Monday 7 April 2014

Azalea Orkid - Part 2


Adam tergesa-gesa keluar dari rumah lalu mengunci pintu kerana sudah terlewat. Dia membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam perut kereta. Blackberrrynya berdering nyaring. Adam menoleh sekilas kea rah BB yang di letakkan di tempat duduk penumpang di sebelahnya. Nama Fairul tertera di skrin BBnya. Adam menekan speaker lalu menjawab panggilan telefon Fairul.
 

“Kau kat mana Adam?,” soal Fairul sebaik sahaja Adam menyambut panggilannya.
 

“Aku dalam kereta on the way pergi rumah kau lah,” terang Adam lalu mengenakan tali pinggang keledar.
 
 

“Adam kau pergi singgah mana-mana kedai bunga, mak aku dah membebel aku lupa nak tempah itu hari,” ujar Fairul mengeluh lega. Nasib baik Adam dalam perjalanan hendak kerumahnya dapat dia meminta bantuan kecemasan dari Adam.
 

“Eh aku dah lambat ni kau suruh singgah kedai bunga pulak, mana sempat, pukul berapa kau sanding?,” ujar Adam lalu menghidupkan enjin keretanya. Kereta di undur ke belakang perlahan. Dia memutar stering ke kanan lalu memberhentikan keretanya seketika untuk menutup pintu gatenya.
 

“Ala, kau beli apa-apa bunga untuk tutup mulut mak aku tu, mak aku nak bridesmaid hand bouquet jangan kau beli flower arrangement pulak,” arah Fairul. Sungguh tak macho berbual dengan kawan lelaki mengenai bunga. Apa nak buat dia sudah terpaksa.
 

“Ok…oklah,” jawab Adam lalu mengeluh berat, kalau dia tidak memikirkan Fairul itu teman rapatnya, dia tidak akan melayan permintaan Fairul yang dianggap merepek.
 

Awan mendung kelihatan berarak di dada langit menandakan hari hendak hujan dan akan tumpah bila-bila masa sahaja. Adam menoleh ke kiri dan ke kanan mencari kedai bunga yang terdapat di daerah tamannya. Alhamdullilah Adam memanjatkan syukur bila terdapat sebuah kedai bunga yang baru di buka. Adam memakirkan keretanya berhadapan kedai tersebut lalu mematikan enjin. Adam keluar dari keretanya lalu menolak pintu transparent kedai tersebut. Terdapat hanya seorang wanita yang berada di kaunter sedang leka memasukkan bunga-bunga segar ke dalam cooler. Adam melirik kearah bunga yang terdapat di hadapannya. Terdapat pelbagai jenis bunga warna dan rupa. Ah sudah. Bunga apa yang hendak di pilih. Aduh.. pening kepalanya memikirkan bunga apa yang sesuai untuk majlis perkahwinan. Adam mencapai beberapa kuntum bunga carnation berwarna merah, orkid kuning, Daisy berwarna putih, lavender, beberapa helai daun yang di rasakan cantik dan baby breath lalu menuju kearah wanita yang berada di kaunter. Dia meletakkan bunga-bunga yang di pilih di atas kaunter. Wanita yang berada di kaunter membuahkan senyum kepada jejaka kacak yang berada di hadapannya. Adam terpegun bila melihat wajah jelita wanita yang berada di kaunter tersebut. Cantiknya. Bisik Adam dalam hati. Matanya tidak lepas memandang ke wajah cantik wanita itu. Sempat mata wanita itu melirik kearah pakaian yang dipakai Adam. Lelaki itu kelihatan segak dan kacak mengenakan baju melayu berwarna pastel brown dan bersamping songket hitam lengkap dengan songkok. Wanita itu memandang kearah bunga-bunga yang di pilih Adam.
 

“Bunga ini untuk siapa?,” soalnya ramah lalu tersenyum. Dia mencapai kertas tisu untuk membungkus bunga-bunga yang di pilih pelanggannya itu.
 

Adam tidak mendengar soalan yang di ajukan wanita itu kerana terlalu asyik memandang ke wajah jelita wanita tersebut.
 

“Encik..bunga ini untuk siapa?,” soal Orkid tersenyum lagi bila lelaki itu tidak menjawab tadi malah hanya memandang wajahnya.
 

“Er..bunga ni for bridesmaid hand bouquet,” jawab Adam serba salah lalu membalas senyuman si wanita jelita di hadapannya. Adam tidak jemu memandang wajah jelita wanita itu. Hatinya benar-benar terpikat dan berkenan dengannya.
 

“Bridesmaid hand bouquet?,” soal Orkid memandang ke wajah lelaki kacak itu inginkan kepastian darinya.
 

Adam tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan. Kami di kejutkan dengan bunyi dentuman guruh yang kuat berserta hujan lebat turun di luar. Adam mengeluh perlahan. Haiz sudahlah lambat hujan pula turun dengan lebat.
 

“Bunga-bunga yang Encik pilih tidak sesuai untuk bridesmaid hand bouquet,” jawab Orkid jujur kerana jenis bunga dan warna pilihan lelaki itu tidak sesuai untuk di jadikan hand bouquet. Message dari bunga-bunga tersebut juga berbeza.
 

“Oh really?? What can I say, I seldom buy flowers and don’t know flower language,” jawab Adam jujur membuahkan senyum kepada wanita itu.
 

“Oh begitu…kalau saya pilihkan bunga untuk Bridesmaid hand bouquet, Encik izinkan?,” ujar Orkid lalu memandang tepat ke wajah tampan lelaki yang berada di hadapannya.
 

“I would appreciate it very much..please, thank you..,” jawab Adam tersenyum lagi. Setidak-tidaknya dia dapat berada lama di dalam kedai bunga tersebut dan dapat melihat wajah cantik pemilik kedai bunga itu.
 

Orkid membuka cooler yang tersimpan bunga-bunga yang perlu berada di dalam suhu yang di kehendaki agar bunga itu segar dan bertahan lama. Orkid mencapai setiap 2 kuntum bunga rose berwarna light yellow, light purple and light pink, white hyrangeas, pink peonies, light peach dahlia, queen anne’s lace and daun lamb’s ear lalu di letakkan di atas meja. Orkid memotong batang roses dan bunga-bunga lain mengikut ketinggian hand bouquet yang hendak dibuat. Tangannya pantas mengubah bunga-bunga itu mengikut susunan yang cantik. Adam memerhatikan wanita itu melakukan kerjanya sambil tersenyum puas kerana bunga pilihan wanita itu lebih sesuai dari bunga yang di pilih awal tadi. Ternyata wanita itu pandai menghasilkan gubahan bunga yang cantik.
 

Adam tersentak bila di kejutkan dengan deringan nyaring dari BBnya. Tanpa melihat skrin terlebih dahulu dia menjawab panggilan telefon.
 

“Kau kat mana Adam, kita semua sedang tunggu kau?,” ujar Fairul bila Adam tidak sampai-sampai dari tadi.
 

“Kau suruh aku beli bunga, aku ada di kedai bungalah, lagipun hujan lebat macamana kau nak berarak,” jawab Adam lalu melirik kearah jam di tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 12.45 tengahari.
 

“Nak tunggu hujan reda lambat lah, ni dah pukul berapa kita semua dah nak berangkat ke rumah Nurul,” ujar Fairul.
 

“Ok, kau message aku alamat rumah Nurul, aku jumpa kau terus di sana,” ujar Adam lalu mematikan telefon. Dia kembali memandang kearah wanita itu. Wanita itu sedang melilit batang bunga-bunga tersebut dengan ribbon sateen berwarna light pink setelah itu dia mengambil ribbon lace berwarna white pearl dan melilit di sekeliling ribbon sateen itu. Hand bouquet yang di sediakan cukup cantik. Adam benar-benar impress dengan hasil kerja tangan wanita itu. Ini baru dinamakan bridesmaid hand bouquet. Kerana pilihan jenis bunga dan kombinasi warna pastel dari bunga yang dipilih nampak begitu cantik dan sesuai.
 

Orkid menyerahkan hand bouquet yang telah siap digubah kepada lelaki itu.
 

“Thank you so much, what would I do without your help,” jawab Adam jujur. Dia menyeluk saku baju melayunya lalu mengeluarkan kad kredit dan menyerahkan kepada wanita itu untuk bayaran hand bouquet. Adam tidak bertanya berapa harga gubahan bunga tersebut kerana dia akan membayar berapa sahaja harganya kerana gubahan bunga itu di hasilkan begitu cantik.
 

“Pleasure is all mine,” jawab Orkid lalu tersenyum. Sudah menjadi pekerjaannya untuk menghasilkan gubahan bunga yang cantik. Orkid merasa senang hati bila pelanggannya berpuas hati dan gembira dengan gubahan yang dihasilkan.
 

Sebaik sahaja menyerahkan resit kepada lelaki itu. Orkid menoleh kearah luar. Hujan masih kelihatan lebat. Bagaimana lelaki itu hendak membawa bouquet tanpa merosakkan bunga-bunga tersebut. Dia tidak membawa payung ketika masuk ke kedainya tadi.
 

“Oh dear!,” ujar Adam bila menyedari dia tidak mempunyai payung.
 

Orkid mencapai payung tongkat yang tersimpan di bawah kaunter lalu mendekati lelaki itu yang tercegat di muka pintu mungkin memikirkan bagaimana hendak keluar dalam keadaan hujan yang lebat begini.
 

“Kereta Encik di mana? Mari saya hantarkan Encik ke kereta,” ujar Orkid lalu menoleh kearah lelaki itu.
 

Adam menoleh kearah wanita itu lalu tersenyum. Wanita itu seakan dapat membaca apa yang tersirat di hatinya.
 

“Terima kasih sekali lagi cik-,”
 

“Orkid,” jawab Orkid lalu tersenyum.
 

“Orkid…?? As in the flower Orchid..I’m sorry I don’t mean to offence you..you have a very nice unique name,” puji Adam seperti tidak percaya apa yang dia dengar.
 

“You are not the first people you have said that,” jawab Orkid membalas senyuman lelaki itu.
 

“Ok..I think you should carry this hand bouquet, I will hold the umbrella,” ujar Adam kepada Orkid.
 

Orkid menganggukkan kepalanya tanda setuju kerana lelaki itu tinggi dan susah untuknya memegang payung untuknya.
 

Adam menolak pintu transparent lalu membuka payung. Wanita cantik yang bernama Orkid itu berdiri di sebelahnya. Untuk mengelakkan dari diri wanita itu juga basah terkena hujan. Adam menarik bahu wanita itu rapat kepadanya spontan. Adam membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam. Orkid menyerahkan hand bouquet kepada lelaki itu. Hand bouquet itu terselamat dari terkena air hujan dan basah.
 

“Thanks again Orkid,” ujar Adam lalu membuahkan senyuman kepada pemilik kedai bunga yang cantik itu sebelum meluncur laju menuju kearah jalan raya.

 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment