Affendy duduk menghirup teh tarik di
warung tepi jalan di kaki bukit. Entah kenapa dia tergerak hati hendak berhenti
sekejap dia pun tak tahu. Selama dia lalui jalan ini untuk menuju ke rumahnya belum
pernah dia menyinggah ke warung berkenaan. Lagipun perjalanannya tidak berapa
jauh sangat. Affendy memerhatikan sekeliling. Ramai juga yang singgah hanya
untuk menghilangkan dahaga. Affendy mengalihkan pandangan ke arah jalan
seberang dimana matanya terpaku tatkala terpandang seorang wanita cantik
berbaju kurung sedang berjalan sendirian. Affendy memandang gadis tersebut
dengan penuh minat.
“Kemana
agaknya dia nak pergi senja-senja begini,” bisik Affendy. Matanya melirik ke
arah jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan kurang sepuluh minit
pukul 7.00 malam.
Anisha
tahu dia sudah terlewat, mungkin sekarang sudah hendak masuk senja. Anisha
menyesal sendiri kerana tidak segera pulang seperti waktu selalu. Pasti Puan
Adila risau kerana dia masih belum pulang. Langkah kakinya di percepatkan.
“Heh,
awak tak nampak ke ada lubang besar depan awak, nasib baik saya cepat kalau
tidak tentu awak dah terjatuh tadi,”ujar Affendy kasar lalu menarik lengan
Anisha.
Anisha
tersentak bila disergah, mengigil tubuhnya bila mendapat tahu dia hampir
terjatuh dia dalam lubang seperti yang dimaksudkan oleh jejaka yang membantunya
tadi.
“Maafkan
saya, saya tak nampak,” ujar Anisha tersekat-sekat, air matanya mengalir tanpa
disedari.
“Awak
tak nampak,” soal Affendy. Dia berdiri betul-betul di hadapan gadis cantik itu.
Gadis
itu tidak memandang tepat ke arahnya sebaliknya dia memandang ke hadapan
seolah-olah tiada sesiapa berdiri di hadapannya. Affendy dapat melihat air
matanya mengalir perlahan. Affendy beristifar bila menyedari silapnya dia
merasa kasihan dengan gadis itu. Memang benar gadis di hadapannya itu tidak
dapat melihat. Tetapi mengapa dia berjalan sendirian di waktu begini tanpa
bantuan dari sesiapa.
“Maafkan
saya, kenapa saudari jalan seorang diri, kalau terjadi apa-apa pada saudari
nanti siapa yang susah, tentu keluarga saudari risau kerana saudari masih belum
pulang lagi,” ujar Affendy lembut tidak seperti mula-mula tadi.
Anisha
tidak menjawab dia masih lagi dalam keadaan terkejut.
“Tak
ada macam ni, saudari beritahu saya dimana saudari tinggal saya hantarkan
saudari pulang,” ujar Affendy bila Anisha hanya mendiamkan diri.
“Sssaya
tinggal tak jauh atas bukit ni sahaja, rumah Kebajikan Darul Ehsan,” ujar
Anisha perlahan. Dia tahu pemuda yang membantunya adalah seorang yang jujur.
Walaupun Anisha tidak dapat melihat dia dapat menilai keikhlasan seseorang itu
melalui suaranya.
Affendy
mengalihkan pandangan kea rah anak bukit cuba
mencari papan tanda rumah kebajikan yang di maksudkan oleh Anisha. Benarlah
seperti apa yang di katakan gadis itu rumah kebajikan tersebut diletak di atas
bukit.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,
Nisha pergi mana puas saya suruh budak-budak cari tadi,” ujar Adila lalu
mendakap tubuh Anisha. Risau hatinya bila bayang Anisha tidak kelihatan bila
masuk senja. Selalunya 6.30 dia sudah membersihkan diri dan bersiap-siap untuk
solat mahgrib di surau.
“Maafkan
saya kak Ila, saya janji tak akan keluar dari sini lagi,”
“Terima
kasih kerana menghantar Anisha balik, kalau tak kerana saudara pasti Anisha
sesat entah kemana,”
“Kembali,
itupun kebetulan saya perasan Nisha, lain kali jangan bersiar-siar seorang diri
lagi,”pesan Affendy.
Anisha
hanya mengangguk perlahan.
“Saya
minta diri dulu,”ujar Affendy meminta diri. Dia menuju ke arah surau berdekatan
untuk menunaikan solat mahgrib sebelum menyambung perjalanannya.
To be continue..,.
No comments:
Post a Comment