Thursday 10 April 2014

Azalea Orkid - Part 11


Awal pagi aku bangkit untuk solat subuh bila aku menyedari tempat disebelah ku kelihatan kosong. Aku mengerutkan dahi merasa pelik. Awal Adam sudah bangun dan aku tidak sedar dia keluar tadi. Aku malas hendak memikirkan kemana Adam. Setelah solat dan mandi aku keluar dari bilik menuju kearah bilik Jasmin yang bertentangan dengan bilik Adam. Pintu ku buka perlahan. Jasmin sedang lena di buai mimpi. Terlalu awal untuk ku kejutkan Jasmin untuk bersarapan bersama jam baru menunjukkan 6.45pagi. Aku menutup pintunya semula. Aku menuju ke bilik tamu di sebelah bilik ku. Pintu bilik ku ketuk perlahan.

 
 
“Masuk,” ujar Adam dari dalam bilik.
 

 
Oh ada sembunyi kat bilik sini rupanya. Kalau tidak kerana aku terpaksa turun bersamanya untuk bersarapan pagi. Aku tidak akan mencarinya. Maklumlah mama dan papa, serta mak long dan pak long masih bermalam di sini. Aku dan Adam terpaksa berlakon di hadapan mereka selagi mereka berada di sini. Bila mereka pulang sahaja nanti. Kami akan kembali membuat hal masing-masing. Tak apa Lea. Endure aje dulu.

 
 
Aku menolak daun pintu. Adam berdiri di balcony tanpa menoleh kearah ku. Lelaki itu mengenakan draw strings pants dan t-shirt putih. Aku datang menghampirinya.
 

 
“Nice morning weather..love it,” ujarku sebaik sahaja berdiri di sebelahnya. Angin pagi yang begitu nyaman. Matahari sudah mula menunjukkan sinarnya di celah-celah awan putih.

 
 
“You dapat tidur lenyak semalam?,” ujar Adam tanpa menoleh kearah Azalea.

 
 
“Tak ada orang kacau lenyak lah..,” jawabku lalu tersenyum.
 

 
Adam memusingkan badannya kearah Azalea lalu tersenyum.
 

 
Aku menjeling bila Adam tiba-tiba tebiat membuahkan senyum pada ku pagi-pagi ni. Apahal?

 
 
“You dah kenapa sawan pagi-pagi lagi,” jawabku malas hendak melayan lorat Adam. Eii..kenapalah aku kena hadap muka dia siang malam lepas ni. Kalau tidak mengenangkan Jasmin sayang sangat pada papa Adamnya, tak ingin aku berkahwin dengan Adam.
 

 
“You yakin tak orang kacau you semalam?,” ujar Adam lalu tersenyum.
 

 
“You jangan nak macam-macam dengan I eh Adam..I dah cakap hubungan kita not more than Jasmin guardians, and I want to keep it that way..fullstop..,” pesanku atau lebih kepada amaran kepada Adam.
 

 
“So I tak ada chance untuk buat you, sukakan I?,” usiknya lagi tanpa menghiraukan amaran Azalea.

 
 
“Adammm!!!,” ujarku geram mahu mencubitnya. Bila pintu bilik terkuak kecil. Kami berdua terperanjat lalu memandang kearah pintu. Jasmin mengosok matanya perlahan memandang kearah kami yang seperti hendak berkuntau. Caught-in-action. Aku mahu mencubit Adam manakala dia mahu mengelak dari terkena cubitan aku.
 

 
“Eh..morning sweetheart awal nye bangun hari ni,” ujar Adam lalu mendekati Jasmin yang terpisat-pisat. Dia mendukung Jasmin lalu mencium pipinya perlahan.
 

 
“Mama Lea dan papa gaduh ke?,” soal Jasmin lalu memandang ke dua-dua wajah mereka. Tadi semasa dia keluar bilik terdengar suara mama Leanya kuat menyebut nama papa Adam sebab tu dia buka pintu ingin tahu apa yang berlaku.

 
 
“Eh tak adalah..mana ada, mama bergurau aje dengan papa Adam, ni tengok ni,” ujarku tersenyum lalu mencubit lengan Adam sekuat hatiku kerana tadi tidak berpeluang untuk berbuat demikian. Nah rasakan. Sakit tak? Aku pantang kalau orang mengusik inilah habuannya untuk orang yang suka mengusik aku.
 

 
Adam cuba menahan rasa sakit bila di cubit Lea, dia cuba untuk tidak mengerang kesakitan di hadapan Jasmin.

 
 
“Sakit ke mama Lea cubit pa?,” soal Jasmin bila wajah papa Adamnya kelihatan merah padam bila mama Lea mencubitnya tadi.

 
 
“Eh tak..sedap..nak lagi rasanya,” jeling Adam pada Lea.

 
 
Aku tersenyum puas kerana dapat berbuat demikian. Tak serik-serik Adam ni, masih lagi hendak menyakat aku. Dia tak tahu ke aku tak suka kan dia. Mana mungkin aku sukakan dia. Dia dah aku anggap macam abang ipar aku walaupun dia bukan abang iparku. Eii macamana aku nak explain. Aku tak ada feeling langsung dengan dia sebab dia bekas kekasih Orkid. Walaupun beza umur kami hanya 5 tahun. Tapi kenapa dia cuba menambat hati aku?

 
 
“Mari mama mandikan Lea lepas tu kita breakfast sama-sama, semua orang dah tunggu Jasmin,” ujarku lalu mengambil Jasmin dari Adam. Tanpa menoleh kearah Adam aku membawa Jasmin ke bilikku. Adam hanya mengeluh berat kerana dia dapat merasakan bahawa tidak mudah untuk menambat hati Azalea yang keras hati itu.
 

 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment