Monday 14 April 2014

Azalea Orkid - Part 18


Adam tidak berada di dalam bilik bila aku mendapati cik Limah sedang sibuk mengemas bilik tidurnya. Entah hingga pukul berapalah Adam berjaga untuk menyiapkan kerjanya. Aku tiba-tiba merasa kasihan pada Adam. Kenapa aku berhati batu dan tidak menghargai jasa dan pengorbanan Adam terhadap kami selama ini? Malah aku selalu menyakitkan hati Adam dan mengecewakannya. Kalau Adam seperti lelaki lain, nasibku tidak sebaik ini. Kenapa aku tidak dapat menerima Adam. Adam terlalu baik. Adakah kerana aku cemburukan Orkid maka aku tidak mahu menerima Adam? Aku cemburu kerana Adam sayangkan Orkid. Ya Allah, kenapa aku harus merasa cemburu pada Orkid?
 
 

Aku menuju ke bilik Jasmin. Pintu biliknya ku buka. Jasmin masih tidur. Aku menutup kembali pintunya dan menuju ke arah bilik Adam dimana cik Limah sedang sibuk mengemas katilnya.
 
 

“Selamat pagi Lea,” tegur mak Limah sebaik sahaja terpandang Lea berdiri di muka pintu.
 
 

“Pagi mak Limah,” jawabku lalu duduk di sofa single yang terdapat di dalam bilik Adam sambil memerhatikan mak Limah membuat kerjanya.
 
 

“Adam bangun pukul berapa?,” soalku ingin tahu.
 
 

“Dalam pukul 5.30 pagi, lepas solat subuh dia keluar,” jawab cik Limah ringkas tangannya pantas menyusun bantal dan membetulkan cadar katil Adam pula.
 
 

“Ada dia pesan apa-apa pada mak Limah?,” soalku lagi kerana Adam tidak pernah keluar rumah awal pagi. Kerana rutin Adam, setiap hari sabtu dan minggu dia akan bersarapan pagi bersama kami. Tapi hari ini dia keluar. Kemana Adam pergi?
 
 

“Dia pesan tak payah siapkan sarapan untuknya kerana dia akan bersarapan di luar, mak Limah dah sediakan sarapan pagi untuk Lea,” jawab Mak Limah tanpa menoleh ke arah Lea. Dia pun terasa pelik bila Adam keluar rumah awal-awal pagi. Selalunya dia akan bersarapan pagi di rumah.
 
 

Aku mengerutkan dahi. Selama aku berkahwin dengan Adam inilah kali pertama dia tidak bersarapan bersama kami terutama sekali pada hujung minggu. Adam tidak akan ke pejabat. Dia selalu meluangkan masanya untuk bersama keluarga. Atau lebih tepat meluangkan masa bersama Jasmin, kerana aku jarang sekali berada di rumah. Adam tahu aku sengaja berbuat demikian agar kami tidak bertemu. Kami seperti housemate yang hanya berkongsi rumah dan mempunyai tanggungjawab yang sama iaitu menjaga dan membesarkan Jasmin. Kami bergilir-gilir akan membawa Jasmin keluar hujung minggu agar Jasmin tidak merasa bosan dan merasakan dirinya terabai dan kurang kasih sayang. Kami tidak mahu Jasmin merasa kehilangan. Dan Adam memenuhinya tanggungjawabnya tanpa keluh kesah. Aku akui Adam seorang lelaki yang baik kerana dia menganggap Jasmin seperti anaknya sendiri. Kalau lelaki lain belum tentu sebaik Adam kerana Jasmin bukan anaknya.
 
 

Minggu ini giliran aku untuk membawa Jasmin keluar. Selalunya walaupun giliran aku membawa Jasmin keluar. Adam pasti berada di rumah bersama kami. Entahlah? Mungkin Adam sudah bosan dengan kehidupan rutin yang sama dan sudah bosan dengan perangaiku yang tidak pernah berubah.
 
 

Aku tersentak bila terdengar enjin kereta menderum masuk ke porch. Kedengaran pintu kereta di buka dan ditutup. Aku menuruni anak tangga berpura-pura mahu menuju ke ruang dapur. Adam memandang ke arah ku sekilas. Seperti biasa aku tidak menegur Adam. Adam juga tidak menegurku. Adam menanggalkan shade yang dipakainya di letakkannya di atas meja lalu duduk di atas sofa. Tahulah aku, Adam pergi bermain tennis pagi tadi dari outfit yang dipakainya. Adam bermain tennis? Selama ini dia tidak pernah keluar bermain tennis. Terlalu banyak perkara mengenai Adam tidak aku ketahui. Patutlah Adam keluar awal.
 
