Tuesday 22 April 2014

Azalea Orkid - Part 36


“Sorry sayang abang tak dapat balik hari ni, meeting projek di singapura extend..lusa baru abang balik,” ujar Adam di hujung talian. Dia cuba untuk menghubungi isterinya sekerap mungkin. Dia tidak mahu Lea merasa di pinggirkan dan terabai. Dia sedar sejak akhir-akhir dia terlalu sibuk dengan urusan kerja kerana projek baru. Dia hanya dapat meluangkan masa bersama Lea sekejap sahaja kerana dia terpaksa membawa kerja di rumah jika dia tidak dapat menghabiskannya di waktu pejabat.
 
 

“Tak apa abang, Lea sihat-sihat saja disini,” jawabku cuba menyenangkan hati Adam. Sebenarnya aku terlalu rindukan Adam. 3 hari tidak melihat dan bersama Adam aku merasa rindu. Adam bukan sahaja suamiku, dia juga teman baik dan teman gaduhku. Walaupun aku yang selalu bergaduh dengannya manakala Adam selalu mengalah dengan aku. Dan bila aku merajuk. Adam pandai memujuk membuatkan aku tidak dapat merajuk lama darinya. Bila mood aku tidak baik. Adam akan membelikan aku jambangan bunga white Daisy untuk menceriakan aku. Adam memang pandai mengambil hati orang yang di sayangi. Sebelum aku bertemu dengan Adam lagi aku sudah suka padanya melalui cerita-cerita yang aku dengar dari Orkid. Orkid mengatakan Adam lelaki yang tidak mengerti akan maksud putus asa. Adam sanggup ke kedainya setiap pagi sebelum dia ke office hanya mahu membeli sekuntum bunga untuk di serahkan kepada Orkid. Selagi Orkid tidak bersetuju berkenalan dengannya selagi itu dia akan ke kedai Orkid setiap hari.
 
 

“Abang rindukan sayang,” ujar Adam.
 
 

Ungkapan sayang dari Adam membuatkan hatiku bertambah sayu kerana aku turut rindukan Adam. Aku tidak dapat hidup tanpa Adam. Apatah lagi jika suatu hari nanti aku terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain jika Adam mahu bernikah lagi.  Semakin aku cuba untuk tidak memikirkan tentang perkara itu. Semakin kerap aku memikirkannya. Aku menjadi takut dan khuatir sendiri kerana asyik memikirkannya.
 
 

“Sayang??...kenapa sayang diam?,” tegur Adam bila isterinya tidak berkata apa bila dia menyatakan bahawa dia rindukannya.
 
 

“Lea rindukan abang juga,” jawabku dalam perasaan sebak. Air mataku sudah mula mengalir perlahan. Tidak tahan menanggung rinduku pada Adam. Dan juga tidak sanggup berkongsi Adam dengan orang lain. Jika ditakdirkan perkara ini berlaku aku tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya. Dapatkah aku menjadi wanita yang tabah dan redha dengan nasibku.
 
 

“Ok..ingatkan sayang tak rindukan abang, sedih abang di buatnya,” ujar Adam lalu tertawa kecil.
 
 

“Abang...kalau Lea tidak boleh pulih dan berjalan semula, abang masih sayangkan Lea?,” soalku tiba-tiba.
 
 

“Sayang...kenapa sayang cakap macam tu, abang akan tetap sayang dan cintakan Lea, Lea tahu kan betapa susahnya abang cuba untuk menambat hati Lea dahulu, sayang jangan terlalu mefikirkan sangat tentang itu semua, sayang jangan buatkan abang risau ok, I will be back soon,” pujuk Adam bila Lea sudah mula menyoalkan tentang perasaannya terhadap isterinya.
 
 

“Abang...kalau Lea tidak boleh memberi abang zuriat..Lea benarkan abang bernikah lagi,” jawabku cuba menahan rasa sebak. Aku sudah fikir masak-masak. Aku sayangkan Adam aku juga mahu membahagiakan Adam. Aku tidak mahu terlalu mementingkan diri sendiri. Adam berhak untuk merasa bahagia. Jika aku tidak mampu memberinya zuriat. Aku sanggup berkorban untuk kebahagiaan Adam.
 
 

‘Sayang...apa yang sayang cakapkan ni,” ujar Adam terperanjat bila Lea berkata demikian. Adam mula merasa tidak sedap hati bila Lea fikir hingga ke tahap itu. Dia tahu sejak Lea kemalangan dahulu. Lea selalu bersedih dan suka menyendiri. Sebab itu dia cuba untuk menghiburkan hati isterinya dan menemaninya selalu. Dia tidak mahu Lea mengalami kemurungan akibat kemalangan dahulu. Selama 3 hari dia tidak berada di rumah Lea sudah boleh memikirkan perkara yang tidak pernah di fikirkan selama ini. Jika dia tidak mendapat zuriat dari Lea tidak mengapa, dia akan terus setia pada Lea. Memang sudah suratan nasibnya. Dia menerima Qada dan Qadar yang di tentukan buat dirinya dan dia redha.
 
 

“Maafkan Lea abang,” ujarku lalu mematikan talian kerana tidak tahan menahan sayu dan sebak di dada. Airmataku mengalir laju tanpa dapat ku tahan. Kerana suami tercinta aku sanggup berkorban demi untuk kebahagiaannya.
 
 

Telefon berdering berkali-kali minta di angkat. Namun aku tidak berusaha untuk menjawabnya. Aku tahu Adam menelefon aku kembali kerana risau dengan keadaanku. Aku sudah mengambil keputusan dan tiada cara lain yang dapat aku fikirkan lagi.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment