Tuesday 8 April 2014

Azalea Orkid - Part 5


“Hi Lea, you jadi keluar malam ni?,” tegur Adam Alfian sebaik sahaja terserempak dengan Lea di dapur rumahnya. Orkid dan Lea sudah biasa ke rumahnya. Mereka rapat dan sudah seperti sebuah keluarga. Hari ini Lea meminta Adam menjagakan Jasmin untuknya kerana Orkid tidak berada di rumah dan dia pula hendak keluar bersama teman-temannya. Adam mempunyai pembantu rumah Mak Limah yang boleh membantunya menjaga Jasmin. Kebetulan Adam hendak mengambil milo untuk Jasmin dan menyedari Lea turut berada di dapur sedang mengambil sesuatu dari peti sejuknya. Matanya memerhatikan Lea dari atas ke bawah.
 

Aku tidak merasa hairan bila Adam memandangku sebegitu kerana aku mengenakan tank top sequin berwarna silver dengan pants berwarna hitam. Sexy. Bezanya aku dengan Orkid. Orkid she likes to dress simple. Aku pula fashionable and bold. Kalau tidak bagaimana Shafinas mendapat tips mengenai fashion dari aku. Dan aku memang kelihatan sexy malam ini. Dan aku tahu Adam sebagai lelaki tulen pasti akan terpegun melihat kecantikan aku.
 

“Yeah, pergi clubbing with my boss and other colleagues,” jawab ku dengan wajah selamba lalu membuka penutup tin ice lemon yang aku ambil dari peti sejuk tadi untuk menghilangkan dahaga.
 

“And you wearing that..?,” tegur Adam Alfian seperti seorang abang menegur adiknya cara dia berpakaian. Lea benar-benar mahu keluar memakai pakaian begitu. Orkid tidak pernah menegur Lea cara dia berpakaian.
 

“Yeah, kenapa? Tak boleh? siapa you untuk menegur cara I berpakaian,” jawabku kurang senang dengan intonasi suara Adam Alfian seolah-olah mahu mengajarku bagaimana hendak berpakaian sesuai. Dia siapa belum menjadi abang ipar sudah berlagak. Tolong sikit.
 

Adam Alfian mengelengkan kepalanya perlahan bila mendengar jawapan dari Lea. Dia sedar dan tahu Lea tidak begitu menyenangi kehadirannya dalam keluarganya. Lea tidak mempercayainya. Dia tahu Lea protective when comes to Orkid dan Jasmin. Dan Adam tidak menyalahkan Lea kerana Lea berhak merasa curiga akan lelaki baru dalam hidup Orkid kerana Lea sayangkan Orkid dan Jasmin. Tapi tidakkah Lea tahu bahawa Adam benar-benar ikhlas mencintai Orkid. Adam tahu Lea perlukan masa untuk menerimanya dalam keluarga. Dia cuba untuk menambat hati Lea. Namun Lea tidak pernah memberinya peluang berbuat demikian.
 

“Look Lea, I got a feeling that you don’t like me at all,” ujar Adam Alfian berdiri di muka pintu dapur. Sudah lama dia perhatikan. Lea memang tidak berkenan dengan dirinya. Tapi dia tidak tahu kenapa Lea bersikap demikian terhadap dirinya. Tidakkah Lea lihat keikhlasan hatinya yang sungguh-sungguh sukakan Orkid. Kenapa Lea masih tidak boleh menerimanya dengan hati terbuka. Dia tahu Lea ada membuat background check mengenai dirinya. Lea sudah tentu tahu jawapan yang dicari melalui background check yang dia buat. Apa lagi yang Lea tidak berpuas hati terhadap dirinya.
 

“You better do..,” jawabku selamba lalu meletak tin ice lemon tea di atas meja. Aku berani berkata demikian kerana Orkid tidak ada. Aku tidak mahu menyinggung perasaan Orkid. Jadi bila aku berpeluang bersendirian dengan Adam. Aku tidak perlu menjaga hati dan perasaan Orkid.
 

“Tapi kenapa?,” soal Adam ingin tahu apa kesalahan dan kekurangan tentang dirinya yang Lea tidak boleh menerimanya.
 

“Do we need to discuss this issue now??, coz I don’t have time to discuss it with you right now,” jawabku sambil lewa lalu mengadap peti ice yang seumpama cermin supaya aku dapat melihat wajahku dan membetulkan rambutku. Sengaja aku hendak mencari kemarahan Adam Alfian.
 

“I know you are protective of your sister…after what had happen to her before, but can’t you give me a chance to proof that I’m not the typed of guy who you think of,” ujar Adam Alfian. Dia memandang ke arah Lea meminta Lea mengerti akan perasaannya. Dia bukan seperti lelaki yang Lea fikirkan.
 

“Well, if you say so, prove it to me, kalau nak I trust you kenapa you tidak bernikah lagi dengan Orkid?,” ujarku memandang tepat ke anak mata Adam. Sudah hampir 2 tahun mereka bercinta namun Adam tidak pernah menghantar rombongan untuk meminang Orkid. Apa lagi yang di tunggu dan apa tujuan Adam yang sebenarnya.
 

Adam tidak segera menjawab. Dia menarik kerusi lalu duduk. Lea mahukan penjelasan darinya. Baik dia akan memberitahu Lea apa yang menyebabkan dia tidak lagi berbuat apa yang di cadangankan oleh Lea.
 

“You think I tak pernah utarakan soal kahwin? Sudah banyak kali, cuma Orkid yang degil, dia masih belum bersedia lagi,” jawab Adam Alfian dengan nada kecewa.
 

Aku hanya mendiamkan diri kerana terperanjat dengan jawapan yang di berikan Adam. Betul ke apa yang dikatakan Adam tadi? Kenapa Orkid tidak pernah memberitahu aku apa-apa. Orkid belum bersedia untuk kahwin? Mustahil kerana mereka telah pun membeli rumah yang baru di duduki Adam setahun yang lalu bertujuan untuk berpindah ke sini setelah mereka berumahtangga. Mungkin Adam benar-benar ikhlas mahu memperisterikan Orkid. Tapi mengapa Orkid masih belum bersedia lagi? Bukankah mereka sudah membeli dan mengubah suai rumah mereka.  Apa lagi yang di tunggu Orkid. Tunggu aku kahwin? Lambatlah kerana aku sememangnya belum bersedia. Aku belum puas enjoy being single.
 

“Sorry I’m already late, by the way thanks for agreeing to look after Jasmin,” ujarku seraya melirik kearah jam. Kalau tidak kerana Orkid terpaksa pulang lambat aku tidak perlu meminta bantuan Adam untuk menjaga Jasmin. Nasib baik Adam bersetuju untuk menjaga Jasmin.
 

“Enjoy yourself….don’t stay out too late,” pesan Adam Alfian dengan suara mendatar.
 

Aku hanya mendengus kecil bila dia berkata demikian seolah-olah aku adalah anak kecil yang harus diberi peringatan selalu.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment