Adam menekan butang loceng bertalu-talu.
Dia berdiri mengadap pintu, tangan kanannya memegang birai pintu berwarna
putih. Hari ini dia sudah berjanji akan membawa Era pergi ke clubbing,
saranan Era juga. Dia tidak membantah kerana dia memang suka pergi berhibur. Malam
ini dia hanya mengenakan casual shirt lengan panjang berwarna dark maroon dari
Hugo Boss dipadankan dengan jeans dari Armani Exchange. Adam bijak memilih pakaian
yang sesuai dengan keadaan. Apa sahaja yang dia pakai memang tampak menarik
kerana dia memiliki rupa paras yang kacak dan memiliki tubuh badan yang sasa
dan menarik bagi seorang lelaki.
“Oh hi handsome,”
tegur Nadia di muka pintu bila terpandang akan wajah kacak milik Adam Matin
Salvatore.
Adam mengerutkan
dahinya terperanjat bila Nadia yang menyambutnya di muka pintu dan bukannya
Era.
“You tinggal
sini,” soalnya seraya tersenyum dan tanpa di pelawa masuk terlebih dahulu dia
terus meloloskan dirinya ke dalam rumah dan duduk di atas sofa chesterfield
berwarna putih yang tersedia di ruang tamu. Nadia tidak menegah kerana rumah ini
milik Adam.
“Era suruh I
temankan dia sepanjang dia tinggal sini, dia tidak biasa tinggal seorang,
kenapa you tak benarkan ke,” jawab Nadia seraya menuju kearah dapur. Dia
membuka peti ais lalu mengeluarkan jug berisi lemonade dan mencapai 2 gelas
dari rak-rak lalu menuju ke arah ruang tamu di mana Adam sedang duduk menunggu.
“Not at all, jadi Era tidaklah boring
tinggal seorang diri di sini, lagipun these few days I’m quite busy with work,
I will try to make myself available next week to spend time with her,” ujarnya
lalu tersenyum. Dia sepatutnya sudah berjaya menawan
hati Era dalam masa 3 hari. Itu mengikut kiraan hari biasa di mana dia
beria-beria mahu memikat wanita itu. Tapi memandangkan dia punya banyak masa
untuk buatkan Era jatuh cinta dengannya jadi dia tidak mahu terburu-buru.
“Hmm baguslah,
jadi boleh you ajak kita pergi holiday kan,” ujar Nadia cuba melihat reaksi
Adam. Terperanjatkah dia bila dia dikehendaki membiayai percutian Era.
“Actually not a
bad idea, I dah lama tak pergi holiday, so Era hendak pergi mana,” soalnya
dengan wajah selamba lalu meneguk jus lemonade yang disediakan Nadia.
Nadia mengeluh
kecil bila Adam bersetuju. Sebenarnya dia berbuat demikian agar Adam melanggar
janji dan terpaksa membayar Era RM30,000 ringgit. Tapi jejaka itu tidak pernah
memprotes. Segala permintaan Era di kotakannya. Apa motif Adam sebenarnya. Dia
sanggup melayan dan menghabiskan wangnya untuk Era. Tidak mungkin Adam sebaik
itu. Nadia yakin Adam ada motif yang tersendiri.
“Kelilingi Europe,
dia tidak pernah pergi, jadi dia ingin ke sana,” jawab Nadia seraya tersenyum
sinis. Mana mungkin Adam sanggup membawa kami ke Europe dan meninggalkan
kerjanya selama 3 minggu.
“Europe, hmm ok,
I’ll get back to you one of these day, need to check my schedule, lagipun kita
ada lebih kurang 2 setengah bulan untuk di habiskan masa bersama,” jawabnya
tersenyum lalu meneguk sisa lemonade sehingga habis. Dia memandang kearah Nadia
yang sedang duduk dihadapannya. Nadia mengenakan tank top baldu berwarna hitam.
Dia kelihatan cantik dan seksi malam itu. Kalau tidak mengenangkan dia terikat
dalam kontrak, hendak saja dia memikat wanita itu. Bukan untuk di jadikan
kekasih tapi untuk di jadikan teman clubbing. Setakat ini dia belum pernah
serius dengan mana-mana wanita kerana Adam tidak mahu merasa terikat. Dia bebas
untuk keluar dengan mana-mana wanita. Perkataan cinta tidak pernah wujud di
dalam kamus hidupnya. Kenapa mesti setia pada yang satu jika dia boleh memiliki
ramai wanita. Itu pegangan hidup Adam sekarang. Enjoy while it last. Jadi
wanita yang di dampingnya hanya teman sementara, waimah secantik mana pun dia
tidak akan jatuh cinta pada mereka walaupun dia tahu ramai wanita yang pernah
dikenali menagih cinta darinya.
“Care to be my partner tonight,” soal
Adam seraya tersenyum mengoda.
“Hmm tempting but I don’t want you to
break my heart,” jawab Nadia membalas senyumannya. Bukan dia tak tahu Adam
playboy teragung. Dia belum bersedia untuk merana untuk lelaki macam Adam. Dia
lebih rela berkasih dengan Hasrul rakan sekerjanya yang tidak kurang tampan,
workaholic, dan juga seorang peguam, walaupun Hasrul itu tidak lah sehebat
kasanova di hadapannya. Hasrul harmless manakala Adam “Vampire” entah berapa
ramailah wanita yang merana kerananya.
“Sorry to keep both of you waiting,”
ujarku sebaik sahaja keluar dari master bedroom. Berjam aku di dalam bilik
untuk bersiap-siap, gara-gara hendak keluar pergi clubbing. Excited. Beberapa
helai baju yang aku cuba
yang ku rasakan sesuai untuk dipakai ke pusat hiburan. Akhirnya aku memilih
baju off white boat neck ala Cleopatra dari Stella McCartney yang bertali
pinggang emas. Hehe. Sesekali hendak seksi apa salahnya. Aku padankan dengan
legging dari Valentino berwarna hitam bersama knee boots suede dari Prada (ini
Adam beli pasal kasut tak boleh sewa). Kalau sesiapa hendak berkelakuan sumbang
dengan aku senang aje aku tendang dengan boots Prada aku. Mahu demam orang yang kena tendang itu di buatnya nanti.
Hah terpegun
jantan playboy tu sekejap bila tengok aku melawa sakan malam ni. Apa
dia ingat aku ni obit ke? See the leg lah dulu. Hehe rasa macam supermodel lah
pulak kan .
Yelah belum pernah umur aku memakai baju cantik dan mahal semacam ini. Setakat
tengok kat majalah adalah. Sebab itu aku ambil kesempatan memakai baju yang
dibeli Adam. Ke semua baju yang di beli Adam aku pakai dengan cermat kerana aku
tahu harganya baju-baju itu bukannya murah. Lagipun aku ingin cadangkan Adam
dari dia memberi kesemua baju itu kepada setiausahanya. Ada
lebih baik sekiranya dia menjual baju itu dan duit dari hasil baju tersebut di
sedekah kepada anak Yatim. Tak tahulah samada saranan aku itu akan di terima
Adam, tapi tidak salah kalau aku mencuba kan .
Aku berdiri di hadapan cermin di hall bagi memastikan make-up aku tidak comot
dan rambutku didandan rapi. Vain juga aku ni yek, belek punya belek hingga tidak
sedar bahawa si kasanova teragung itu berdiri di sebelahku. Aku cuma perasan
bila terhidu cologne after shave kegemarannya dan juga menjadi kegemaran aku. Masih
belum ada kesempatan untuk bertanya brand cologne yang dipakai. Sedap sungguh
baunya.
“You look lovely tonight,” ujarnya
perlahan seraya menyandarkan badannya di dinding lalu memandang wajahku. Cantik juga Era bila sudah berdandan. Pandai juga dia
bergaya.
“Thanks,” jawabku ringkas menjeling ke
arahnya sekilas. Alah pujian dari kasanova bukan boleh
di percaya. Aku tidak akan makan dengan pujian dari orang yang bernama Adam.
Adalah sebabnya mengapa dia memuji itu. Aku tidak
merasa janggal bila Adam terus menerus memandang wajahku. Pandanglah seberapa
lama dia hendak. Dia berhak memandang tapi tidak berhak menyentuh. See no
touch.
“You sorang aje, boleh ke handle 2
wanita jelita macam kami,” ujarku seraya tersenyum sinis.
“You kanan, Nadia kiri,” jawabnya
ringkas seraya tersenyum gatal.
“Dasar lelaki tak pernah puas dengan
satu,” cemuhku sambil membetulkan anak rambutku. Aku tidak pernah beralas bila
bercakap dengan Adam sekarang. Lantaklah kalau dia hendak kata apa.
“Tahu tak apa,” jawabnya tersenyum lagi
sengaja hendak menyakitkan hati Era. Dia tahu Era suka melawan dengannya. Belum
pernah wanita yang pernah didampinginya berani melawan cakapnya. Mereka akur
dan tidak berani melawan kerana takut Adam akan tinggalkan mereka. Tapi dengan Era tidak. Dia merasakan kelakian tercabar
bila bersama Era. Era tidak seperti wanita yang selalu di dampinginya Era keras
kepala, kalau dia tidak suka dia akan cakap terus terang.
“I’m serius ok,” jawabku malas
hendak melayan lorat Adam. Dia ingat aku boleh termakan dengan ushanya.
“I’m with Harris,” jawab Adam mengalah.
Tiada gunanya dia bertekak dengan Era kerana Era tidak pernah mengalah bila
setiap kali mereka tidak sefahaman.
“Siapa Harris,” soalku ringkas seraya
menoleh kearahnya.
“My body guard cum personal driver,”
jawabnya tersenyum lagi.
“Handsome tak?,” soalku sengaja hendak
menyakitkan hatinya. Lagipun aku tidak mahu menjadi partner Adam malam ini.
Cukuplah bersama dengannya selama 2 minggu. Boleh kena darah tinggi. Ego
semacam. Kalau boleh sekel kepala dia dah ku sekel. Pak kal aje dia ni orang
kaya. Aku bukan apa takut nanti di saman pulak aku nanti bila aku sekel kepala
dia. Maklumlah orang kaya. Semua boleh di beli.
Adam menjeling bila aku bertanya soalan
demikian.
“Tak sehebat I,” jawabnya dengan wajah
selamba seraya menuju kea rah Nadia yang sedang menanti mereka di muka pintu.
Adam menghulur lengannya kepada Nadia. Nadia menoleh ke arahku bila Adam
berbuat demikian. Hairan kerana Adam tidak mengajak Era malah mengajak dirinya
menjadi temannya. Aku hanya menganggukkan kepala perlahan menyuruh Nadia
menjadi pasangan Adam malam ini. Hendak tak hendak terpaksa juga Nadia melayan
karenah Adam kerana aku tidak mahu menjadi pasangannya malam ini. Aku hendak
jadi single lady malam ni macam lagu Beyonce. Hehe.
To be continue..
No comments:
Post a Comment