 

Aku terperanjat bila seketika kemudian seorang wanita muda yang berpakaian sukan turut masuk ke dalam rumah dan duduk bersebelahan dengan Adam. Siapa pula perempuan tu? Aku dapat melihat wajah wanita itu dengan jelas. Dia bukan Sofie. Sofie cantik kerana wajahnya didandan rapi. Tapi wanita itu cantik kerana natural beauty tiada secalit make up pun kelihatan di wajahnya. Aku berkira-kira usianya dalam lingkungan early twenties. Aku mengetap bibir menahan marah kerana Adam seperti tidak menghormati aku sebagai isterinya. Aku tahu aku tidak berhak menghalang dia berkawan dengan mana-mana wanita kerana dia tidak pernah menghalang aku berkawan dengan mana-mana lelaki. Tapi apa yang aku kesalkan bila Adam berani membawa wanita itu ke rumah.
 
 

“Lea, kenalkan ini DeIla….DeIla ini Lea, my wife,” ujar Adam memperkenalkan kami bila dia ternampakku keluar dari dapur. Dan mereka kebetulan mahu menuju kearah tangga untuk menuju ke atas.
 
 

“Nice to meet you,” ujar DeIla mesra lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan denganku.
 
 

“Nice to meet you too, you want anything to drink?,” soalku cuba berlagak biasa seolah-olah apa yang berlaku di depanku tidak sedikitpun menyakitkan hatiku.
 
 

“No thanks, kita baru aje minum tadi, betul tak dear,” ujarnya manja lalu memaut tangan Adam mesra. Adam tidak menjawab malah tersenyum memandang kearah DeIla. Lagaknya seperti pasangan kekasih.
 
 

Aku menyumpah dalam hati. Adam sengaja mahu menduga kesabaranku. Perbuatannya itu sudah melampau. Tapi aku tidak dapat berbuat apa-apa kerana selama ini aku selalu mengatakan bahawa hubungan kami tidak lebih dari housemate. Bukankah itu syarat yang aku tekankan pada malam sebelum kami bernikah dahulu. Ya, aku sedar aku yang tetapkan syarat itu. Aku tidak kisah kalau Adam bertemu atau bercinta dengan wanita lain di luar pengetahuanku kerana aku tidak akan mencampuri urusan peribadinya. Yang penting ia bukan berlaku di depan mataku sendiri. Hati siapa yang tidak sakit.
 
 

“Lea, I will be in Singapore for a few days, there’s Architect Convention and I will only be back on Wed, take care,” ujar Adam lalu mencium pipiku. Aku merasa kaget bila Adam berbuat demikian. Inilah kali kedua Adam mengucupku setelah bergelar isteri. Tapi apa yang aku pasti Adam hanya berbuat begitu agar DeIla yakin bahawa aku adalah isterinya.
 
 

DeIla hanya menjeling pabila melihat Adam berbuat demikian. Mungkin cemburu dengan tindakan Adam tadi. Adam mendaki tangga menuju ke arah biliknya diikuti DeIla.
 
“Beautiful house you have abang Adam,” bisik DeIla perlahan, terpegun dengan dekorasi dan hiasan dalaman yang terdapat di rumah Adam. Inilah pertama kali dia menjejakkan kaki kerumah Adam sejak dia berumahtangga.
 
“Thanks for the compliment, interior design konsep dari kak Orkid, come I want you to meet my princess,” jawab Adam menuju kearah bilik Jasmin.
 
DeIla mengangguk bersetuju. Adam selalu menyebut-yebut anak kesayangannya kepada Della. Namun dia belum berkesempatan untuk menemukan Della dengannya. Maklumlah dia baru habis belajar jurusan jururawat. Baru kini dia berpeluang untuk bertemu dengan Adam.    
 
Adam mengetuk pintu Jasmin perlahan. Seketika kemudian dia terdengar suara halus milik Jasmin menyuruhnya masuk.
 
