Wednesday 16 April 2014

Azalea Orkid - Part 26


Aku membuka mataku perlahan. Walaupun terasa berat namun ku gagahkan juga untuk membukanya. Aku cuba mengerakkan badanku perlahan. Badanku terasa benar-benar sakit sehingga mataku berair menahan derita kesakitan yang aku tanggung. Aku menoleh ke kiri. Mataku terpandang akan sejambak bunga “Azalea“ terletak cantik di dalam pasu. Sungguhpun badanku terasa lemah. Aku tahu bahawa aku bukan berada di kamarku. Kerana bilik ini terlalu asing buat diriku. Aku menoleh kearah kanan. Adam kelihatan tersandar di atas sofa yang di sediakan untuk pelawat. Matanya terpejam rapat. Wajahnya kelihatan penat. Sedarlah aku kini berada di hospital. Aku cuba memanggilnya. Namun kerongkongku seakan tersekat dan tiada suara yang keluar dari mulutku. Air mataku mengalir perlahan mengenangkan akan nasib diriku. Mungkinkah ini balasan Allah terhadap diriku, di atas segala dosaku terhadap Adam. Belum sempat aku mengecapi kebahagian sebagai isteri. Allah telah turunkan ujian keatas diriku. Hendak menyesal tiada berguna lagi kerana semuanya sudah terlambat. Dengan keadaanku begini bagaimana aku hendak menjalankan tanggungjawabku sebagai isteri Adam. Bagaimana aku hendak membahagiakan Adam. Dan apa yang lebih membimbangkan, jika aku tidak dapat melahirkan zuriat untuk Adam seperti yang dia harapkannya. Air mataku mengalir laju tanpa dapat ku tahan. Sedih mengenangkan nasibku.
 
 

“Ampunkan Lea abang, Lea tak mampu membahagiakan abang,” bisikku dalam tangisan. Sebak hatiku bila memandang wajah Adam yang tertidur kepenatan. Aku pasti Adam kemari menemaniku setiap kali dia pulang dari pejabat kerana baju yang dipakai Adam baju yang seringkali di gunakan bila ke pejabat.
 
 

“Sayang dah bangun, syukurlah,” ujar Adam lalu tersenyum sebaik sahaja dia tersedar. Isterinya sudah sedar dari koma. Alhamdullilah. 3 minggu isterinya berada di dalam keadaan demikian. Tiap hari dia berdoa agar Allah memanjangkan usia isterinya dan isterinya pulih dari koma. Adam tidak sanggup kehilangan Azalea.
 
 

Adam segera menuju ke arah Lea. Dia bersyukur kerana isterinya sudah sedar.
 
 

“Kenapa sayang menangis, abang ada disini,” pujuk Adam bila melihatkan mata isterinya basah kerana menangis.
 
 

Aku cuba berkata sesuatu namun tiada suara. Aku ingin meminta maaf padanya dan bertanyakan tentang Jasmin. Adakah Jasmin cedera semasa kemalangan kelmarin.
 
 

“Jasmin sihat alhamdullilah, sayang jangan risau,” jawab Adam seolah-olah dapat membaca apa yang tersirat di hatiku di kala ini. Aku cuba tersenyum bila Adam mengatakan Jasmin sihat dan tidak apa-apa. Alhamdullilah. Jari jemari Adam ku gengam erat seperti tidak mahu melepaskannya.
 
 

“Sayang rehat ok, jangan sedih abang di sini, abang tak akan tinggalkan sayang,” pujuk Adam seraya mengucup kepalaku dengan penuh kasih sayang.
 
 
 
******
 
 
Zack memulas tombol pintu Adam bila sudah berkali-kali dia mengetuk pintu tiada jawapan dari Adam. Zack memandang kearah Adam yang sedang berkhayal dan tidak sedar akan kunjungannya. Zack tidak segera menegur temannya itu sebaliknya dia duduk di kerusi berdekatan lalu berdehem.
 
 
Adam tersentak lalu menoleh kearah Zack. Dia meletak cermin mata bacaannya yang dipegangnya sedari tadi.
 
 
“Lama kau dah ada kat sini,” ujarnya mendatar. Tiada senyuman terukir di bibirnya bila setiap kali temannya itu datang berkunjung di pejabatnya.
 
 
“Kau kenapa, termenung macam orang kena tinggal bini, wife kau buat perangai lagi ke?,” usik Zack. Kalau Adam sudah termenung panjang tak lain dan tak bukan fikirkan tentang isterinya.
 
 
“Isteri aku kemalangan,” jawab Adam ringkas. Wajahnya kelihatan suram.
 
 
“I’m sorry to hear that, bila?? Kenapa tak beritahu aku, how is she?,” ujar Zack merasa bersalah mengusik Adam tadi. Bukan dia sengaja berbuat demikian. Dia tidak tahu akan keadaan isteri Adam.
 
 
“She’s ok, but she won’t be able to walk again..,” jawab Adam menahan sebak. Dia merasa sedih melihat keadaan isterinya. Dia tidak tahu samada Azalea akan dapat menerima kenyataan setelah mengetahui keadaan dirinya yang lumpuh separuh badan.
 
 
“Is there anything that I can help?,”
 
 
“Aku tak tahu Zack, aku buntu Zack,” jawab Adam lemah.
 
 
Zack mengerutkan dahinya cuba memikirkan sesuatu.
 
 
“Aku boleh suruh DeIla bantu kau, kalau kau perlukan jururawat peribadi, I think she will be happy to work for you,” cadang Zack.
 
 
Wajah Adam bercahaya bila Zack berkata demikian. Dia terlupa akan adik Zack, DeIla. DeIla lulusan jururawat. DeIla calon yang paling sesuai untuk di jadikan jururawat peribadi isterinya. 
 
 
“Della setuju ke??,” soal Adam wajahnya berubah ceria.
 
 
“Dia baru habis contract dengan Datuk Nazim, I think she’s available,”
 
 
“Thanks Zack,” ujar Adam tidak sabar rasanya hendak bertemu dengan Azalea dan memberitahunya mengenai DeIla.
 
 
“Hubungan kau dengan isteri kau macamana,” soal Zack seraya memandang kearah teman rapatnya.
 
 
“Alhamdulilah dia sudah mula menerima aku sebagai suaminya,”
 
 
“But Adam, aku cuma nak nasihatkan kau, dalam keadaannya begini she needs extra attention from you,” ujar Zack.
 
 
“Thanks for reminding me, yeah you’re right about that,”
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 

1 comment:

  1. Hebat sungguh dugaan pada Lea dan Adam.tabahkan lah hati mereka.moga2 Lea akan sembuh....berikan kesempatan pd Lea merasa bgmana mjd isteri dan ibu...

    ReplyDelete