Wednesday 16 April 2014

Azalea Orkid - Part 25


Aku tidak tahu kenapa hari ini hari istimewa buat aku. Tidak sebosan sepertimana aku pernah keluar bersama Adam dan Jasmin dahulu. Dahulu, selalunya kami hanya membuat hal masing-masing dan hanya tumpukan sepenuh perhatian pada Jasmin. Hari ini aku rasakan istimewa kerana aku tidak perlu berlakon lagi di depan Jasmin hanya untuk mengambil hatinya. Aku benar-benar gembira dan bahagia di samping Adam dan Jasmin. Kami kelihatan seperti pasangan pengantin baru. Adam romantic orangnya. Banyak kali juga dia mengambil peluang untuk bermanja denganku. Setiap kali kami berjalan bersama. Tangannya tidak lepas dari mengengam jariku. Sesekali dia memberiku kucupan di pipi bila Jasmin tidak melihat. Aku dapat melihat kegembiran jelas terpancar di wajahnya. Kesian Adam kerana selama ini dia tidak pernah berbuat begitu kerana aku tidak pernah mengizinkannya berbuat demikian. Berpegangan tangan pun aku tidak izinkan walhal dia adalah suamiku yang sah. Adam turutkan sahaja kehendakku.
 
 

Jasmin tersenyum-senyum melihat kemesraan kami berdua. Dia dapat merasakan kelainan di atas kelakuan mama Lea dan papa Adamnya. Mama Lea tidak jalan berjauhan dengan papa Adam seperti lazim ketika mereka keluar bersama setiap hujung minggu. Mama Lea akan mencari alasan agar mereka tidak di tinggalkan berduaan dengan papa Adam. Mama Lea selalu bersamanya. Dan bila mama Lea tidak memimpin tangannya papa Adamnya pula yang mengambil alih. Begitulah seterusnya. Jasmin tidak pernah melihat mama Lea dan papa Adamnya kelihatan mesra seperti hari ini.
 
 

“Mama..papa Jasmin nak main kat play area boleh?,” ujar Jasmin meminta izin kepada mama dan papanya. Di dalam Mcdonald terdapat play area.
 
 

“Ok..papa dan mama tengok Jasmin dari sini,” jawab Adam lalu tersenyum. Play area itu betul-betul berhadapan tempat mereka duduk.
 
 

“Thank you..,” jawab Jasmin lalu menuju kearah play area. Jasmin melambai kearah kami. Aku dan Adam melambai Jasmin kembali. Jasmin menuju ke dalam lalu bermain dengan bola-bola kecil yang terdapat di situ.
 
 

“I love you,” bisik Adam ke telingaku.
 
 

Berderau darahku bila Adam berkata demikian. Aku menoleh ke arahnya. Adam memandangku lalu tersenyum. Dia mengucup jariku. Adam memang romantis orangnya.
 
 

“You really mean that..,” ujarku sebak. Mataku mula di takungi air tidak percaya Adam mengucapkan kata cinta kepadaku kerana aku sangkakan Adam tidak pernah mencintai ku selama ini.
 
 

“Kalau abang tak cintakan sayang, abang tidak akan bernikah dengan sayang,” bisik Adam lagi lalu memeluk Azalea erat seperti tidak mahu melepaskannya.
 
 

“But…I’m not Orkid,” ujarku lagi agar Adam sedar bahawa aku bukannya Orkid. Aku tidak tahu kenapa aku seringkali harus mengingatkan Adam bahawa aku bukan Orkid.
 
 

“Sayang, kenapa mesti sayang ragui cinta abang, percayalah hanya sayang di hati abang,” terang Adam. Dia tahu isterinya ragu-ragu terhadap cintanya. Memang benar dia berkenalan dengan Orkid tapi jodohnya dengan Lea. Sungguhpun kedua-duanya memiliki karektor yang berbeza namun Adam cintakan Azalea sepenuh hatinya. Tanpa mengenali Orkid dia tidak akan bertemu dan bernikah dengan wanita yang dicintainya. Sungguhpun pada awalnya dia menyayangi Orkid namun jodohnya sudah tertulis untuknya menikahi Azalea.
 
 

“Thanks for loving me so much, and I’m sorry,” jawabku dengan perasaan sebak, tanpa aku menyedari airmataku mengalir perlahan. Rasa menyesal mula bersarang di hatiku. Aku telah banyak melakukan kesilapan dan berdosa terhadap Adam. Sedangkan Adam begitu setia dan sabar dengan perangaiku.    
 
 

“Sayang…, abang bersyukur kerana sayang dapat menerima abang, abang tidak pernah jemu berdoa dan menanti agar sayang dapat menerima abang suatu hari nanti, abang hanya berharap sayang tidak lagi ragui keikhlasan hati abang, kerana abang benar-benar mencintai sayang selama ini,” terang Adam sambil menyeka air mata yang membasahi pipi isterinya. Sudah lama dia hendak meluahkan perasaan cintanya pada Azalea sejak dia bernikah dengan Azalea, namun Azalea seakan tidak mahu memberinya peluang untuknya berbuat demikian.
 
 

Hari ini merupakan hari yang bahagia buat diriku. Pertama kali aku merasakan diri ini lengkap. Aku punya suami yang menyayangi aku sepenuh hati dan juga punya keluarga yang bahagia. Semasa kami berjalan tadi, Adam tanpa segan-segan menyarankan agar Jasmin cepat mendapat adik. Aku tersipu malu bila Adam berkata demikian di depan Jasmin. Jasmin pula bersorak gembira bila Adam berkata begitu. Dia memang perlukan teman. Dia mahukan adik yang comel.
 
 

“Tentang apa yang abang katakan tadi, kalau sayang belum bersedia tak mengapa, abang cadangkan sahaja,” bisik Adam lalu tersenyum. Dia tidak mahu Azalea merasa tertekan. Dia berkata demikian kerana terlalu gembira. Dia sepatutnya berbincang dengan Azalea terlebih dahulu sebelum menyampaikan berita kepada Jasmin.
 
 

Hatiku sebak bila Adam berkata demikian. Adam benar-benar suami yang istimewa. Penyabar dan penyayang hanya aku sahaja yang buta kerana tidak menyedarinya selama ini malah aku curiga akan keikhlasan dan kejujurannya sepanjang kami bernikah. Aku terlalu buruk sangka terhadap dirinya.
 
 

“I’m ready,” bisikku malu-malu. Terasa janggal pula bila secara tiba-tiba aku begitu rapat dan mesra dengan Adam. Aku benar-benar sudah jatuh cinta kepada suamiku sendiri.
 
 

“Thanks dear,” ujar Adam seraya mengengam jari jemariku erat. Bibirnya masih terukir senyuman.
 
 

“It’s getting late, I think we should go now,” ujarku bila menyedari sudah hampir 2 jam kami berada di Macdonald. Aku tahu Adam terpaksa ke pejabat petang nanti untuk bertemu dengan client yang akan berangkat pulang hari ini kerana terdengar akan perbualannya semasa di telefon tadi. Kesian Adam. Terpaksa bekerja keras untuk keluarga. Adam memang seorang Artkitek yang berdedikasi. Adam berharap benar suatu hari dia dapat membuka firma sendiri.
 
 

Aku melambai tangan ke arah Jasmin memintanya untuk kembali ke meja. Rasanya sudah lama kami berada di luar dan Jasmin sudah puas berjalan.
 
 

“Dear, I need to go to gents, why don’t you and Jasmin tunggu I di kereta,” ujar Adam lalu menyerahkan anak kunci kereta kepadaku.
 
 

“Ok,” jawabku tanpa banyak bicara. Aku memimpin tangan Jasmin lalu keluar dari Macdonald. Jasmin bernyanyi-nyanyi kecil sambil membelek-belek mainan Happy Meal yang dibeli papa Adamnya tadi. Riang benar hati Jasmin hari ini. Perasaan aku turut sama seperti Jasmin. Aku merasa bahagia mempunyai suami seperti Adam. Sedang Jasmin leka membelek-belek bola Barbie doll itu. Locengnya terkeluar dan tergolek di tengah jalan raya. Tanpa berfikir panjang Jasmin bergegas untuk mendapatkan loceng Barbie Doll tersebut. Seketika kemudian aku tersentak bila terdengar bunyi hon yang kuat. Aku berlari mendapatkan Jasmin bila kereta arah bertentangan meluncur laju menuju kearah Jasmin. Sepantas kilat aku menarik lengan Jasmin dan menolaknya ke bahu jalan. Tanpa sempat aku mengelak. Kereta itu melanggarku kerana tidak sempat menekan brek. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Badanku tiba-tiba melayang dan aku terlantar di hadapan kereta, penglihatanku mula menjadi kelam. Aku terdengar Jasmin menjerit kuat dan ramai orang meluru kearahku. Pandangan mataku mula terasa kabur.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment