Oh
Mama saya mahu kawin..kawin dgn siapa..dgn siapa saja..
Irama lagu nostalgia dari corong
radio dendangan siapa aku sendiri tidak pasti, yang aku tahu lagu itu cukup
membuatkan aku tersenyum. Manakan tidak seperti menyindir aku yang masih single
and solo. Aku sendiri tidak tahu siapa pulak yang gatal tangan sudah mengubah
gelombang radio kegemaran aku kepada gelombang Warna. Hissh buat sakit telinga
aje. Aku menuju ke arah radio lalu menekan suiz. Radio tiba-tiba
senyap..Ha..baru amanlah sedikit.
“Kenapa
di tutup radio tu, kan
ke mak nak dengar,” jerit mak dari arah biliknya.
“Radio
rosaklah mak, tak tahu pulak kenapa, tetiba-tiba senyap,”jawabku memberi
alasan. Kalau aku cakap aku tidak mahu mendengar lagu nostalgia tu pasti mak akan
kenakan aku secukup-cukupnya. Mak memang tengah menunggu masa sahaja hendak
mengenakan aku.
“Mana
ada rosaknya, mak nak dengar syarahan yang engkau pergi tutup radio tu
kenapa,”bebel mak.
Aku
bangun dari sofa tempat aku baring tadi lalu menuju ke arah bilik mak. Apa yang
mak buat di dalam bilik. Hmm mesti mak tengah membuat gubahan untuk majlis
pertunangan Alia. Mak memang kreatif. Mak selalu juga mengambil tempahan
sekiranya orang berhajat. Tapi Mak buat ini semua hanya suka-suka untuk mengisi
masanya yang terluang. Aku pulak..heee jangan lah suruh aku buat, idea
memanglah banyak nak membuatnya tu agak payah aku tak sekreatif mak nanti lain
pulak yang jadi.
“Cantik
gubahan tempat letak bunga rampai mak buatkan untuk Alia,”ujarku lalu duduk
bersila mengadap mak. Aku mencapai satu bakul kecil yang telah siap lalu
membelek-belek perlahan.
Emak
tidak menjawab dia masih tekun melekatkan reben berwarna hijau di sekeliling
bakul kecil itu. Setelah reben hijau dilekatkan mak mencapai gunting lalu memotong
reben berwarna coklat keemasan untuk dijadikan tangkai bakul bunga rampai. Sesudah
itu emak menampal bunyi kecil di kiri dan kanan bakul tersebut agar ia
kelihatan lebih menarik.
“Hmm Alia dah pun nak bertunang kau tu bila lagi,”
Hah
dah mula lah tu, aku pun satu yang aku gatal bertanya mak tentang gubahan
kenapa? Saja hendak cari penyakit. Sebelum ceramah mak berpanjangan lebih baik
aku larikan diri. Aku meletak kembali bakul kecil itu di dalam kotak dan bangun
perlahan lalu menuju kea rah pintu.
“Hah
nak kemana tu,”
“Nak
pergi ambil wudhu dah masuk waktu,”ujarku pantas seraya berlalu ke dapur.
Hehehe
selamat aku tak kena lecture..kalau tidak berbulu telinga aku mendengar khutbah
mak mengenai diriku. Mak risau kerana aku masih solo dan masih lagi belum
menunjukan minat hendak berumahtangga.
Siapa
cakap aku tidak berminat, hanya aku belum bertemu dengan calon yang sesuai sahaja.
Semua yang aku kenali tidak menepati criteria yang sesuai untuk aku jadikan
suami. Kecewa didalam bercinta jangan cakaplah tidak boleh dihitung lagi. Kali
ini aku nak rileks, cool tidak mahu terburu-buru mencari jodoh.
“Apa
berkhayal lagi kata nak solat,”sergah mak bila dilihatnya aku masih berdiri
tercegat di depan pintu bilik air.
“Opps
sori,” aku bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhu.
To be continue...
No comments:
Post a Comment