Setibanya kami di lobby Condo, seorang
jejaka yang tidak persis Fahrin Ahmad datang menghampiri kami. Adam
memperkenalkan kami kepada Harris bodyguard cum personal drivernya. Aku
mengulum senyum bila mengingati kata-kata Adam tadi bahawa Harris tidak sehebat
dirinya. Kenyataan Adam itu salah kerana Harris seorang lelaki yang aku listkan
sebagai calon suami pilihan. Aku tersenyum sendiri. Harris warm person. Dia
tidak seperti Adam. He’s cold and no soul. Adam tidak prihatin dan tidak peka
akan kehendak wanita. Sungguhpun Harris tidak ku kenali begitu rapat. Aku dapat
menilainya dari cara dia berbual. Jika Adam tidak memberitahu aku akan
pekerjaan sebenar Harris aku tidak percaya bahawa dia bukan temannya Adam. Lagipun
Harris tidak kelihatan typical bodyguard yang senantiasa kelihatan tensed dan
serious sepertimana yang aku lihat di kaca tv bodyguard celebrity terkenal.
Harris kelihatan composed and focus, seperti bodyguard yang menjadi pujaan ku
iaitu Kevin Coastner didalam cerita Bodyguard. Harris mengenakan casual plaid
shirt berwarna biru dengan slack pants berwarna hitam. Aku merasa selesa
bersama dengannya. Harris memandu kereta hitam berjenama BMW 1 Series Urban
Line yang serupa MPV. Aku dan Nadia menjeling sesama sendiri. Wow cool. Harris
membuka pintu untuk kami. Nadia memasuki perut kereta di ikuti aku dan akhir
sekali Adam. Kerusi di dalam MPV tersebut di ubah
kepada posisi mengadap. Ini bermakna aku harus mengadap Adam sepanjang perjalan
ke Zouk. Ikutkan hati hendak sahaja aku duduk di hadapan bersama dengan Harris
dapat juga aku berkenalan dan berbual-bual dengannya. Namun ku batalkan niat
kerana tidak mahu begitu ketara di hadapan Adam. Nanti apa pula fikirnya nanti.
Lagipun aku boleh berbuat begitu bila berada di dalam Zouk nanti. Si vampire
itu sibuk dengan blackberrynya tidak pernah berengang dengannya walau seminit.
Aku tidak tahu samada ianya bersangkut paut dengan kerja ataupun tidak? Sesekali
dia menjawab telefon yang aku rasakan ada bersangkutan dengan kerja dari suara
authoritynya, memberi arahan atau memberi komen serta pandangan mengenai
sesuatu. Adam kelihatan focus dalam kerjanya. Pernah suatu ketika aku keluar
makan malam bersamanya namun aku tidak dilayannya sama sekali kerana Adam sibuk
membalas email dari client dan membaca proposal merger syarikatnya yang akan di
bentangkan semasa mesyuarat nanti. Bila Adam bekerja aku tidak langsung
menganggunya. Adam boleh dikatakan workaholic. Ada ketika itu jika aku tidak
keluar makan bersama Adam atau kemana-mana dengannya aku akan pergi ke pusat-pusat
kebajikan dan anak Yatim untuk menjadi sukarelawan. Dan hari ini aku dapat
merasakan Adam sedikit rileks kerana walaupun dia selalu memeriksa email di
blackberrynya dia tidak sesibuk seperti selalu ku lihat. Mungkin
hari ini Adam mengambil time off untuk merehatkan mindanya.
Setibanya di Zouk. Harris
memberhentikan kami di hadapan Zouk sementara dia pergi memakirkan kereta. Aku
dan Nadia mengekori Adam. Kami berhenti di suatu sudut mungkin menanti Harris.
Adam mengeluarkan sebatang rokok lalu di kepitkan ke bibirnya. Dia menyeluk
saku seluarnya mencari sesuatu. Datang seorang wanita seksi menghampirinya lalu
menghidupkan lighter untuk menyalakan api rokoknya. Adam tersenyum. Adam
memegang rokok yang sudah di nyalakan. Dia merapati wanita seksi itu lalu
mencium pipinya. Wanita itu membalas dengan pelukan. Nadia melirik ke arahku
bila Adam berbuat demikian. Aku mengangkat bahu menandakan tidak hairan bila
dia berbuat demikian. Aku mengalihkan pandangan kearah lain mencari kelibat
Harris. Meluat rasanya aku melihat kelakuan Adam dengan wanita itu. Aku
tersenyum bila Harris berjalan menuju kea rah kami. Di kesempatan ini aku
berbual-bual dengan Harris bertanyakan tentang dirinya. Harris mudah mesra dan
lucu orangnya. Aku dan Nadia tidak henti-henti ketawa bila Harris mula
berjenaka tak sangka Harris lelaki yang pandai melawak ada sahaja idea untuk di
jadikan bahan lawaknya. Aku perasan ada mata yang memerhatikan kami dari jauh.
Aku mengalihkan pandangan kearah Adam, Adam sedang memerhatikan kami bertiga dari
jauh. Dia kelihatan tidak begitu menyenangi
bila aku agak rapat dengan Harris. Dia cemburu? Nah apa yang dia hendak
cemburukan aku bukan mata air betul dia. Lagipun wanita seperti aku mudah sahaja
Adam perolehi..sekali petik 10 yang datang. Apa yang hendak dihairankan.