“Papa,” sorak Jasmin riang lalu berlari mendapatkan Adam. Tubuh papa Adamnya didakap erat Adam membalas pelukan princessnya lalu mendukung Jasmin.
 
“Sapa auntie ni papa?,” ujar Jasmin seraya menoleh kearah DeIla dengan wajah hairan. Siapa wanita yang berada dengan papanya? Dia tidak melihat wanita itu sebelum ini.
 
“Ini auntie DeIla, kawan papa, Jasmin tak nak salam auntie DeIla ke?,” ujar Adam. Bila Jasmin masih terpegun melihat teman papanya.
 
“Hi auntie DeIla,” ujar Jasmin lalu menghulurkan tangannya. DeIla menyambut. Tangan DeIla dikucup mesra.
 
“Cutelah Jasmin, Jasmin tengah buat apa tu?,” ujar DeIla. Dia memang suka dengan kanak-kanak kecil. Sebab mengapa dia menjadi jururawat pun kerana dia suka melayan anak kecil.
 
“Jasmin tengah prepare tea untuk minum petang, auntie dan papa nak join?,” ujar Jasmin dengan wajah gembira. Adam menurunkan Jasmin ke bawah. Jasmin menuju kearah meja kecil yang terdapat tea set di atasnya. Anak-anak patungnya di dudukkan di bangku.
 
“Sorry Jasmin, papa kena kemas barang papa, Jasmin ingatkan papa kena pergi Singapore hari ini, Jasmin minum petang dengan auntie DeIla ajelah ok..,” ujar Adam seraya mengusap rambut Jasmin perlahan.
 
“Ok, tapi papa jangan lupa belikan Jasmin barbie doll edisi mermaid tau,” pesan Jasmin seraya tersenyum.
 
Adam tidak menjawab, malah membalas senyuman puterinya kerana dia tidak lupa akan pesanan Jasmin. Kemana sahaja dia pergi, pasti dia membeli buah tangan untuk Jasmin.
 
“Auntie DeIla sukakan papa Adam,” soal Jasmin sebaik sahaja papa Adam meninggalkan biliknya dan dia kini bersendirian dengan auntie Della.
 
DeIla mengerutkan dahinya kurang faham dengan soalan anak kecil yang comel itu. DeIla mencapai teapot kecil yang di perbuat dari porcelain itu lalu menuang tea panas ke dalam tea cup yang tersedia. Dia mencapai cup tersebut lalu menghirup tea tersebut perlahan.
 
“Ermm, kenapa Jasmin tanya?,”  soal Della lalu memandang wajah comel Jasmin.
 
“Jasmin sayangkan mama Lea dan papa Adam, tapi Jasmin kadang-kadang tengok papa Adam macam tak happy aje...,” ujar Jasmin seraya meletak sekeping mini fruit custard di atas piring Della.
 
“Auntie DeIla sayangkan papa Adam sebagai abang sahaja tak lebih dari itu, papa Adam kan ada mama Lea?,” terang DeIla. Dia dapat merasakan Jasmin menyangka DeIla adalah teman wanita Adam. DeIla maklum akan rumahtangga Adam. Dia bersetuju untuk membantu, agar hubungan Adam dengan Lea berbaik semula. DeIla dapat merasakan bahawa Adam turut sayangkan Lea walaupun dia tidak berterus terang atau mengatakan begitu kepadanya. Dengan pandangan dan cara Adam melayani Lea serta kucupan yang diberikan kepada Lea tadi, sudah jelas dan nyata bahawa Adam sayangkan Lea. Apa yang menghairankan DeIla kenapa Adam tidak berterus terang sahaja pada isterinya yang dia cintakannya.
 
Adam terdengar akan perbualan Jasmin dengan DeIla. Dia kasihan pada Jasmin. Walaupun auntie Leanya dan dirinya tidak pernah berkelahi di depannya. Namun Jasmin seakan dapat tahu menghidu hubungan mereka tidak berapa baik. Tapi apa boleh buat, sudah pelbagai cara dia cuba mengambil hati Lea. Lea tidak pernah sayang dan cintakannya. Adam dapat merasakan bahawa Lea memang tidak sukakannya. Lea selalu membentak dan mengugutnya. Dan Lea akan mula membangkit mengenai persetujuannya untuk bernikah dengan dirinya. Seolah-olah dia tidak merelakan langsung perkahwinan ini.
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment