Thursday 10 April 2014

Azalea Orkid - Part 10


Majlis pernikahan kami ringkas dan sederhana sahaja, hanya keluarga dan kenalan rapat sahaja yang kami undang. Keluarga dari sebelah aku hanya mak long dan pak long yang di jemput hadir, Syafinas dan beberapa saksi dan keluarga Adam yang hadir ke rumah kami. Jasmin senantiasa berada di sisiku sepanjang acara akad nikah berlangsung. Aku mengenakan kebaya sutera organza berwarna cream sedondon dengan selendang sutera chiffon disulami batu-batu Kristal dari warna yang sama. Adam, mengenakan baju melayu cekak musang berwarna cream dipadankan dengan samping songket berwarna coklat gelap. Adam Alfian kelihatan kacak dan segak bila mengenakan baju melayu. Syafinas dan Jasmin tidak puas-puas memuji aku kelihatan anggun dan cantik hari ini. Aku hanya tersenyum tawar mendengar pujian dari mereka. Mereka tidak tahu semua ini hanyalah sandiwara semata-mata. Mereka tidak tahu rahsia disebalik pernikahan ini. Hanya Adam dan aku sahaja yang tahu. Kami berjanji tidak akan memberitahu sesiapa mengenai penjanjian kami.
 


“Eh Lea, suami kau beri salam kenapa kau tak jawab,” tegur Syafinas bila dilihatnya Lea hanya mendiamkan diri dan seakan berkhayal sehingga tidak sedar Adam memberinya salam.
 



Aku tersentak bila Nas menegurku.


 
“Waalaikumsalam,” jawabku lalu menghulur tangan untuk mengucup tangan suamiku.


Aku hanya mengenakan inai instant. Kerana aku tahu inai instant hanya bertahan di kuku sehari dua. Aku tidak mahu teman sepejabatku tahu bahawa aku sudah berkahwin. Hanya Shafinas sahaja yang tahu.


 
                                 Adam tersenyum lalu mengucup mesra dahiku. Belum pernah aku bersentuhan dengan Adam sebelum ini. Inilah kali pertama bila kami telah diijab kabulkan. Jantungku berdegup kencang. "You look beautiful Azalea," bisik Adam perlahan lalu tersenyum.  Aku memandang wajah Adam menunjukkan aku tidak menyenangi perbuatannya itu. Adam hanya tersenyum bila mengetahui Lea tidak menyenangi akan perbuataannya. Namun Lea tidak dapat berbuat apa-apa. Dari riak wajah Lea, Adam tahu Lea cuba menahan diri untuk tidak marah padanya dengan membalas perbuataannya itu dengan memberinya jelingan. Jelingan yang membuatkan Adam tidak lena tidur.
 
 
 
 

 Aku melirik kearah jari manisku yang kini tersarung sebentuk cincin berlian pemberian Adam sebagai mas kahwin. Kami tidak berbalas hantaran kerana aku tidak mahu menerima apa-apa dari Adam kerana aku sedar aku tidak layak menerimanya. Aku terpaksa berbohong kepada keluarga Adam bahawa aku menerima hantaran dari Adam rumah yang di belinya ketika bersama Orkid dahulu. Adam tidak membantah dengan setiap syarat yang aku kenakan malah dia tidak banyak soal. Apa yang aku hendak dia tunaikan.
 



Alhamdullilah majlis pernikahan dan kenduri kesyukuran kami berjalan dengan lancar. Dalam sesi photography. Aku meminta jurugambar untuk mengambil gambar kami sewaktu bernikah sahaja dan tidak mahu bergambar dengan pelbagai aksi gaya seperti pengantin biasa kerana aku mengatakan kami sudah puas bergambar outdoor tempoh hari, dimana aku berbohong juga kerana tiada pengambaran outdoor yang kami ambil untuk merakamkan gambar kami sebagai pasangan suami isteri. Aku tidak mahu. Kenapa harus membazirkan wang untuk bergambar olok-olok. Adam hanya menurut tanpa banyak bicara. Sepertimana aku katakan tadi dia hanya menurut semua kehendakku.

 

“Pengantin, tak tidur lagi ke dah lewat malam ni?,” usik Mak long bila melihat kedua-dua mempelai yang baru bernikah itu masih lagi sibuk membantu mengemas sebaik sahaja kenduri selesai.

