Thursday 17 April 2014

Azalea Orkid - Part 27


Adam mendukungku keluar dari kereta lalu di tempatkan aku di atas kerusi roda. DeIla menolak kerusi rodaku perlahan manakala Adam mengeluarkan bag Lea dari boot keretanya. Jasmin pula setia berada di sebelah mama Leanya dan turut sama membantu menolak kerusi rodaku. Rumah kami ku pandang sayu. Rindu kerana hampir sebulan aku telah meninggalkan rumah. Adam setia menemaniku sepanjang aku berada di hospital. Aku kasihan pada Adam kerana terpaksa mengambil cuti lama hanya untuk menemaniku. Aku tahu Adam berbuat demikian kerana dia sayangkan aku. Aku menegahnya berbuat demikian namun Adam masih berdegil. Aku tidak tahu mengapa kebaikan Adam tidak pernah aku nampak selama ini. Ternyata Adam seorang suami yang baik. Aku sahaja yang buta tidak dapat menilai kebaikannya. Malah Adam mendapatkan seorang jururawat peribadi untuk menjaga dan merawatku.
 
 

“Selamat pulang Lea, Mak Limah masak makanan kegemaran Lea, makan tau, Mak Limah tahu lauk kat hospital tu tak sedap,” ujar Mak Limah ketika menyambut kami di muka pintu.
 
 

“Terima kasih Mak Limah,” jawabku sebak. Sedih bila mengenangkan bahawa aku tidak dapat berjalan seperti biasa. Aku tidak tahu bagaimana caranya untuk aku menghadapi hari-hari yang mendatang. Dapatkah aku menerima nasib sebegini. Kuatkah aku untuk menghadapi ujian dari allah? Jasmin meletak teddy bear kegemarannya di atas ribaku.
 
 

“Teddy teman mama ok,” bisiknya seraya mencium pipi mama Azaleanya.
 
 

Aku merasa terharu bila Jasmin berbuat demikian. Mataku kelihatan sembab kerana semalaman air mata ku mengalir tanpa henti bila mengetahui harapan untuk ku pulih amat tipis, 50-50 menurut Doktor. Aku mungkin tidak dapat berjalan semula. Aku perlukan bantuan kerusi roda seumur hidupku. Adam tidak pernah putus-putus memberi aku semangat bahawa aku pasti akan pulih seperti biasa sekiranya aku menjalani latihan intensif. Aku hanya mampu tersenyum tawar bila Adam berkata demikian. Aku tahu Adam cuba menyedapkan hati aku. Sayang sekali aku tidak berpeluang untuk memberi kebahagian kepada Adam.
 
 

“Sayang hendak apa-apa??,” tegur Adam bila di lihat isterinya asyik termenung sepulangan mereka dari hospital tadi. Adam sedar sejak Azalea berada di hospital. Azalea tidak lagi seceria dahulu. Dia banyak bermenung dan bersendiri.
 
 

Aku tersentak bila Adam menegurku. Aku menoleh ke arahnya lalu tersenyum. Wajah kacak Adam ku pandang sayu. Aku menghulur tangan ku agar dia dapat membantuku membetulkan dudukku. Aku benar-benar tidak berdaya untuk berbuat demikian tanpa bantuan sesiapa kerana dari punggung hingga ke kakiku lumpuh.
 
 

Aku menyentuh wajah Adam perlahan. Adam membiarkan sahaja aku berbuat demikian. Wajah suamiku yang tidak pernah kubelai sebelum ini. Sayang sekali bila hubungan kami sudah pulih aku tidak dapat menunaikan permintaannya.
 
 

“Maafkan I dear,” ujarku cuba menahan sebak bila setiap kali berdepan dengan Adam.
 
 

“Sayang, tak salah apa-apa pada abang, kenapa sayang perlu minta maaf,” ujar Adam lalu mengengam jari jemariku perlahan. Aku terkedu bila Adam berkata demikian. Adam sedikit pun tidak menunjukkan bahawa dia menyesal bernikah dengan aku walaupun kini aku tidak berdaya berjalan apatah lagi untuk menjalankan tugas sebagai isteri. Aku benar-benar tidak mampu. Dapatkah Adam bertahan dan bersabar dengan keadaanku. Masih sayang lagikah Adam pada diriku yang serba kekurangan ini?
 
 

Air mataku mengalir perlahan buat sekian kali bila mengenangkan nasib yang menimpa diriku.
 
 

“Sayang, kenapa sayang menangis, abang dan Jasmin kan ada, sayang tak perlu bersedih,” pujuk Adam lalu menyeka airmata ku dengan jarinya. Dia tahu dalam keadaan begini emosi isterinya terganggu.
 
 

Aku memeluk Adam erat lalu menangis semahu-mahunya di bahunya. Adam mengusap rambut ku perlahan. Hatinya sebak melihat keadaan isterinya. Menurut doctor Lea tidak dibenarkan bersendirian terlalu lama ini akan melambatkan proses pemulihan. Dia mahu Lea cepat sembuh kerana dia tidak sanggup melihat penderitaan isterinya.
 
