Monday 14 April 2014

Azalea Orkid - Part 19


Aku merasa tidak senang hati dan resah gelisah sejak beberapa hari ini, sejak Adam ke Singapura. Aku cuba untuk memikirkan tentang Adam dengan kedua-dua wanita yang aku temui. Siapa mereka di hati Adam? Kerana ego aku tidak bertanya kepada Adam siapa wanita-wanita itu kerana aku mahu menunjukkan kepada Adam bahawa perbuataannya itu tidak menyakitkan hati aku, malah aku tidak merasa kisah. Hakikatnya aku tidak senang hati bila mengetahui Adam sudah mempunyai ramai kenalan wanita. Aku tidak bertemu dengan Adam pada hari dia berlepas ke Singapura. Tiada sebarang berita mahupun pangilan telefon dari Adam sejak dia ke Singapura. Kenapa Adam tidak menghubungi aku? Aku tidak pernah segelisah sebegininya. Apa yang aku gelisahkan?
 
 

Kenapa aku tak senang duduk pulak. Bukankah aku tidak pernah ambil peduli tentang diri Adam. Ini bukan pertama kali dia out-station sudah banyak kali. Malah pernah dia out-station selama dua minggu aku tidak pernah risau mahupun menanti panggilan telefon darinya. Ah aku cuma risau kerana Jasmin asyik bertanyakan tentang Adam. Kenapa papa Adamnya tidak menghubunginya.
 
 

Aku mencapai cordless telefon dan mula mendial nombor bimbit Adam. Talian tidak disambut oleh Adam walaupun aku sudah mencuba mendialnya beberapa kali. Kenapa Adam tidak mengangkat telefon? Aku mencampak telefon cordless di atas katil setelah puas mendial namun tiada jawapan dari Adam. Aku melirik kearah jam di dinding. Hampir ke satu pagi namun mataku masih lagi segar. Tidak terasa mengantuk. Deringan telefon yang nyaring membuatkan aku tersentak. Aku pantas menekan butang.
 
 

“Hello, Adam...,”
 
 

“Lea, kenapa tak keluar malam ni,”
 
 

Aku mendengus kecil merasa hampa kerana bukan Adam yang menelefonku tapi Syafinas. Bukan kerana aku tidak suka mendengar suaranya tetapi aku kecewa bukan Adam yang menghubungi ku. Aku tidak tahu kenapa aku tiba-tiba merasa rindu dengan Adam selama ini aku tidak pernah merasa demikian.
 
 

“Erm tak sihatlah hari ini...,” bohongku. Sebenarnya bukan aku tidak sihat tetapi aku tidak mahu selalu keluar malam. Adam tidak suka aku keluar selalu. Walaupun Adam tidak pernah menghalang mahupun menegurku tapi aku tahu dia tidak suka aku keluar malam selalu. Kenapa pula aku kisahkan pandangan Adam. Apa sudah jadi dengan diriku.
 
 

“Heh, kau dengar tak apa yang aku cakap?,” jerit Nas kerana latar belakangnya terlalu bising. Aku pasti Syafinas berada di salah satu kelab malam yang kami selalu kunjungi.
 
 

“Apa dia??,”
 
 

“Rafael ada kat Zouk, kau kan minat kat dia, rugi tak datang,” ujar Nas seakan menjerit.
 
 

Rafael actor yang aku minati. Ya, aku memang meminati Rafael. Lelaki idaman ku mestilah romantic dan tampan seperti Rafael.
 
 

Bukankah Adam Alfian dua kali ganda tampan dan romantic dari Rafael. Adam is real person and he is romantic. Kerana dia cintakan Orkid dia sanggup korbankan kebahagiaannya untuk Jasmin. Adam senang-senang sahaja boleh bernikah dengan wanita pilihannya. Tapi dia tidak berbuat demikian kerana rasa cintanya terhadap Orkid. Orkid benar-benar beruntung dalam memiliki hati Adam. Kenapa aku tidak mengenali Adam sebelum Orkid. Ya, aku cemburu dengan Orkid. Aku akui bahawa sejak pertama kali aku bertemu dengan Adam. Aku sememangnya sukakan Adam. Dan aku cemburu kerana Orkid terlebih dahulu memiliki hati Adam. Demi Orkid aku cuba untuk menjarakkan diri ku dengan Adam. Namun sukar untukku berbuat demikian kerana perasaan suka ku pada Adam. Aku terpaksa mencari helah dan mencari kesalahan Adam agar aku dapat membencinya. Aku berjaya berbuat demikian sehinggalah Orkid pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Aku sepatutnya merasa gembira kerana Adam menjadi suamiku, tapi aku tidak berperasaan demikian. Aku merasakan bahawa Adam hanya bernikah dengan aku kerana dia sayangkan Jasmin dan Orkid. Bukan kerana dia cintakan aku. Orkid sentiasa di hati Adam.
 
 

 “Kirim salam ajelah pada dia..,” jawab ku acuh tak acuh. Selalunya aku akan excited bila saja mendengar nama Rafael. Tapi tidak pula kali ini. Namanya tidak dapat membuatkanku senang hati.
 
 

“Hey whats wrong?? We are talking about Rafael you know?,” soal Nas bila di dengar aku seperti tidak berminat.
 
 

“I’m not well,” jawabku ringkas seraya berbatuk kecil agak Nas tidak mengesyaki apa-apa.
 
 

“Ok, then see you tomorrow,”
 
 

“Errr Nas, mungkin besok aku tak masuk office, still not well,” ujar ku  berbatuk lagi. Yang sebenarnya aku tidak punya mood hendak ke pejabat besok. Entahlah aku sendiri tidak tahu kenapa.
 
 

“Ok rest well, see you on Tuesday, take care,” ujar Nas lalu mematikan talian.
 
 

Aku meletak cordless di tempat asal. Aku menuju ke arah katil. Dan menarik selimut hingga ke paras dada. Aku memandang kosong kearah syiling. Aku pasti Adam tidak akan menelefon aku kembali kerana jam sudah menunjukkan hampir ke satu setengah pagi. Mungkin Adam sudah tidur sebab itu tidak menjawab panggilan telefon. Aku cuba memujuk hatiku. Tapi bagaimana pula kalau Adam masih berjaga dan sedang berseronok di club bersama wanita-wanita di Singapura?. Bisik hatiku lagi. Aku menjadi tidak senang semula. Aku sudah dapat membayangkan Adam di keliling wanita-wanita muda yang cantik dan seksi. Aku tidak menafikan ianya bukanlah perkara mustahil. Lelaki kacak dan package lengkap sepertinya siapa yang tidak mahu melepaskan peluang bersama dengannya. Aku mengetap bibir menahan rasa. Bayang-bayang wanita seksi dan cantik terus bermain di fikiranku.
 
 

“Kenapa sayang menangis?,”
 
 

Aku tidak menjawab malah terus membenamkan mukaku ke dada bidang milik Adam sebaik sahaja aku membuka mata. Air mataku mengalir laju tanpa di tahan. Adam memelukku erat dan mengusap rambutku perlahan.
 
 

“Why you do this to me?,” ujarku dengan suara tertahan-tahan. Walaupun tangisanku mula reda aku tidak dapat menahan sebak. Hatiku benar-benar sayu. Aku tidak sanggup kehilangan Adam. Adam terlalu baik. Aku sayangkan Adam.
 
 

“Syyyhh sayang, don’t cry I’m here,” pujuk Adam perlahan.
 
 

“I love you Adam, I can’t live without you,” ujarku seraya memandang tepat ke wajah tampan Adam. Adam memandangku dengan penuh kasih sayang.
 
 

“I love you too,” jawabnya lalu tersenyum.
 
 

Airmataku mengalir perlahan bila Adam berkata demikian. Aku membuka mata. Sinaran matahari menyinar masuk ke dalam ruang bilikku. Bilikku terasa sunyi. Aku menoleh ke kanan. Tiada Adam. Lampu sisi masih bernyala kerana aku terlupa hendak mematikannya semalam. Aku tidak sedar bila aku terlena. Barulah aku sedar aku hanya bermimpi. Adam tiada di bilikku semalam. Ah bagaimana aku boleh termimpikan Adam. Adakah aku sudah mula dapat menerima Adam dalam hidupku. Kalau benar bagaimana hendak ku luahkan isi hatiku kepadanya. Adakah Adam akan mencintai ku kembali?
 
 

Aku mematikan penghawa dingin lalu mencapai bathrobe tidak terus ke kamar mandi malah aku membuka pintu menuju kearah bilik Jasmin. Pintu bilik Jasmin ku buka perlahan. Jasmin masih belum bangun. Aku mengurut kepalaku perlahan. Kepalaku terasa pening kerana kurang tidur. Aku berjalan melintas bilik Adam. Langkahku terhenti bila terasa angin sejuk yang keluar dari celah lubang pintu biliknya. Air-cond di nyalakan. Ini bermakna Adam sudah balik dari Singapura? Hatiku melonjak gembira. Aku memegang tombol pintu. Ingin mengucap selamat pagi kepadanya. Bukankah kau tak pernah berbuat demikian malah kau tidak pernah menghiraukannya. Bisik hati kecilku. Persetankan itu semua. Adam suamiku yang sah. Aku tidak perlu merasa malu untuk berbuat demikian.
 
 

Bagaimana sekiranya kau mendapati dia bersama dengan wanita lain.
 
 

Aku mengetap bibir menahan geram. Mungkin Adam tidak mengetahui bahawa aku tidak bekerja hari ini dan berani membawa wanita lain tidur bersamanya. Lagipun aku tidak tahu Adam pulang ke rumah semalam kerana aku berjaga hingga hampir ke dua pagi dan Adam masih belum pulang lagi.
 
 

Dadaku berombak menahan kemarahan. Kalau benar Adam bersama dengan wanita lain. Aku tidak akan mendiamkan diri. Aku memulas tombol pintu dan terus menerjah masuk ke dalam bilik Adam. Mataku memandang kearah katil dan mendapati Adam masih lagi lena. Dia tidak menyedari langsung aku menceroboh masuk ke dalam biliknya. Aku mendekatinya. Cuba tengok kalau-kalau di sebalik selimut tebalnya itu terdapat teman wanitanya. Aku menyelak selimutnya perlahan agar Adam tidak terjaga. Aku mengeluh lega bila tiada bayang mahupun kelibat dia tidur bersama dengan wanita lain. Aku tidak puas hati dan cuba mengendap di bawah katilnya takut-takut wanita itu bersembunyi setelah menyedari bilik Adam diceroboh. Aku mengeluh lega. Aku mendekati Adam. Wajah tampannya ku pandang lama. Tanganku terasa ringan ingin membelai rambut hitam keperangan milik Adam. Bila secara tiba-tiba Adam membuka matanya perlahan. Aku tersentak. Adam terkejut bila terpandang wajahku.
 
 

“Are you ok?,” ujar Adam separuh sedar lalu bangkit dari katil. Badannya yang tadinya berada di sebalik selimut tebal kini terdedah dan menyerlahkan lagi tubuh badannya yang sasa. Aku mengalihkan pandangan tepat ke wajahnya.
 
 

“I’m ok, just had a headache,” ujarku memberi alasan lalu duduk di atas katil di sisinya. Aku tidak mahu Adam memikirkan bahawa aku menyelinap masuk ke biliknya kerana menyangka dia bersama dengan wanita lain.
 
 

“Are you sure?,” ujarnya terpisat-pisat matanya masih kelihatan layu dan mengantuk. Ikutkan hati ingin sahaja aku memeluk Adam erat dan mengatakan bahawa aku rindukannya. Tapi aku tidak berbuat demikian kerana tidak mahu Adam menyangka aku gila tiba-tiba berbuat demikian sedangkan selama ini aku tidak pernah. Aku akan berbaik dengan Adam secara perlahan-lahan cuba menambat hatinya.
 
 

“It’s ok you boleh sambung tidur, I won’t disturb you,” ujarku mahu bangun dari katil.
 
 

“You want me to send you to doctor…,” ujar Adam seraya meletakan tapak tangannya ke dahiku spontan.
 
 

Sekali lagi aku tersentak bila Adam berbuat demikian. Badanku terasa kaku. Tidak berganjak dari katil Adam. Selama ini aku tidak pernah melayan mahupun menghiraukan kehendak Adam. Adam tidak pernah memaksa malah dia turuti segala kehendakku dan bersabar dengan perangaiku. Hatiku tersentuh walapun aku selalu menyakitkan hatinya dia masih prihatin terhadap diriku.
 
 

“I’m ok, I just want to take the panadol from your toilet, mine dah habis,” ujarku bangun dari katilnya lalu menuju kearah bilik mandi Adam. Aku membuka cabinetnya mencari panadol. Sebaik panadol yang kucari sudah kutemui aku bergegas keluar dari bilik mandinya.
 
 

“Thanks for the panadol,” ujarku tanpa menoleh kearah Adam.
 
 

“Lea..,” tegur Adam.
 
 

Aku mematikan langkahku lalu menoleh ke arahnya.
 
 

“Feel free to come in here,” ujar Adam lalu tersenyum. Walaupun dia kelihatan penat namun senyumannya itu bisa sahaja mencairkan hati wanitaku.
 
 

“Kalau I kehabisan panadol I datang sini lagi,” jawabku selamba walaupun hatiku melonjak gembira di atas perlawaannya itu tapi aku masih belum bersedia untuk mengaku bahawa aku mula punya perasaan terhadap Adam.
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 
 

8 comments:

  1. Best sangaaaaat!!!! i really love all your karya! keep it up :)

    ReplyDelete
  2. Dup dap dup dap...cik writer..dalam dada Lea ada getaran melanda..nice..thanks again...keep on writing ya..btw i really miss aeril n dania..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ms Anonymous..haha saya pun miss kan Ariel & Dania..tak pe bila rindu tu..bole baca balik hehehe

      Delete
  3. bestttt......I really loveee it.... :)

    ReplyDelete