 

Aku terkedu bila di usik sedemikian namun aku cuba berlagak seperti biasa. Aku sempat menjeling kearah Adam yang berada tidak jauh dariku. Aku tahu Adam dengar akan usikan mak long namun wajahnya kelihatan bersahaja juga. Adam sibuk membantu mencuci periuk belanga yang belum dibasuh. Kami berbalas pandangan. Kami seakan berkomunikasi hanya mengunakan lirikan mata sahaja.

 

“Sudah-sudah lah kerja tu, pergilah masuk tidur, Jasmin pun dah lama tidur tu,” tegur mama Adam, bila dilihatnya kami berdua masih belum berganjak bila disuruh berehat.
 



Kami menjadi serba salah bila di paksa tidur awal. Hendak tak hendak terpaksa juga menurut kehendak mak long dan mama. Kalau tidak apa kata mereka nanti. Aku mengelap tanganku yang basah dengan kain lalu melurutkan lengan baju kurungku. Aku menjeling kearah Adam lagi yang kebetulan memandang ke arahku seakan menunggu aku gerak dahulu.

 

“Lea masuk tidur dulu bang,” tegurku seraya mendaki anak tangga menuju ke bilik pengantin. Mak long dan mama mertuaku pakat tersenyum bila aku berkata demikian.
 



Aku membuka pintu bilik, bilik pengantin kami tidak di hias seperti bilik pengantin kerana aku tidak mahu. Aku hanya memasang cadar sutera sateen jacquard yang berwarna dusty pink yang aku minta Adam belikan untuk di pasang ke atas katil kami. Walaupun simple namun ia tampak exclusive.


 

“Hai Adam? bila lagi nak berhenti, Lea dah masuk tidur,” usik mamanya lalu menepuk bahu sasa milik anak tunggalnya yang sedang membilas periuk dan tidak menunjukkan tanda dia akan berhenti melakukan kerja-kerjanya.
 



“Sikit lagi ma, tak baik buat kerja separuh jalan,” ujar Adam lalu tersenyum. Dia tahu mamanya mahunya segera ke bilik.
 



Sebaik sahaja periuk belanga sudah di bilas dan disusun, Adam mendaki anak tangga menuju kearah bilik pengantin. Pintu bilik di ketuk perlahan. Tiada jawapan yang di terima dari Lea. Pintu bilik dipulas perlahan. Bilik tidur kelihatan suram kerana hanya di temani lampu sisi. Haruman dari air bunga mawar yang terdapat di bunga rampai di dalam biliknya itu sungguh harum.


 
 Aku yang berada di atas katil yang sedang duduk menyandarkan badan di birai katil memandang wajah Adam sekilas, tanpa menegurnya aku kembali menyambung membaca buku novel yang ku pegang sedari tadi. Adam membuka almari mengambil tuala dia berjalan perlahan menuju kearah kamar mandi dengan wajah bersahaja. Aku tersenyum bila Adam ingat akan syarat-syarat yang kami tetapkan sebelum bersetuju untuk bernikah. “Kita bergelar suami isteri hanya pada nama sahaja dan sebagai permit untuk tinggal bersama dalam satu bumbung untuk menjaga Jasmin dan sebagai parental guardiannya, other than that we are strangers”. Kalau perangainya begini selalu, senang aku hendak berurusan dengannya.



Lima belas minit kemudian Adam keluar dari kamar mandi dengan hanya dibaluti tuala di pinggang. Inilah kali pertama aku melihat tubuh badan sasanya tanpa berbaju. Aku berpura-pura tidak melihat mahupun menghiraukan Adam. Mataku hanya tertumpu kepada buku novel yang ku baca. Adam membuka almari mencapai pajama lalu menyarung baju ke badannya. Dia masih mendiamkan diri tanpa berkata sepatah apa pun. Dia seakan tahu bahawa aku tidak mahu ada apa-apa urusan dengannya. Good!. Aku pun tidak mahu mencari pasal dengannya.



Aku masih tidak bergerak walau seinci dari katil. Aku menelan air liur bila menyedari Adam menuju kearah katil lalu baring di sebelahku.



“Sorry I tidur bilik you malam ni, I hope you don’t mind,” Adam menoleh ke arahku lalu tersenyum. Dia menepuk bantal membetulkan posisinya lalu baring mengadapku.



Aku menutup buku novel yang ku baca tadi. Berdesing telinga aku mendengar sindiran dari Adam. Masakan dia perlu meminta izin untuk tidur di biliknya sendiri. Bukankah ini rumahnya? Adam berpindah ke rumah baru setelah aku bersetuju untuk bernikah dengannya. Dan aku dan Jasmin baru sahaja mula tinggal di sini hari ini. Jadi bilik utama yang di jadikan bilik pengantin ini asalnya bilik Adam.



“You can have your room back if you want too..., I don’t mind ambil guest room,” ujarku sengaja hendak menyakitkan hati Adam. Aku hendak lihat sejauh mana Adam sanggup bertahan dengan perangaiku. Aku bukan Orkid yang lemah lembut dari tutur bahasa. Aku Lea, bukan mudah untuk di manipulasi lebih-lebih lagi pada lelaki yang tidak kusukai.



“Sayang…, mulai hari ini, bilik ni, bilik sayang, senang sayang hendak bergerak dan kalau Jasmin nak tidur dengan sayang pun senang,” ujar Adam sengaja hendak menyakitkan hati Lea walaupun dia tahu Lea pasti akan melenting bila dia berbuat demikian.



“Why you keep doing that…? Just want to irritate me,” marahku bila Adam menyindirku lagi.



“Why can’t I do that, dalam perjanjian kita tidak ada mengatakan yang I tak boleh memanggil you dengan panggilan sayang, so I’m free to call you sayang,” jawab Adam lalu tersengih cuba bergurau dengan Lea. Dia tahu perbuatannya itu membuatkan Lea bertambah marah. Namun dia tidak kisah di marahi Lea. Semakin Lea marah semakin cantik di pandangan matanya. Dia juga tahu Lea is not like Orkid she is feisty.



“Whatever!!!....,” jawabku malas hendak melawan cakap Adam. Aku meletak buku novel yang ku baca tadi di atas meja sisi. Hilang moodku untuk membaca novel tema cinta bila hatiku panas melayan karenah Adam yang suka menyakitkan hati ku. Aku menekan suis untuk mematikan lampu. Sengaja aku meletak bantal guling, kusyen-kusyen kecil di tengah-tengah supaya kami tidak bersentuhan.



“Good nite sayang, sweet dreams,” ujar Adam tersenyum lagi.



“Can you stop it Adam…., kalau tidak I tidur dengan Jasmin,” ugutku meradang dengan sikapnya yang suka mencari pasal denganku.



“Ok…ok I tak kacau you,” ujar Adam mengalah seraya memusingkan badannya kearah bertentangan.



Aku menyumpah sendiri. Kenapalah aku bersetuju untuk berkahwin dengan Adam. Baru satu hari aku sudah tidak boleh tahan dengannya. Adam memang sengaja hendak menduga kesabaran ku. Di depan keluarga dan saudara mara kami terpaksa berpura-pura menunjukkan kepada mereka bahawa kami adalah pasangan yang serasi dan saling cinta mencintai, tapi hakikatnya tidak. Aku tidak dapat melelapkan mata. Bilik tidur mewah yang dahulunya milik Adam ku amati. Menurut Adam rumah ini dibeli untuk Orkid. Mereka bercadang untuk mendirikan rumahtangga dan berpindah ke rumah ini. Mereka berdua yang memilih rumah ini. Bilik tidur utama di cat berwarna white Orchid tapi warnanya lebih kepada warna light lavender. Aku dan Orkid memiliki citarasa yang sama dalam memilih perabot dan hiasan dalaman. Jadi apa yang di suka Orkid aku juga suka. Orkid meminta pandangan aku dalam memilih perabot aku memberinya beberapa cadangan dan cadangan yang aku berikan di ambil bulat-bulat. Perabot didalam bilik ini kesemuanya berkonsep italian yang berwarna putih. Bagaimana dengan Adam? Bukankah dia seorang arkitek. Aku pasti Adam turut mempunyai citarasa yang hebat. Tapi apa yang aku lihat. Hiasan rumah kesemuanya dari idea Orkid. Semua ini Adam tunaikan demi Orkid kerana dia cinta dan sayangkan Orkid. Namun sayang sekali Orkid tidak dapat merasa hidup bersama Adam dan tinggal di rumah ini. Air mataku mengalir bila teringatkan Orkid. Aku benar-benar rindukan Orkid. Walaupun sudah 6 bulan Orkid meninggalkan kami. Aku masih rindukannya. Setiap kali aku pandang wajahku di cermin. Aku dapat melihat Orkid. Seolah-olah aku adalah Orkid. Bagaimana pula dengan Adam? Adakah dia masih merasa kehilangan Orkid. Lelaki itu sentiasa kelihatan tenang seolah-olah dia sudah dapat melupakan Orkid. Adakah Adam masih tidak dapat melupakan Orkid dan perasaannya terhadap Orkid masih kekal?
 

 
bersambung....
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment