan ingin tahu siapakah gerangannya lelaki yang berjaya membuka pintu hati Orkid semula. Dan bagaimana pula Orkid dapat menerima cinta lelaki dengan begitu mudah sedangkan pengalamannya dengan insan bernama lelaki tidaklah begitu indah. Aku menyangka Orkid tidak ingin lagi jatuh cinta atau berumahtangga setelah apa yang telah berlaku ke atas rumahtangganya dahulu.
 

Orkid tersenyum bila adik kembarnya ingin tahu siapa jejaka yang berjaya menambat hatinya.
 

“This guy, remember I told you that dia selalu ke kedai beli bunga everyday without fail,” ujar Orkid ghairah lalu menoleh kearah Azalea. Dia tidak pernah berahsia dengan adiknya Azalea. Azalea bukan sahaja adik kembarnya malah Azalea juga teman rapatnya. Orkid tidak punya ramai teman kerana dia hanya menghabiskan masa di kedai bunga dan dengan anaknya Jasmine.
 

“Hmm??, Let me see the gorgeous man you ever seen, if I’m not mistaken his name is Adam Alfian,” ujarku separuh ingat. Memang Orkid selalu menceritakan peristiwa lucu yang pernah berlaku di floristnya. Salah satu yang selalu di ceritakannya adalah tentang lelaki yang bernama Adam itu selalu berkunjung ke kedainya dan akan membeli sekuntum bunga setiap hari. Sekuntum sahaja. Bunga apa yang di rasa cantik akan dibeli sekuntum dan setelah membayar harga bunga tersebut di berikan kepada Orkid. Pada mulanya Orkid tidak mahu menerima bimbang lelaki itu berniat tidak baik. Tapi bila melihat keikhlasan dan kesungguhan lelaki itu mahu berkenalan dengannya. Orkid menerima dan lama kelamaan mereka menjadi teman tapi mesra. Aku tidak menyangka hubungan mereka menjadi serious.
 

“Yes you are right, It’s Adam Alfian, I’m in love with,” jawab Orkid senyuman tidak lekang terukir di bibirnya.
 

 “Adam Alfian, I didn’t know that you guys were serious?,” soal ku lagi kerana tidak percaya bila mendengar pengakuan Orkid.
 

“It’s about time we think about our futures, he is nicers guy I have ever met,” jawab Orkid lalu menoleh kearah Azalea. Dia berharap Azalea akan merestui hubungan dia dengan Adam Alfian.
 

“I’m happy for you sis, how about Jasmin?, Dia tahu pasal ni,” ujarku lalu memeluk Orkid erat.
 

Orkid menganggukkan kepalanya.
 

“She loves him too,” jawab Orkid dengan wajah gembira. Jasmine sukakan Adam mungkin kerana dia tidak pernah merasa kasih sayang dari seorang ayah dan juga Adam seorang lelaki yang baik membuatkan dia merasa selesa dengannya. Adam seorang lelaki yang penyayang dan begitu sabar melayan karenah Jasmine.
 

Walaupun aku gembira buat diri Orkid, namun tidak semudah itu, untuk aku menerima kehadiran orang baru dalam hidup Orkid. Aku belum mengenali Adam Alfian. Aku hanya mendengar cerita mengenai Adam Alfian melalui Orkid. Aku ingin tahu dan menyiasat akan latar belakangnya. I don’t trust him. Aku tidak mahu Orkid terluka lagi. Aku berharap Orkid membuat pilihan yang baik kali ini dan tidak membenarkan lelaki itu mempermainkan perasaannya. Aku tidak akan membiarkan perkara itu berlaku ke atas diri Orkid. Itu janjiku pada Orkid dan Jasmin.

 
bersambung.....
 
 
 
 
 

1 comment: