Tuesday 15 April 2014

Azalea Orkid - Part 20


Aku mengeringkan rambut dengan tuala kecil. Pintu kamar mandi ku tutup lalu menuju kearah wardrobe untuk menganti baju. Ku campak tuala kecil di atas katil. Mataku terpandang sesuatu. Sejambang bunga rose merah berserta kad dan kotak kecil terletak cantik di atas katilku. Apa occassion? Aku tahu Adam tidak pernah lupa memberi aku hadiah setiap kali dia pulang dari out-station. Tapi hari ini hadiah yang diberi istimewa kerana terdapat a bouquet of red rose. Aku tersenyum sendiri. Adam never fails to amuse me with his romantic gesture. Aku akui sendiri.
 
 

Adam tidak pernah berputus asa untuk mengambil hatiku agar aku dapat menerimanya. Adam is so sweet. Hanya aku tidak pernah menghargainya usahanya sebelum ini. I love you Adam! Bisikku dalam hati. Sedozen mawar merah yang kelihatan segar itu capai lalu ku cium dan meletak bunga itu semula di atas katil. Aku mencapai kotak biru dan envelope tersebut. Aku menarik kad kecil yang tertera “To you” yang berada di dalam envelope tersebut lalu membaca isi kandungannya.
 
 

 

Happy 1st Aniversary Sweetheart,

I hope you like it.

Love,

Adam Alfian



 

Aku benar-benar tidak teringat bahawa hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Aku tidak menduga Adam mengingatinya. Hatiku tersentuh bila menyedari Adam benar-benar mahu rumahtangga yang dibina akan berkekalan. Sedangkan aku selama ini tidak pernah menganggap perkahwinan kami secara serius. Aku membuka kotak kecil pemberian Adam. Mataku terpaku melihat keindahan seutas gelang emas putih yang bertatah butiran batu-batu berlian kecil. Ternyata Adam punya taste dalam memilih barang kemas. Aku akui belum pernah barang pemberian Adam yang tidak pernah aku sukai. Walaupun aku tidak pernah memintanya membelikan aku apa-apa. Adam tetap akan membelikanku accessories setiap kali dia pulang dari out-station. Walaupun barang yang di beri cantik-cantik belaka aku tidak pernah memakai apatah lagi mengunakannya. Walaupun aku tahu Adam lakukan ini semua kerana aku isterinya dan merasa bertanggungjawab untuk memberikan aku yang terbaik. Aku sepatutnya menghargai Adam. Aku tidak sepatutnya mempertikaikan tentang perasaan Adam terhadap diriku. Jika Adam tidak cintakan aku sepertimana dia mencintai Orkid. Aku harus redha dan terima. Aku isteri Adam. Jika Adam dapat menerima kelemahan aku kenapa aku tidak boleh menerima kelemahan Adam. Dia hanya cinta dan sayangkan Orkid. Dan Orkid tiada lagi di dunia ini yang ada hanya aku. Jika aku hendak Adam lupakan Orkid aku seharusnya menambat hatinya dan berusaha menjadi wanita yang dia inginkan. Dan bukan menyakitkan hatinya.
 
 

Ternyata aku yang tidak pandai menilai yang mana kaca dan yang mana itu permata. Kenapa selama ini aku asyik merasakan Adam tidak sayangkanku? Kalau Adam tidak sayangkan aku, masakan dia mengingati hari ini hari ulang tahun perkahwinan kami sedangkan aku terlupa langsung. Aku menjadi malu sendiri bila menyedari bahawa aku tidak membelikannya apa-apa apatah lagi kad ucapan. Malah aku tidak pernah memberinya apa-apa sejak kami hidup bersama. Sedangkan Adam tidak pernah lupa memberiku pemberian yang cantik-cantik setiap kali dia pulang dari luar negeri.
 
 

Aku memberitahu mak Limah bahawa aku akan masak masakan istimewa buat Adam. Adam tidak pernah merasa masakanku kerana aku tidak pernah memasak untuknya. Selama ini hanya mak Limah yang masakkan untuk kami. Aku merasa bersalah kerana tidak memberi Adam apa-apa. Hendak keluar mencari barang. Rasanya sudah terlewat dan it is not personal. Biarlah aku meraikan hari istimewa ini dengan memasak untuknya. Aku sedar aku banyak menyakiti hati Adam dan dia banyak bersabar dengan karenah ku.
 
 

“Mak Limah apa lauk kegemaran Adam?,” soalku bila menyedari bahawa aku tidak tahu sama sekali makanan ataupun lauk kegemaran Adam. Isteri apa aku ni.
 
 

“Setahu mak Limah Adam suka makan spagetti bandung muar dan lauk kegemaran dia pula dia suka ikan keli masak lemak tempoyak,” ujar mak Limah. Sudah lama mak Limah bekerja dengan Adam. Dia tahu benar makanan kesukaan Adam. Kalau dia balik ke kampung Adam tidak lupa memesannya membawa tempoyak.
 
 

“Mesti Mak Limah hairankan kenapa Lea tak tahu makanan kegemaran Adam,” ujarku tiba-tiba.
 
 

Mak Limah hanya mengeluh kecil. Dia sedar akan hubungan Adam dan Lea. Cuma dia tidak suka ikut campur hal urusan peribadi mereka. Dia hanya pembantu di rumah ini. Lagipun mereka jarang bertemu. Bila hari biasa Lea dan Adam sibuk ke kerja sementara dia memasak, membasuh, membersihkan rumah dan menjaga anak mereka Jasmin. Lebih dari itu dia tidak tahu. Dia sedar akan hubungan dingin mereka berdua bila kali pertama Adam memperkenalkan isterinya Azalea. Mak Limah tidak menyangka Azalea serupa benar dengan bekas teman wanita Adam, Orkid. Malah Mak Limah tahu akan tragedy yang menimpa Orkid. Orkid seorang yang jelita, peramah dan lemah lembut. Manakala Azalea berlainan pula perangainya walaupun mereka kembar seiras. Azalea seorang wanita modern dan berani. Walaupun Azalea tidak mempunyai ciri-ciri keibuaan seperti kakaknya namun Mak Limah tidak menafikan Azalea adalah seorang wanita yang baik dan menghormati orang tua. Mak Limah dapat menghidu akan kedinginan hubungan mereka bila Adam memilih bilik tetamu untuk dirinya. Manakala Azalea tidur di bilik utama. Belum pernah sekalipun Mak Limah lihat mereka tidur bersama. Namun Mak Limah tidak pernah bertanya mahupun ingin tahu. Itu masalah rumah tangga mereka.
 
 

“Entahlah Lea? Mak Limah tak nak campur urusan kamu berdua,” jawab Mak Limah lalu menyiang ikan.
 
 

Aku menarik kerusi di meja makan. Bawang yang terdapat di atas meja ku capai dan ku kupas kulitnya membantu mak Limah.
 
 

“Mak Limah kenal kakak Lea, Orkid?,” soalku lagi ingin tahu sejauh mana Mak Limah tahu tentang Orkid dan Adam.
 
 

“Kenal...., kalau kamu berdua berdiri bersebelahan pasti Mak Limah tak tahu hendak bezakan, Mak Limah hanya dapat membezakan kamu berdua bila Mak Limah berdiri di belakang, kerana setahu Mak Limah Orkid rambutnya lurus dan kamu pula rambutnya ikal,” ujar Mak Limah panjang lebar.
 
 

Aku tersenyum bila Mak Limah berkata demikian. Benarlah apa yang di katanya, kerana Orkid suka meluruskan rambutnya. Dia tidak suka rambut ikal. Manakala aku lebih suka rambut ikal mayang.
 
 

“Adam cintakan Orkid Mak Limah?,” soalku lagi.
 
 

“Adam benar-benar cintakan Orkid, kerana inilah kali pertama dia menceritakan Mak Limah akan wanita yang disukainya, siang malam pagi petang, asyik menceritakan tentang Orkid sampai naik lemas Mak Limah dibuatnya, bukan Mak Limah tidak suka, Mak Limah sudah menganggap Adam macam anak sendiri, Mak Limah ingin bertemu dengan wanita yang dipujainya itu, Mak Limah tidak menafikan pilihan Adam memang tepat kerana Orkid memang sepadan dengannya,”
 
 

Aku hanya tersenyum pahit bila mendengar penjelasan dari Mak Limah. Mak limah benar-benar menyenangi Orkid. Dan Adam benar-benar cintakan Orkid. Jadi sangkaan aku selama ini adalah benar. Bila setiap kali Adam melihatku dia hanya mengingati Orkid dan bukan diriku. Adam tidak mungkin dapat melupakan Orkid. Aku merasa sebak bila setiap kali aku memikirkannya. Sebak kerana aku merasa cemburu dengan Orkid. Kenapa Adam tidak mencintai aku sepertimana dia mencintai Orkid. Kenapa Adam tidak dapat lupakan Orkid.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment