Tuesday 22 April 2014

Azalea Orkid - Part 38


Taxi berhenti di hadapan gate rumahku. Pemandu teksi mengeluarkan kerusi rodaku dari bonet kereta. Dia membuka pintu untuk penumpangnya. Kerusi roda di letakkkan berdekatan dengan pintu penumpang untuk memudahkan penumpannya berpindah ke kerusi roda.
 
 

“Hendak saya bantu?,” ujar pemandu itu dengan sopan. Tidak sampai hati dia melihat penumpang wanita itu kelihatan terkial-kial untuk keluar dari teksi. Tadi semasa dia mengambil wanita itu tidak membenarkan dia membantu untuk menaiki teksinya dia mahu lakukan sendiri. Kemana perginya suami wanita ini? Sanggup membiarkan isterinya ke sana kemari tanpa berteman? Pemandu teksi itu merasa kasihan melihat wanita muda itu ke sana kemari sendirian tanpa di temani orang yang disayangi. Pemandu itu menoleh ke arah rumah besar yang tersergam indah dimana dia berhenti teksi di hadapannya. Tiada seorang pun yang datang menyambut dan membantu wanita itu. Pemandu itu mengelengkan kepalanya perlahan. Kasihan dengan nasib wanita itu.
 
 

“Tak apa, saya boleh buat sendiri,” ujarku mengesot perlahan untuk bangun dan berpindah ke kerusi roda. Aku harus belajar berdikari kerana aku akan melakukan semuanya sendiri bila berada di Singapura nanti. Alhamdullilah aku berjaya berpindah ke kerusi roda walaupun mengambil sedikit masa. Kalau aku buat selalu aku dapat melakukannya dengan mudah. Selama ini Adam yang akan menurunkan aku dari kereta dan aku tidak pernah melakukannya sendiri. Adam tidak pernah mahu aku bersusah payah melakukan sendiri kerana dia tidak mahu aku jatuh cuba untuk berbuat demikian. Adam menatang aku seperti minyak yang penuh. Kalau tidak di tegah semuanya dia hendak lakukan untuk aku. Aku tahu Adam berniat baik dan juga kerana dia sayangkan aku dan tidak mahu melihat aku dalam kesakitan. Tapi sampai bila harus aku bergantung harap dengan Adam dan Della. Doktor mengatakan aku harus menjalani pisioterapi secara intensif. Aku mahu berjalan semula. Aku tidak akan dapat melakukan itu semua selagi aku berada di sini.
 
 

Aku menolak kerusi roda menuju ke arah halaman rumah. Kereta BMW milik mama dan papa berada di porch. Tahulah aku mama dan papa datang berkunjung.
 
 

“Della, lama auntie tak jumpa Della, mak dan ayah sihat?,” ujar Datin Fauziah ramah. Dia sudah lama tidak bertemu dengan adik angkat Adam dan abangnya Zack. Dahulu semasa Adam belajar lagi selalu juga Adam membawa Zack dan Della kerumahnya. Ketika itu Della masih belasan tahun lagi. Della sekarang wanita muda yang cantik.
 
 

“Alhamdullilah sihat auntie, auntie dan uncle apa khabar? Yelah Della lama betul tak jumpa auntie...dulu sering juga datang rumah auntie,” jawab Della lalu menyerah secawan tea yang di sediakan oleh mak Limah kepada Datin Fauziah.
 
 

“Auntie dan Uncle sihat alhamdullilah..tengok ni hah badan kami dah naik-nak semua, Della tu yang tak sudi melawat auntie dan uncle lagi,” usik Datini Fauziah lalu menepuk lengan Della perlahan.
 
 

“Tak adalah auntie, Della segan sebab abang Adam tak tinggal dengan auntie sejak bekerja, tak kan Della nak datang suka-suka,” jawab Della.
 
 

“Eh apa nak di segankan...Della kan dah macam sebahagian keluarga kami..tak perlu segan lah,” ujar Datin Fauziah lagi. Senang dia dapat bertemu dengan Della. Adam tidak pernah membawa Della datang ke rumahnya sesekali.
 
 

“Insyallah auntie,” jawab Della tersenyum.
 
 

“Kalau auntie tahu Della cantik macam ni dari dulu lagi auntie dah suruh Adam pinang Della,” ujar Datin Fauziah lalu tersenyum.
 
 

Della terkejut bila Datin Fauziah berkata demikian. Pinang dirinya untuk Adam? Selama ini dia tidak pernah menganggap Adam lebih dari seorang abang. Dia tidak punya perasaan apa-apa pun dengan Adam. Kenapa Datin Fauziah boleh terfikir untuk meminangnya.
 
 

“Eh auntie ni, Della anggap abang Adam seperti abang Della sendiri, tak nak lah Della..,” jawab Della tersenyum kerana dia tahu Datin Fauziah hanya bergurau bila dia mengatakan mahu meminang dirinya.
 
 

Aku terdengar akan perbualan mama dengan Della tadi. Mama sukakan Della dan ingin menjadikan Della menantunya. Walaupun hatiku remuk dan sedih aku cuba gagahkan diri untuk berhadapan dengan mereka. Aku tidak mahu mereka tahu bahawa aku terdengar akan perbualan mereka tadi.
 
 

“Assalamualaikum,” ujarku
 
 

“Waalaikumsalam....,” jawab Della dan Datin Fauziah serentak.
 
 

Della kelihatan serba salah bila terpandang akan wajah kak Azalea. Adakah kak Azalea terdengar akan perbualannya dengan Datin Fauziah sebentar tadi. Harap-harap kak Azalea tidak mendengarnya.
 
 

Della bangkit dari kerusi menuju ke arah kak Azalea ingin membantu menolak kerusi rodanya ke arah ruang makan di mana Datin Fauziah berada.
 
 

“Tak apa Della, kakak boleh buat sendiri,” ujarku lalu tersenyum. Della menganggukkan kepalanya perlahan. Serba salah dia di buatnya bila Azalea memandangnya begitu. Adakah kak Lea marah padanya.
 
 

“Err..Della naik atas dulu temankan Jasmin..., auntie Della naik atas dulu,” ujar Della lalu menuju ke arah anak tangga. Dia tidak mahu sibuk berada di ruang makan bersama dengan Kak Lea dan Datin Fauziah. Biarlah Datin Fauziah meluangkan masa dengan menantunya sahaja.
 
 

Aku menghampiri meja makan lalu menghulurkan tangan untuk menyalam tangan mama.
 
 

“Dah lama mama dan papa sampai?,” soalku ramah.
 
 

“Baru juga.., nak tengok keadaan Lea dan cucu mama Jasmin, rindu dengan Jasmin..err Lea baru balik hospital?? Apa kata doktor? Lea ada harapan untuk berjalan semula??,” soal Datin Fauziah ingin tahu. Yelah sudah masuk 3 bulan sejak kemalangan yang menimpa menantunya. Lea masih berada di kerusi roda dan perlukan bantuan seseorang. Menurut Adam jika Lea berusaha sungguh-sungguh dia dapat berjalan semula.
 
 

Aku tahu mama turut risau melihat keadaan aku. Dia mahu aku sihat semula seperti dahulu. Aku tahu mama inginkan cucu dari aku sejak dulu lagi. Dalam keadaan aku begini, mama bertambah risau dan khuatir jika impiannya untuk mendapatkan cucu tidak tercapai. Aku tidak menyalahkan mama jika dia cuba mencari cara dan jalan lain untuk mendapatkan cucu. Mencari isteri buat anaknya Adam. Walaupun mama tidak pernah menunjukkan terang-terangan tapi aku tahu akan perasaan mama, jika Adam tidak mempunyai anak maka keturunannya berhenti setakat Adam. Bukan aku tidak berusaha, aku cuba. Jika aku terpaksa menyabung nyawa untuk mendapatkan zuriat buat Adam. Aku sanggup menghadapi risikonya demi kasih dan cintaku terhadap Adam.
 
 

“Insyallah mama, Dr. Imran beritahu Lea yang harapan untuk Lea sembuh ada,” jawabku cuba menahan sebak. Hatiku benar-benar tersentuh. Kerana aku ramai hati yang terluka dan kecewa. Aku dapat melihat kekecewaan di wajah mama.
 
 

“Alhamdullilah syukur, lega hati mama mendengarnya,” jawab Datin Fauziah bila menantunya mengatakan harapan untuknya pulih masih ada. Dia berdoa ke hadrat illahi agar Azalea cepat sembuh.
 
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment