Anisha
berjalan perlahan menuju kea rah tasik tempat dia dan abg long kunjungi selalu
sebelum dia pulih penglihatan. Abg long sukakan tasik itu katanya
permadangannya indah dan mendamaikan. Walaupun ketika itu Anisha tidak dapat
melihat dia mengaku akan kebenaran kata-kata abg long mengenai taman reakreasi
itu. Dia dapat merasakannya. Jadi bila dia sudah dapat melihat. Anisha kembali
ke tasik itu cuba
mengembalikan kenangan indahnya bersama abg long. Dia tetap menjadi pengunjung setia
ditaman rekreasi itu walaupun tanpa orang yang disayanginya. Anisha sedar ramai
pengunjung yang datang ke tasik itu untuk beriadah, berjogging dan ada juga ke sana untuk berpicnic
bersama keluarga. Ramai kesana punya tujuan. Tujuan untuk beriadah dan tujuan
untuk meluangkan masa bersama keluarga. Dan dia ke tasik hanya untuk menikmati
keindahannya sahaja. Hampir setiap hari dia kesana. Dia akan duduk di bangku
yang sama dan menghabiskan masa selama satu jam duduk di sana tanpa di temani
sesiapa. Dan sekiranya bangku itu di duduki seseorang Anisha hanya berdiri
selama mana yang dia bertahan sebelum jalan pulang ke rumah. Begitulah
rutinnya.
“Assamualaikum,
tak sangka saya dapat bertemu dengan cik Anisha di sini,”tegur seseorang
sekaligus mematikan lamunan Anisha.
Anisha
menoleh kearah suara yang menegurnya. Amirul tersenyum. Anisha tidak membalas.
Tiada senyuman. Atau lebih tepat lagi tiada reaksi. Dia menoleh kearah Amirul sekilas
lalu memandang ke arah tasik semula. Dia tidak mahu diganggu. Amirul mengeluh
kecil. Susah benar hendak mengembalikan senyuman di bibir Anisha seolah-olah
dia sudah lupa untuk tersenyum lagi. Tapi kenapa? Apa yang menyebabkannya
begitu? Amirul benar-benar ingin tahu.
“Ada apa saudara cari
saya,” ujar Anisha tanpa menoleh kearah Amirul yang masih lagi berdiri tercegat
di sebelahnya.
“Ssaya
hendak melukis wajah wanita melayu yang cantik seperti cik Anisha,” jawab
Amirul. Gembira kerana Anisha sudi berbual dengannya walaupun nada suaranya
tidak begitu mesra.
Anisha
menoleh kearah Aina yang turut berada tidak jauh dari Amirul. Dia tahu Amirul
di temani Aina.
“Aina
juga gadis melayu yang cantik, kenapa tidak sahaja saudara melukis wajahnya,”
ujar Anisha lagi. Aina disebelah hanya mendiamkan diri. Dia dapat merasakan
Anisha tidak suka di ganggu dan tidak akan melayani mereka.
“Ssaya-,”
“Sudahlah
janganlah saudara membuang masa, saya tahu akan tujuan saudara kemari, bukan
kerana hendak melukis, saya tahu saudara kemari kerana hendak bertemu dengan
saya, pembantu saya ada memberitahu saya bahawa saudara mengikuti perkembangan
diri saya,” jawab Anisha tanpa menoleh kea rah Amirul.
Amirul
terperanjat mendengar keterangan Anisha. Dari penampilan dan wajahnya yang
cantik tidak mungkin tuturnya sekasar sebegini. Dia percaya Anisha seorang yang
lemah lembut yang sepadan dengan orangnya.
“Saya
mahu melihat cik Anisha gembira, saya yakin cik Anisha tidak begini sebelum
ini,” jawab Amirul. Dia tidak mahu lagi berbohong kepada Anisha kerana di mahu
mengembalikan keceriaan pada wanita itu. Kenapa wanita itu terlalu keras hati
dan apa yang menyebabkan Anisha jadi begini. Dia yakin Anisha seorang wanita
yang ceria suatu ketika dahulu.
Gembira.
Perkataan gembira itu tidak lagi wujud di dalam kamus hidup Anisha. Tiada lagi
ruang di hatinya untuk kembali gembira. Duka, itulah hukumannya kerana
membenarkan abg long pergi ke Venice .
Itulah hukumannya hingga menyebabkan Affendy pergi meninggalkannya untuk
selama-lamanya. Airmata Anisha merembis keluar bila setiap kali dia mengingati
abg long. Kenapa mesti Amirul membuka lukanya kembali. Kenapa mesti Amirul
menyeksanya lagi. Tidak cukupkah penderitaan yang ditanggungnya selama ini,
tanpa orang yang memberinya harapan, tanpa orang yang dicintai.
“Awak
tiada hak untuk mencampuri urusan peribadi saya, tolong jangan ganggu saya
lagi,” jawab Anisha marah seraya menoleh kearah Amirul. Airmatanya mengalir
laju. Sekali lagi hati Amirul tersentuh bila melihat Anisha menangis lagi. Dia
tidak tahu niatnya yang baik itu benar-benar membuatkan Anisha semakin terluka
hati.
“Saya
tidak berniat hendak menyakitkan hati Cik Anisha, saya hanya ingin membantu,”
terang Amirul serba salah bila wanita cantik itu menangis. Dia merasa kesal
akan perbuatannya itu sehingga membuat Anisha bersedih lagi.
“Please
I beg you, leave me alone,” ujar Anisha seraya meninggalkan Amirul.
To be continue...
No comments:
Post a Comment