Mungkin kerana Harris pekerjanya. Barangkali polisi Adam, majikan tidak boleh
terlalu mesra atau rapat dengan pekerjanya. Lantaklah, suka hati aku lah nak
rapat dengan sesiapa pun. Lagipun aku bukannya majikan Harris. Yang sebenarnya aku
cuba
untuk rilekskan diri agak tidak begitu gementar kerana aku belum pernah
menjejakkan kaki ke mana-mana pusat hiburan malam selain karaoke. Itupun
karaoke bersama teman sekerja. Bila madam mengadakan karaoke nite untuk staff,
dimana aku dikehendaki book sebuah bilik untuk memuatkan 10 orang pekerja di
syarikat kami. More tu Family Karaoke Night. Aku tidak pernah pergi clubbing
walaupun sebelum ini Nadia pernah mengajakku. Aku menolak kerana aku tidak
mengenali rakan-rakan clubbing Nadia dan aku ni di kategori orang yang pendiam
dan pemalu susah nak bland dengan orang yang sophisticated macam Nadia. Aku
lebih suka menghabiskan dengan menonton wayang atau ke bowling alley. Itu sahaja.
Jadinya bila Adam setuju membawa aku pergi clubbing ke tempat selalu dia kunjungi.
Aku menjadi excited bercampur gerun mengalahkan orang nak pergi perang pulak kan . Jadi
salah satu cara untuk aku cool down dengan tidak memikirkannya sangat. Harris
sedikit sebanyak membantu menghilangkan tekanan ku dengan lawak jenakanya. Harris
pula seakan tahu aku merasa gementar. Dia juga berpesan kepadaku agar sentiasa
berada disisinya semasa berada di dalam Zouk. Aku mengangguk kan
kepala perlahan dan secara spontan sahaja aku memeluk tangannya kejap semasa
kami berempat menuju ke pintu gerbang Zouk. Dadaku berdegup kencang bila
melihat ratusan orang beratur untuk masuk ke kelab tersebut. Pelbagai gaya
dan ragam orang yang dapat ku lihat malam ni. Aku memeluk lengan Harris seerat-eratnya
takut terlepas nanti. Yelah di luar sahaja keadaannya sudah sesak apatah lagi
di dalam. Silap haribulan aku boleh terpisah jauh dari Harris nanti. Bukankah Harris
bodyguard aku. Adam tak perlu kerana dia lelaki. Hehehe.
“Are you ok, sure kau nak pergi tempat
macam ni,” bisik Nadia risau bila di lihatnya wajahku kelihatan sedikit pucat.
Dia tahu aku tidak biasa ke tempat-tempat hiburan sebegini.
“I’m ok, Harris ada,” ujarku meyakinkan
Nadia lalu menepuk lengan muscle Harris yang masih lagi ku peluk kejap. Harris
di sebelahku hanya tersenyum bila aku berkata demikian. Betul apa. He’s my
saviour kalau apa-apa terjadi nanti. Nak juga aku tengok bodyguard in action.
Hehehe.
Adam menghidupkan sebatang lagi rokok,
asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya. Adam memandang ke arahku. Pandangan
yang aku tidak dapat mentafsirkan. Nak kata dia boring dengan aku, tidak. Nak
kata dia tak boring dengan aku, pun tidak. Selamba aje macam tak ada apa-apa.
Ah lantaklah. Kenapa pulak aku nak sibuk jaga hati dia. He’s big boy pandailah
dia hendak hidup. Tadi aku perasan juga selepas dia bersama wanita seksi yang
menghidupkan rokonya tadi dia berpindah ke arah sekumpulan wanita minah saleh
yang tidak jauh di tempat kami berdiri. Siap berpelukan dan belaga pipi dengan
mereka. Syurga lelaki di kelilingi wanita-wanita cantik. Begitulah keadaan Adam
yang senantiasa di kelilingi wanita-wanita cantik dan seksi. Wanita-wanita itu
suka di peluk dan di cium Adam geli aku di buatnya. Adam juga tidak melepaskan peluang
mahu menunjukkan kehebatannya dengan memeluk wanita minah saleh itu di kiri dan
kanan. Biasalah tu budaya barat. Setakat peluk cium itu sudah menjadi perkara
biasa. Aku tidak seharuskan terperanjat melihat kelakuannya itu. Adam seorang
jejaka yang bukan sahaja kacak dia juga punya tarikan yang membuatkan kaum
wanita benar-benar tertarik padanya, sukar untuk aku terangkan, bayangkanlah
sendiri. Tidak ada seorang perempuan yang tidak akan terpikat dengannya. Cara
dia berbual, cara dia melayan wanita, body languagenya. Fuhh silap hari bulan tidak
boleh tidur nyenyak kerana asyik angau dan teringatkan tentang dia. Susuk dari
bomoh mana yang diambil Adam. Power sungguh. Tapi apa yang menghairankan. Aku
tidak pula merasa bahawa dia jejaka hebat sepertimana yang aku perhatikan bila
dia bersama wanita lain. Biasa sahaja, mungkin sebelum aku mengenali Adam ya
aku akui aku tertarik pada ketampanan wajahnya. Tapi bila aku berkesempatan
bersama lelaki itu aku merasakan Adam tiada bezanya dengan lelaki lain, tak
adalah aku sampai hendak ikut dia balik ke rumah. No doubt he’s charming lah.
Mungkin susuk dia tidak menjadi pada diriku agaknya. Kirakan aku lebih power
dari dia, kerana setakat ini Adam belum pernah membuatkan aku mabuk kepayang
dengannya tak lalu makan dan tak lalu tidur. Belum pernah juga aku mengigau
menyebut namanya di dalam tidurku. Hehe..Sorry Adam ilmu kau tidak mengena pada
aku.
No comments:
Post a Comment