Wednesday 23 April 2014

Azalea Orkid - Part 39


Sebaik sahaja keluar dari balai pelepasan Adam sempat menyinggah ke kedai florist yang terdapat di KLIA. Adam meminta florist menyediakan sejambak bunga “Gardenia’s” putih untuk di berikan kepada isteri yang tersayang. Dia bergegas ke carpark untuk mendapatkan keretanya. Tidak sabar hendak pulang ke rumah kerana terlalu rindu pada Lea dan Jasmin. Dia sengaja tidak mahu menelefon ke rumah kerana hendak membuat kejutan kepada mereka. Sepatutnya Adam menaiki flight SilkAir terakhir dari Singapura ke KL. Tapi setelah meetingnya habis dia meminta setiausahanya Lisa cuba mendapatkan flight petang. Alhamdullilah masih ada seat yang membolehkan Adam menaiki flight awal.
 
 

Adam memandu perlahan masuk ke dalam pengkarangan rumahnya. Sebaik sahaja enjin kereta di matikan. Dia mencapai bouquet gardenia dan overnight bagnya keluar dari kereta lalu menutup pintu. Rumahnya sunyi tiada orang yang beristirehat di ruang tamu kerana sliding door di ruang tamunya tertutup rapat. Adam menuju ke arah pintu dapur.
 
 

“Assalamualaikum,” ucap Adam kepada orang di rumah.
 
 

“Waalaikumsalam..eh Adam dah balik,” jawab Mak Limah yang sedang sibuk menyiapkan santapan minum petang di dapur. Dia terkejut kerana Adam sudah pulang.
 
 

“Sunyi aje rumah mana Jasmin dan Della?,” soal Adam lalu menarik kerusi lalu duduk. Cuba melepaskan rasa penat seketika. Maklumlah sebaik sahaja touch down. Adam tidak lengah-lengah lagi untuk pulang.
 
 

“Della dan Jasmin pergi ke playground, Lea kat ruang tamu agaknya?,” jawab Mak Limah lalu tersenyum.
 
 

“Ok Mak Limah saya pergi naik jumpa Lea,” jawab Adam lalu tersenyum. Dia mencapai jambangan bunga Gardenia dan overnight bagnya lalu diletakkannya di atas meja ruang makan. Dia menuju ke arah ruang tamu. Lea tidak kelihatan berada di ruang tamu. Adam keluar mencari Lea di pool. Mungkin Lea berada di luar. Keliling dia mencari Lea. Namun bayang isterinya tidak kelihatan. Mungkin Lea di bawah naik ke atas. Adam mendaki anak tangga menuju ke arah biliknya. Adam membuka pintu perlahan. Lea tidak kelihatan berada di bilik. Adam membuka pintu luas. Dia merasa hairan Lea tidak berada di dalam bilik. Adam berjalan menuju ke arah kamar mandi lalu mengetuk pintu perlahan. Tiada jawapan. Adam membuka pintu kamar mandi. Lea tidak berada di dalam. Adam mengerutkan dahinya. Kemana Lea? Pintu sliding door di balcony biliknya tertutup rapat. Adam keluar dari bilik menuju ke arah bilik Jasmin. Pintu bilik Jasmin di buka. Dia merasa tidak sedap hati bila lihat tidak kelihatan di dalam biliknya mahupun di bilik Jasmin. Adam bergegas menuju ke bilik tetamu dan bilik lamanya. Lea tidak ada. Adam segera menuruni anak tangga menuju ke dapur.
 
 

“Mak Limah..Lea tak ada,” ujar Adam.
 
 

“Huh Lea tak ada??? Mana Lea pergi...tadi sebelum mak Limah ke dapur dia ada duduk di ruang tamu,” ujar Mak Limah. Dia mematikan gas dapur lalu mengikut Adam menuju ke ruang tamu. Mak Limah keluar ke taman mencari Lea. Kekadang Lea suka duduk di situ waktu-waktu begini. Lihat tidak kelihatan di sana sini. Mak Limah merasa cemas.
 
 

Adam mengeluarkan BBnya lalu mendial nombor telefon Lea. Telefon Lea di matikan.
 
 

“Mak Limah cuba cakap dengan saya..sepeningalan saya ada apa-apa berlaku di rumah ini??,” soal Adam ingin tahu. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Lea tidak akan meninggalkan rumah tanpa memberitahunya terlebih dahulu.
 
 

“Tak ada..semua elok aje..Lea pun mak Limah tengok macam biasa..tak ada yang ganjil, kemana pulak Lea pergi ni?,” ujar Mak Limah risau. Lea tidak pernah keluar rumah tanpa memberitahunya terlebih dahulu.
 
 

Adam mendial nombor telefon Della.
 
 

“Della, Kak Lea ada bersama Della?,” soal Adam sebaik sahaja Della menyambut panggilan telefon Adam.
 
 

“Kak Lea?? Tak ada, tadi Della ajak dia pergi bersama katanya nak berehat sahaja di rumah..kenapa abang Adam??,” soal Della bila dia kedengaran suara Adam cemas.
 
 

“Astarfirullah Al Azim...mana pula kak Lea pergi..merata kami mencarinya di rumah..tak ada,” jawab Adam. Dia menjadi tidak tentu arah bila mendapati Azalea tidak bersama dengan Della. Kemana Lea?? Dia cuba menghubungi namun handphone Lea di matikan.
 
 

Tanpa berfikir panjang lagi Adam mencapai kunci keretanya lalu berlari keluar. Enjin kereta di hidupkan. Kereta mengundur keluar dan Adam menekan accelerator meninggalkan rumah.
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment