Thursday 10 April 2014

Azalea Orkid - Part 14


Selepas solat isyak aku dan Adam turun ke ruang tamu di mana mama dan papa berada. Bila mereka bermalam di sini. Kami terpaksa tidur sebilik. Dan setiap kali itu juga Adam akan kelihatan stress kerana terpaksa bertahan dengan karenah isterinya. Jasmin sudah terlena di sofa kerana kepenatan keluar seharian siang tadi diangkat atuknya ke biliknya. Tinggalah aku, Adam dan mama berada di ruang tamu.
 

 
“Adam kau tak pergi klinik?,” soal mama tiba-tiba namun matanya tidak lepas dari memandang ke kaca TV kerana asyik menonton drama bersiri kegemarannya.

 
 

“Klinik? Adam tak sakit ma, buat apa hendak pergi klinik,” ujar Adam pelik lalu menoleh kearah mamanya yang sedang menonton drama yang di tayangkan di kaca tv.
 

 

Aku di sebelah Adam turut merasa pelik bila mama tiba-tiba menyuruh Adam ke klinik. Adam sakit? Siang tadi tengok ok aje. Mungkin juga Adam sakit hanya aku tidak pernah ambil tahu tentang diri Adam.

 
 

“Bukan klinik biasa…klinik kesuburan,” jawab mamanya tanpa menoleh kearah menantu dan anaknya.
 

 

Terbatuk-batuk aku bila mama berkata demikian terperanjat mendengarnya, hendak tergelak juga ada kerana Adam di suruh pergi ke klinik kesuburan dan bukan diriku. Adam berada disebelah aku berlebih lagi terperanjat bila mamanya menyarankan untuk pergi ke klinik kesuburan.
 

 

“Buat apa Adam hendak ke klinik kesuburan? Anak mama tak apa-apa In sha allah sihat, kami belum ada rezeki lagi,” terang Adam dalam keadaan serba salah. Dia merasa tidak selesa bila mamanya mempertikaikan tahap kesuburannya di hadapan isterinya Azalea.
 

 

“Lea pula?,” soal Datin Fauziah tidak berpuas hati dengan jawapan yang di berikan Adam.

 
 

“Err Lea..Lea ok ma, betul cakap abang, kami belum ada rezeki lagi,” jawabku tersenyum gelihati cuba menahan tawa.
 

 

“Kamu berdua ni, bila di tanya belum ada rezeki..cubalah lakukan sesuatu jangan nak diam aje, kena berusaha,” jawab Datin Fauziah lalu bangkit dari sofa. Dia berjalan menuju kea rah dapur.
 

 

Aku dan Adam berpandangan sesama sendiri bila mama berkata demikian. Aku tidak dapat menahan tawa sebaik sahaja mama ke dapur.
 
 


“Betul abang tak hendak ke klinik?,” usikku lalu ketawa kecil. Lucu benar bila aku mengenangkan soalan mama tadi. Kesian Adam tidak semena-mena di anggap tidak subur oleh mamanya.
 

 

Adam cuba kelihatan cool kerana dia tidak suka Lea mengusiknya.
 
 


“Kesian abang..,” giatku lagi lalu menolak lengannya perlahan.
 

 

“Lea jangan mula…, nanti abang buktikan pada Lea bahawa abang tidak seperti mama sangkakan, Lea jangan hendak salahkan abang,” jawab Adam memberi amaran kepada Lea agar berhenti mengusiknya kerana dia tidak punya mood untuk bergurau dengan Lea. Dia masih marah pada Lea tentang apa yang di katakan siang tadi kepada Farah.
 

 

“Uikk orang bergurau ajelah, itu pun nak sensitive ke?,” ujarku mencubit lengannya lalu menjeling. Datang serious sangat hingga bergurau pun tidak boleh. Aku mana pernah bergurau dengan Adam. Selama kami bersama aku tidak pernah kelihatan mesra dengan Adam, apatah lagi mengusiknya seperti tadi. Dah kenapa dengan aku? Kenapa tiba-tiba aku hendak bermesra dengan Adam. Oh..ini tidak boleh jadi. Aku terbawa-bawa dengan peranan lakonan kami. Menunjukkan bahawa kami pasangan suami isteri bahagia.
 

 

Kami terkejut bila mama kembali ke ruang tamu membawa dua cawan berisi air yang ku lihat seperti milo, lalu menyerahkan setiap satu cawan kepada kami. Kami menyambut cawan tersebut dari tangan mama.

 
 

“Air apa ni ma?,” soalku bila terhidu akan bau pelik air yang di bancuh mama tadi. Hendak kata milo tak bau macam milo, macam bau ubat sahaja. Aku teragak-agak untuk meminumnya manakala Adam di sebelah tidak bertanya terlebih dahulu terus meneguk air yang disediakan mamanya dengan sekali nafas sahaja.
 

 

Mama hanya tersenyum bila Adam menghabiskan air yang di bancuhnya tadi tanpa sebarang sisa yang tertinggal.
 

 

“Eh Lea kenapa tak minum lagi, minumlah….,” ujar mama bila dilihat menantunya masih belum minum air yang dibuatnya tadi.
 

 

Aku cuba untuk menelan air itu perlahan-lahan. Eii pahit semacam aje, air apa ni? Macam air ubat periuk aje rasanya.
 

 

“Air ramuan istimewa mama buat untuk pasangan suami seperti kamu berdua yang bermasalah,”
 

 

Tersembur air keluar dari mulutku bila mama memberitahu akan air yang di bancuh tadi.
 

 
*****
 


Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Azalea. Adam terus menuju ke katil dan membetulkan bantalnya lalu merebahkan diri di atasnya. Aku hanya menjeling bila Adam kelihatan tidak ada mood dan hanya mendiamkan diri sedari tadi. Adam mahu terus tidur sebaik sahaja tiba di dalam bilik. Aku tahu dia masih marahkan aku dan aku tidak akan meminta maaf atau memujuknya. That’s not Lea. Merajuklah selama mana dia hendak. I don’t give a damn. Adam mematikan lampu sisi disebelahnya yang aku biarkan menyala sedari tadi. Bilik kelihatan gelap gelita.
 
 
Aku menuju ke kamar mandi lalu menghidupkan lampu kerana mahu mencuci muka dan pintu kamar mandi tidak ku biarkan terbuka agar cahaya dari kamar mandi dapat menerangi bilik ku.
 
 
Adam memusingkan badannya ke kanan tidak selesa kerana merasakan bilik Lea berbahang. Dia merasakan bilik Lea terlalu panas kerana badannya mula dibasahi peluh. Adam bangkit dari katil. Dia ke meja sisi Lea lalu mencapai remote pendingin hawa lalu mengurangkan suhu air-cond agar bilik Lea sejuk sedikit dan tidak berbahang seperti tadi. Remote di letakkan di meja sisi sebelahnya. Adam berbaring semula di atas katil dan cuba untuk melelapkan matanya namun tidak berhasil. Dia duduk lalu menepuk bantal kepalanya kerana merasa tidak selesa. Badannya masih terasa bahang. Kenapa dengan dirinya? Tadi elok aje. Kenapa suhu badannya masih terasa panas sedangkan suhu air-cond sudah dikurangkan. Adam mencapai remote. 19° darjah celsius. Dah kira sejuk lah tu. Aduh. Tapi kenapa dia tidak merasa selesa. Adam mengambil keputusan untuk membuka baju pajamas berharap dapat menyejukkan badannya yang di rasakan berbahang panasnya.
 
 
Tangan kananku mengelap wajahku dengan tuala kecil. Aku mematikan lampu sebaik sahaja keluar dari kamar mandi. Segar rasanya bila muka sudah di basuh bersih. Lampu sisi ku hidupkan. Aku memeluk tubuh mengigil kerana tidak tahan kesejukan yang melampau. Dah macam berada di Genting Highland. Eh apahal sejuk sangat ni. Suhu bilik air-cond aku tadi ok aje. Aku mencari remote di dalam laci bila ianya tidak kelihatan di atas laci seperti biasa. Eh mana pulak perginya ni? Sejuk air-cond hingga ke tulang hitam aku rasakan. Aku membongkar laci namun remote tidak ku temui. Aku memandang kearah Adam. Lelaki itu elok tidur tanpa rasa sejuk kerana dia tidak menyelimuti badannya dengan comforter. Aku cuba memerhatikan Adam dalam samar-samar cahaya dari lampu sisi. Dia tidur tidak berbaju. Ok aku tidak mahu tahu samada hanya baju sahaja yang di tanggalkan atau lebih dari itu. Tidak berani aku hendak memandang kearah lebih dari paras badannya.
 
 
“Adammm!!…Adam bangun..,” ujarku lalu mengoyangkan badannya kasar. Adam bangkit bila terasa badannya di goyang kasar.
 
 
“Apa Lea?,” ujarnya dengan wajah tidak senang bila tidurnya terganggu. Adam berada di dalam posisi duduk namun matanya masih terpejam rapat.
 
 
“You..you tidur tak pakai baju, eh you ok tak? Bilik sejuk mengila macam ni, you tidur tidak berbaju,” ujarku lalu melempar baju pajama yang diletakkan di atas katil bersebelahan dengannya tadi. Aku mahu dia memakai baju pajamanya semula jika dia mahu tidur bersebelahan dengan aku.
 
 
“I can’t sleep with shirt on, my body is hot..,” jawab Adam meminta pengertian dari Lea. Bukan dia sengaja mahu tidur tanpa berbaju tapi dia hanya boleh tidur dalam keadaan begini.
 
 
“NO..No..No I don’t care, if you hendak tidur atas katil ni, you have to put on your pajama,” ujarku dengan wajah serious. Apapun alasan Adam berikan, aku tidak akan bersetuju jika dia tidur tanpa berbaju. Aku tidak mahu perkara yang tidak dingini berlaku nanti.
 
 
Adam tidak berkata apa dengan wajah selamba dia bangkit dari katil. Dia tidak menghiraukan saranan Lea untuk menyarungkan baju ke badannya. Kenapa harus dia mendengar cakap Lea? Lea tidak pernah mengakui bahawa dia adalah suaminya.
 
 
“Oh gosh.., you don’t listen do you?,” ujarku lalu mengalihkan pandangan kearah lain kerana aku tidak mahu terpandang akan badan perfect milik Adam yang tidak berbaju itu.
 
 
Adam menarik comforternya lalu di bentangkan di atas karpet. Dia mencapai dua biji bantalnya lalu tidur di atas lantai beralaskan comforter.
 
 
“Happy now..,” ujar Adam lalu memusingkan badannya kearah kiri.
 
 
 
“Good, I can have the bed all by myself,” ujarku lalu mematikan lampu sisi.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

 

2 comments:

  1. Hot hot hot.. berpeluh dlm air con ...he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe penangan air ubat bancuhan Datin Fauziah.. :)

      Delete