 

“Abang tidak akan tinggalkan Lea??,” ujarku lalu memandang wajah Adam.
 
 

“Insyallah, abang tidak akan tinggalkan Lea, Lea isteri abang, abang cintakan Lea, Lea tak perlu risau ok,” jawab Adam jujur cuba mendamaikan hati isterinya.
 
 

“Janji,” soalku.
 
 

“Abang berjanji..,” jawab Adam lalu tersenyum.
 
 

“Lea takut abang tinggalkan Lea, Lea cintakan abang ke?,” soal Adam bila isterinya mula tersenyum bila dia berjanji tidak akan tinggalkannya.
 
 

“Mestilah Lea cintakan abang, abang kan suami Lea..,” jawabku tidak lagi segan mengaku mencintai Adam.
 
 

“Tapi kenapa dulu Lea suruh abang tidur bilik lain,” usik Adam bila isterinya mula hendak bergurau dengannya.
 
 

Aku mengeluh kecil bila Adam berkata demikian. Aku tidak mahu lagi berahsia dengan Adam. Adam harus tahu akan isi hatiku terhadap dirinya selama ini, kerana Adam suamiku.
 
 

“Kerana...Lea tidak yakin yang abang cintakan Lea, selama ini Lea menyangka abang cintakan arwah Orkid,”
 
 

“Kenapa Lea tak tanya abang?,” usik Adam lagi bila Lea meluahkan perasaannya.
 
 

“Tak kan Lea nak tanya abang, abang pun tidak berusaha untuk memikat hati Lea,” ujarku mengenakan Adam.
 
 

“Abang tak berusaha pikat hati Lea, Lea lupa ke sewaktu Lea mengambil keputusan untuk berkahwin dengan abang, abang ada katakan abang tidak akan tinggalkan Lea,” ujar Adam mengingatkan perjanjian mereka setahun yang lalu.
 
 

“Abang cakap macam tu kerana abang tidak menerima syarat yang Lea tetapkan,” jawabku tidak mahu mengalah.
 
 

Adam ketawa kecil bila aku berkata demikian.
 
 

“Lea..., kalau benar abang tidak cintakan Lea, abang tidak akan sanggup berkahwin dengan Lea walaupun tertulis dalam surat wasiat arwahnya Orkid,” jawab Adam.
 
 

Aku terperanjat bila Adam berkata demikian. Betul ke apa yang dia katakan. Atau dia hanya mahu mempermain-mainkan perasaan aku.
 
 

“Sungguh abang akan berbuat demikian, sadisnya abang,” ujarku lalu mencubit lengan Adam.
 
 

Adam mengosok lengannya yang dicubit Lea.
 
 

“Abang tidak bisa membohongi diri abang, perkahwinan itu adalah ibadah, bukan untuk suka-suka, dan abang tidak mahu menanggung dosa,” jawab Adam lalu membuahkan senyum.
 
 

Aku malu sendiri bila Adam berkata demikian. Ternyata aku masih jahil dari segi agama. Aku tidak menyangka Adam yang kelihatan modern serba serbi lebih mendalam ilmu agamanya berbanding dengan aku. Aku sedar Adam tidak pernah tinggal solat 5 waktu. Adam memberi aku nafkah zahir. Dan kerana aku tidak mengizinkan dia menyentuh diriku. Adam tidak pernah mengutarakan soal nafkah batin kepadaku. Ternyata aku banyak berdosa dengan Adam. 
 
   

“Bila yang abang jatuh cinta pada Lea?,” soalku ingin tahu. Yelah selama ini dia bercinta dengan arwahnya semasa dia masih hidup. Bila ketikanya dia jatuh cinta dengan aku.
 
 

“Sejak kali pertama Lea marahkan abang,” jawab Adam tanpa mengulas panjang.
 
 

“Marahkan abang, Lea selalu marahkan abang sebelum kita bersuami isteri lagi,” ujarku bila Adam berteka-teki dengan aku. Yelah sejak mula perkenalan aku memang tidak pernah melayan Adam dengan baik kerana aku sengaja mencari kesalahannya agar aku tidak tertarik hati dengannya. Aku selalu buruk sangka padanya kerana aku menyangka dia hanya mahu mempermain-mainkan hati Orkid. Wait a minute!!. Marahkan Adam. Kali pertama. That’s mean sebelum.
 
 

“Maksud abang, abang cintakan Lea ketika abang masih lagi bersama dengan Orkid dahulu,” ujarku inginkan kepastian.
 
 

Adam tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan.
 
 

“Is this some kind of a joke, how can you possibly in love with 2 person at the same time?,” ujarku mula marah bila sedikit demi sedikit rahsia Adam terbongkar.
 
 

“Sebelum Lea jump into conclusion..., abang hendak Lea dengar dulu cerita abang,” jawab Adam lalu memandang wajah Lea. Dia tidak menyangka Lea akan mengutarakan soalan demikian. Bukan dia hendak berahsia dengan Lea tapi dia sudah berjanji dengan arwahnya Orkid bahawa dia tidak akan mendedahkan rahsia tersebut kepada Lea.
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment