Wednesday 9 April 2014

Azalea Orkid - Part 8


“Nas, sorry I’ll have to take urgent leave today,” ujarku sebaik sahaja Syafinas mengangkat telefon. Aku mengambil keputusan untuk tidak masuk ke pejabat kerana aku hendak menyelesaikan perkara tentang penjagaan Jasmin hari juga. Aku tidak mahu Jasmin di serahkan kepada neneknya. Aku harus berbincang dengan Adam dan membuat keputusan hari ini juga.
 

“Kenapa Jasmin sakit ke?,” soal Nas berbaur risau.
 

“Nope, aku hendak bertemu dengan Adam...after that maybe kita hendak bertemu dengan Orkid’s lawyer sekali,” ujarku ringkas tanpa mengulas panjang.
 

“So?? Have you decided?,” soal Nas ingin tahu. Kelmarin Lea ada menceritakannya mengenai permintaan Orkid untuk Lea bernikah dengan bekas kekasihnya Adam Alfian dan Lea mengatakan dia tidak bersetuju dengan permintaan Orkid kerana dia tidak cintakan Adam dan dia tidak mahu berkahwin dengannya. Shafinas ingin tahu apa keputusan yang akan di buat nanti. Adakah Lea menyerahkan Jasmin kepada neneknya? Atau Lea telah mengubah fikiran lalu bersetuju untuk berkahwin dengan Adam.
 

“Not really…,” jawabku acuh tak acuh. Aku sendiri tidak pasti apa yang harus ku bincangkan dengan Adam Alfian. Apa yang aku tahu, aku mahu masalah ini cepat selesai. Aku tidak mahu memanjangkan cerita, biar apapun keputusannya ianya harus di lakukan hari ini. Noktah.
 

“Ok, take care, apa-apa call I,” pesan Nas.
 

“Sure,” jawabku seraya menekan butang off. Aku berjalan menuju kearah bilik Adam Alfian setelah penyambut tamu syarikatnya membenarkan aku ke bilik pejabatnya. Inilah kali kedua aku datang singgah ke office Adam Alfian sepanjang perkenalan Orkid dengannya. Adam Alfian merupakan seorang arkitek yang berjaya. Itupun bila aku terpandang akan beberapa trophy dan cenderahati tersusun cantik di rak-rak almari bilik pejabatnya tempoh hari. Pintu bilik Adam Alfian ku ketuk perlahan sebelum aku membuka pintu. Aku tersentak bila pintu dibuka dari dalam. Adam Alfian berdiri tercegat di muka pintu menyambut kedatanganku. Seperti biasa dia kelihatan segak dan bergaya dengan suit yang dikenakannya.
 

“Please come in,” pelawa Adam Alfian lalu tersenyum.
 

Aku tidak membalas senyumannya. Sebaliknya aku menuju kearah sofa yang berdekatan. Dan tanpa di pelawa olehnya terlebih dahulu aku duduk di atas sofa empuk lalu memandang ke arahnya.
 

“Do you want coffee or tea?,”
 

“No thanks….., I rasa hairan how come your staff let me pass through your office without any hassle,” ujarku hairan. Dari penyambut tetamu hingga ke staff lain. Semuanya membuahkan senyum kepadaku seolah-olah mereka mengenali aku. Sedangkan ini baru kali kedua aku datang ke pejabatnya.
 

“They thought you’re Orkid, they knew Orkid,” jawab Adam ringkas tanpa mengulas panjang. Matanya kelihatan sayu bila menyebut nama Orkid. Ternyata Adam masih lagi rindu dan merasa kehilangan Orkid. Adam menuju kearah sofa yang bertentangan dengan Lea lalu melabuhkan punggungnya.
 

“Ok…well, tujuan I datang kerana I tak mahu masalah ini berlanjutan, I nak Jasmin bahagia,” ujarku serius memandang tepat ke wajah tampan Adam.
 

Adam hanya mendiamkan diri mendengar butir bicaraku dengan tekun. Dia juga bersetuju dengan cadangan Lea untuk mengakhiri perkara Jasmin kerana dia mahu Jasmin membesar dengan gembira dan mendapat kasih sayang dari ibu saudaranya.
 

Aku menarik nafas dalam sebelum menyambung ayatku.
 

“I’ve already made my decision, I will agreed to Orkid wishes to marry you for Jasmin sake,” jawabku tanpa memandang tepat kearah Adam. Adam mengeluh lega. Dia bersedia menerima apa jua keputusan Lea.
 

“Wait..excuse me??,” jawab Adam kurang percaya dengan apa yang didengarnya. Sangkanya Lea mengambil keputusan untuk berumahtangga dengan lelaki pilihannya. Dia terima segala keputusan Lea dengan hati terbuka. Dia tidak akan memaksa Lea untuk menjadi isterinya sekiranya Lea tidak sudi. Apa yang dia mahu Lea haruslah bersikap adil. Sungguhpun dia tiada hak penjagaan ke atas Jasmin, namun dia masih mahu menziarahi Jasmin kerana Adam Alfian sayangkan Jasmin seperti anaknya sendiri.
 

“Not that easy…, it comes with rules and condition,” jawabku memandang tepat ke wajahnya cuba melihat reaksinya. Adam Alfian masih kelihatan tenang seperti tadi seolah-olah dia sudah menjangka bahawa aku akan mengenakan syarat bila aku bersetuju untuk menjadi isterinya.
 

“I’m listening,” ujarnya ringkas lalu menyandarkan badannya di sofa.
 

“Kita bergelar suami isteri hanya pada nama sahaja dan sebagai permit untuk tinggal bersama dalam satu bumbung untuk menjaga Jasmin dan sebagai parental guardiannya, other than that we are strangers..,” ujarku tegas.
 

“Well, do you think it is fair that only you can make the rules and condition?,” soal Adam Alfian membetulkan tempat duduknya tidak merasa selesa akan syarat yang di kenakan oleh Lea. Syarat yang di kenakan oleh Lea terlalu berat untuk dia penuhi.
 

Aku tidak menjawab. Memang tidak adil sekiranya hanya aku sahaja yang menetapkan syarat kerana Adam juga terbabit sama. Tapi bagaimana sekiranya syarat yang dikenakan Adam bertentangan dengan syaratku tadi. Masalah ini tidak akan selesai.
 

“Apa syarat you?,” ujarku tanpa berfikir panjang ingin mengetahui akan syarat Adam pula.
 

“You sanggup berkorban demi kebahagiaan Jasmin?,” soal Adam Alfian ingin kepastian dari Lea. Wajah Lea dipandang tanpa berkedip.
 

“Ya, I sanggup, bukankah salah satu pergorbanan yang I buat bila I sanggup berkahwin dengan you,” ujarku sengaja hendak menyakitkan hati Adam agar dia tahu aku berbuat demikian bukan kerana aku hendak sangat berkahwin dengannya. Aku berbuat demikian kerana terpaksa, demi kebahagian Jasmin. Perkataan itu yang aku ulang-ulang sepanjang perjalanan aku ke pejabat Adam.
 

“Baiklah….demi Jasmin, you tidak boleh meminta cerai dari I dan I tidak akan menceraikan you, kita hidup sebagai suami isteri selamanya walaupun hanya pada nama,” jawab Adam Alfian memandang tepat kearah Lea. Dia tidak tersenyum malah kelihatan serious bila dia mengenakan syarat sedemikian.
 

“Are you trying to threaten me?,” ujarku seraya mengetap bibir menahan marah. Yelah syarat yang di kenakan Adam berat sekali kerana aku tidak di benarkan untuk meminta cerai dan terpaksa menjadi isterinya selama nyawa di kandung badan. Sanggup ke aku berkorban untuk Jasmin sehebat itu.
 

“No…Lea, to be fair, I sanggup berkorban untuk Jasmin, I terima syarat you, kita bersama sebagai suami isteri hanya pada nama, jadi parents to Jasmin we have to sacrifice for her, persoalannya sekarang..Are you willing to sacrifice that much?,” soal Adam Alfian memandang tepat ke arah Lea.
 

Aku dapat merasakan Adam Alfian kurang senang dengan syarat yang aku kenakan. Tapi demi Jasmin dia sanggup mengorbankan kebahagiaannya sendiri demi kebahagian Jasmin. Aku sepatutnya merasa kagum dengan pendirian Adam yang sanggup berkorban untuk kebahagian orang lain. Tapi aku sedikit tidak berfikir demikian kerana aku merasakan bahawa Adam bersetuju kerana mungkin punya sebab lain. Sebabnya apa aku sendiri tidak pasti. Masakan lelaki sehebat Adam Alfian yang mampu memiliki dan menikahi mana-mana wanita yang dia sukai, rela menerima aku sebagai isteri tanpa apa-apa ikatan lain, selain dari surat nikah, demi untuk mendapatkan permit untuk tinggal bersama? Dan bagaimana pula dengan aku? Sekiranya aku bernikah dengan Adam Alfian aku tidak akan dapat bercinta dengan orang lain apatah lagi berkahwin dengan jejaka pilihanku kerana aku tidak dibenarkan berbuat demikian. Aku akan selamanya menjadi isteri kepada Adam Alfian samada aku suka atau tidak.
 

“Do you need more time to think about this..,” tegur Adam Alfian bila menyedari Lea masih belum membuat keputusan samada cadangannya akan diterima atau sebaliknya.
 

“No….I’ve made my mind, I will agree to your condition,” jawabku tegas tidak mahu mengalah.
 

Sekali lagi Adam terperanjat dengan jawapan yang kuberikan. Dia tidak menyangka aku setuju dengan syaratnya tanpa memikirkan kesan yang akan terjadi dengan tindakannya yang melulu. Dia tahu Lea keras hati. Kalau dia sudah membuat keputusan dia tidak akan merubahnya.
 

Adam menuju kearah mejanya. Dia mengangkat gagang telefon.
 

“Lisa, tolong fixkan appointment I dengan Peguam Raihan jam 3.00 petang ni,”
 

“Baiklah Encik Adam,” jawab Lisa setiausaha Adam.
 

“Any second thought?,”ujar Adam sebaik sahaja dia meletak gagang telefon ke tempat asal.
 

Aku menjeling kurang senang bila Adam menyindirku. Aku hanya mengelengkan kepala menandakan keputusan aku adalah muktamad.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment