Thursday 17 April 2014

Azalea Orkid - Part 28


“Adam, what do you think of Lea?,” soal Orkid lalu memandang wajah kacak Adam Alfian. Adam tidak menjawab hanya tersenyum bila Orkid mengajukan soalan sebegitu. Dia tidak mengerti mengapa wanita itu tidak dapat menerima cintanya malah Orkid beria-ia menyuruhnya berkenalan dengan adik kembarnya sendiri.
 
 

“Ok, but I prefer you more than her,” jawab Adam jujur.
 
 

Orkid merasa tidak senang hati bila Adam berkata demikian. Dia tahu Adam sukakannya dan Orkid sendiri sukakan Adam. Namun suka Orkid terhadap diri Adam hanya sebagai sahabat. Dia tidak tahu kenapa dia tidak dapat menerima cinta Adam. Dia merasakan dirinya tidak layak untuk bergandingan dengan Adam. Adam teruna sedangkan dia janda beranak satu. Walaupun Adam tidak pernah kisah akan status dirinya tapi dia belum bersedia untuk menerima cinta dari mana-mana lelaki. Dia seakan sudah serik untuk berumahtangga lagi. Lagipun dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Walaupun dia tahu Adam jauh berbeza dari Taufiq.
 
 

“Adam, I tak sepadan dengan you,” jawab Orkid.
 
 

“Why?? I’m not good enough for you?,” jawab Adam kurang senang dengan alasan yang selalu Orkid berikan kepadanya bila dia meluahkan rasa hati kepada Orkid.
 
 

“Bukan begitu maksud I…, youlah calon yang paling layak untuk I jadikan suami sekiranya I ingin mendirikan rumahtangga lagi, but right now I nak focus on my business and my daughter,” terang Orkid sambil tersenyum. Dia berharap Adam Alfian mengerti. Dia sukakan Adam. Adam lelaki yang baik dan penyayang. Satu dalam sejuta mungkin. Lelaki sebaik Adam sukar di perolehi zaman kini. Jasmin begitu sayang dan selesa bersama dengan Adam. Malah Jasmin menganggap Adam seperti papanya sendiri kerana dia tidak pernah mendapat kasih sayang dari arwah suaminya. Jadi kehadiran Adam dalam hidup Jasmin sedikit sebanyak memberi sinar dalam hidupnya. Malah Orkid sendiri senang berkawan dengan Adam.
 
 

Pada Adam, walaupun Orkid selalu menekankan bahawa hubungan mereka hanya sahabat biasa namun Adam tidak pernah ingin persahabatan mereka terputus hanya kerana Orkid tidak menerima cintanya. Dia merasa belas pada Orkid dan Jasmin. Dia selalu membantu mereka jika mereka memerlukan pertolongan. Sehingga teman-temannya menyangka mereka berdua pasangan yang sedang hangat bercinta walhal mereka hanya teman rapat biasa dan tidak lebih dari itu. Sungguhpun begitu Adam masih berharap Orkid akan berubah hati dan akan menerimanya satu hari nanti.   
 
 

“Ok...., so you hendak padankan I dengan your twin sister, boleh I tahu kenapa??,” soal Adam Alfian lalu memandang wajah cantik Orkid.
 
 

“You the best choice for her, I dapat rasakan dia sukakan you juga,” jawab Orkid yakin.
 
 

Adam mengerutkan dahi tanda tidak mengerti. Semalam dia kerumah Orkid untuk bertemu dengan Lea buat pertama kali. Adam tidak menafikan Lea memang wanita jelita walaupun rupa mereka serupa, Lea lebih seksi berbanding kakaknya. Lea daring. Apa yang membezakan Orkid dan Azalea adalah personality mereka. Orkid seorang wanita yang lemah lembut dari tutur bahasa manakala Lea seorang yang akan menyuarakan hasratnya tanpa berselindung. Kedua-dua mereka memiliki personality menarik yang tersendiri. Dia akan dianggap hipokrit sekiranya dia mengatakan dia tidak tertarik pada Lea. Cuma, dia dapat merasakan bahawa Lea tidak berapa berkenan dengan dirinya dari cara layanan yang Lea berikan kepadanya.
 
 

“I don’t agree with you, she didn’t trust me, she thought I hendak mempermainkan perasaan you,”
 
 

“That’s because dia ingat kita berdua couple, I beritahu dia yang kita sedang bercinta,” jawab Orkid.
 
 

“But why you said that..when we are not really together?,” soal Adam merasa hairan dengan kenyataan Orkid. Kenapa Orkid memberitahu Lea bahawa mereka berdua bercinta sedangkan tidak, Adam tidak faham akan agenda Orkid..
 
 

“I buat begitu kerana I nak lihat reaksi Lea bila dia bertemu dengan you,” jawab Orkid lalu tersenyum.
 
 

“Huh?? Ok so what’s her reaction?,” soal Adam ingin tahu.
 
 

“She loves you,” jawab Orkid yakin.
 
 

“How can you be so sure about that??,” ujar Adam kurang yakin dengan jawapan Orkid. Bagaimana Orkid tahu Lea sukakannya sedangkan cara Lea menyambutnya semalam endah tak endah sahaja. Malah Adam merasa agak tertekan bila Lea mengajukan pelbagai soalan mengenai hubungan mereka, kerana Orkid tidak memberitahunya terlebih dahulu bahawa dia telah memberitahu Lea bahawa mereka berdua adalah pasangan kekasih.
 
 

“We are twins Adam…, sungguhpun perangai kami berbeza tapi dalam citarasa lelaki kami share the same interest, ok except for Taufiq, she never like Taufiq, but you..she’s like you very much walaupun dia tidak tunjukkan, but I can see from her eyes,” jawab Orkid bersungguh-sungguh. Naluri hatinya yakin benar bahawa Lea sukakan Adam. Dia kenal sangat dengan perangai Lea. Kalau Lea benar-benar tidak suka kan Adam. Dia akan memaksa Orkid untuk memutuskan hubungan dengannya. Tapi Lea tidak berbuat demikian.
 
 

“So, you like me a lot heh,” usik Adam lalu tersenyum bila Orkid akui sendiri bahawa dia sukakan dirinya.
 
 

“Adam, let’s not get to that part again,” jawab Orkid tersenyum lagi bila Adam sudah mula hendak menduga hati nya. Adam hanya sahabat baiknya sahaja.
 
 

“But what if you are wrong, don’t you think Lea ada pilihan sendiri,” soal Adam tidak berpuas hati. Orang cantik seperti Lea sudah tentu ramai peminat. Dan sudah tentu Lea punya kekasih hati.
 
 

“Ok to be fair, Lea ramai kenalan lelaki, tapi tiada satu pun diantara mereka Lea anggap serius,” jawab Orkid. Lea akan memberitahunya jika dia sukakan seseorang itu. Setakat ini Lea tidak pernah mengatakan bahawa dia sudah punya kekasih hati.
 
 

“Sebabnya??,”
 
 

“You ask too many questions?,” ujar Orkid lalu menepuk lengan Adam bila lelaki itu bertanya terlalu banyak soalan mengenai Lea. Dia tahu Adam turut berminat hendak mengetahui mengenai Lea lebih lanjut. Tapi dia mahu Adam sendiri yang usaha untuk memikat hati Lea.
 
 

“Of course, It’s a matter of life, I mesti tahu sedikit sebanyak tentang bakal isteri I,” jawab Adam lalu tersenyum.
 
 

Orkid mengeluh kecil bila Adam berkata demikian kerana dia tahu Lea keras hati. Dia tidak mudah terpedaya dengan lelaki kacak seperti Adam sebab itu dia sangsi dan ragu akan kesungguhan Adam. Dia tahu Adam seorang lelaki yang penyabar dan dia dapat melembutkan hati Lea. Dia benar-benar berharap adiknya mendirikan rumah tangga dengan Adam kerana Lea tidak akan dapat bertemu dengan lelaki sebaik Adam. Tapi dia tidak tahu bagaimana caranya untuk memberitahu Azalea tentang niatnya hendak menjodohkan Adam dengannya. Dia tahu Lea pasti tidak akan bersetuju kerana salahnya sendiri kerana mereka cerita bahawa dia bercinta dengan Adam.
 
 

“But then again, I don’t want to pressure you, I just want you to be part of our family,” ujar Orkid dia tidak mahu memaksa atau mendesak Adam. Dia hanya mahu Adam menjadi sebahagian dari keluarganya.
 
 

“You think Lea akan terima I,” jawab Adam beria-ia ingin tahu tentang kembar Orkid. Bukan bermakna dia tidak dapat menawan hati Orkid maka dia tidak kisah untuk beralih kasih pada Lea. Dia sebenarnya sudah terpaut hati dengan Lea sejak pertama kali dia terpandang akan wajah Lea. Hanya kerana dia berkawan dengan Orkid dia tidak mahu Orkid terasa hati bila dia menyatakan bahawa dia sukakan Lea. Tapi cadangan Orkid ingin menjodohkan Lea dengannya umpama orang mengantuk di sorong kan bantal.
 
 

“I can only say that she will accept you, but it takes time,” jawab Orkid perlahan. Dia sendiri tidak pasti samada Lea akan menerima cadangannya. Dia hanya berserah pada Allah. Jika jodoh Lea sudah tertulis untuk Adam, di halang atau di tentang Lea bagaimana pun pasti menjadi.
 
 

“Looks like it, so apa plan you malam n?i,” tanya Adam kerana Orkid ada menyatakan dia hendak ke rumah mak longnya malam ini selepas tutup kedai.
 
 

Lea keluar malam ni dengan colleagues dia, I’m sure she will ask your help to look after Jasmin, so the rest I serahkan pada you, pandai-pandailah you hendak memikat hati adik I, I’m sure she can’t resist your good looking and charming personality, I hendak jumpa mak long dan pak long dah lama I tak balik bertemu mereka, I would be back late, promise me that you will take care of my family Adam..?,” ujar Orkid lalu memandang wajah kacak jejaka itu dengan perasaan sebak. Dia tidak tahu mengapa hatinya tiba-tiba merasa sebak. Dia tidak tahu kenapa dia begitu emosi sejak akhir-akhir ini.
 
 

“Insha Allah…, I promise,” jawab Adam perlahan.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment