Adam mencampak puntung rokoknya lalu dimatikan
apinya. Dia berjalan perlahan menuju kearah kami. Aku berpura-pura tidak
perasankan bahawa dia kini berdiri di sebelahku. Adam tiba-tiba merangkul
pinggangku tidak semena-mena. Terkejut aku bila dia berbuat begitu. Yelah
tengah aku sedap-sedap peluk lengan Harris tetiba aje dia datang lalu merangkul
pinggangku kejap. Harris terpaksa melepaskan tanganku bila Adam berbuat
demikian. Yelah siapa dia hendak melanggar perintah majikannya. Hendak tak
hendak aku terpaksa mengalah dengan Adam. Adam berjalan menuju kearah pintu
masuk Zouk dimana terdapat bouncer besar tinggi itu menjadi penunggu setia di
pintu gerbang. Gerun jugak aku dibuatnya. Yelah macam jin sudahlah besar tinggi
pulak tu. Kalau di sengolnya sikit, boleh melayang aku di buatnya. Dahlah aku
ni kecil molek. Bouncer yang bernama Andy membuka pintu untuk kami sebaik
sahaja terpandang akan wajah Adam. Wah VIP
rupanya. Ni mesti dah biasa ke tempat ni hinggakan bouncer itu boleh cam
wajahnya. Kami berempat melangkah masuk tanpa sebarang masalah. Yang sebetulnya
kami harus beratur untuk masuk ke Zouk, namun kami tidak berbuat demikian
kerana Adam seorang VIP
dan tidak perlu menunggu untuk masuk.
“Stay put dengan Adam ok, jangan
lepaskan tangan dia,” jerit Nadia sebaik sahaja kami berada di dalam Zouk. Bab
ni kalau Nadia terpaksa meninggikan suara aku tidak heran kerana suasana di
dalam zouk hingar binggar. Alunan music yang kuat, putaran lampu dari bola Kristal
dan lampu neon pelbagai warna dengan asap rokok dari pengunjung Zouk cukup
membuatkan aku kecut. Jangan kata lepaskan tangan Adam. Aku peluk pinggang dia
lagi ada. Yelah buatnya terpisah naya aku di buatnya. Kami berjalan
tersesak-sesak menuju kea rah VIP
area. Harris terlebih dahulu berada di VIP
area yang di reservedkan untuk kami. Aku duduk bersebelahan dengan Nadia. Ok
ini rupanya suasana clubbing. Serupa seperti joget lambak. Bezanya joget lambak
selalunya di adakan di majlis orang kahwin dan tempat nya open space. Percuma, tidak
berbayar lagi. Oleh kerana malam ini ladies night entrance fee free cuma Adam
dan Harris sahaja yang perlu membayar entrance free. Aku memerhatikan beberapa
penjungung club yang tengah happening. Ada
yang terlonjak-lonjak, terhenjut-henjut mengikut alunan music dan tak kurang
juga yang sudah mabuk meracau ke sana
kemari. Hehehe..kelakar juga aku tengok telatah mereka. Macam orang tak betul
lebih-lebih lagi yang begitu seronok hingga tidak sedarkan dunia.
“Era, nak pesan air apa,” soal Nadia
kerana dia dan Harris hendak ke bar untuk memesan minuman.
“Hmm bourbon coke,” jawabku dengan
wajah tak bersalah sambil tersenyum. Aku mengalirkan pandangan kearah dance
floor.
Nadia merenung wajahku lama bila
temannya memesan Bourbon Coke.
“You got to be kidding me,” ujar Adam
ketawa tiba-tiba, dia menghidupkan sebatang rokoknya lagi. Asap berkepul-kepul
keluar dari mulutnya. Tidak menyangka wanita kolot seperti Era tahu akan
minuman yang beralkohol. Atau Era sememangnya tidak tahu apa itu Bourbon Coke.
“Era,” ujar Nadia ingin kepastian dari
temannya itu. Dia kelihatan risau. Dia tahu Era budak yang baik, dia tidak
pernah membuat perkara-perkara yang tidak senonoh apatah lagi meminum
benda-benda haram.
“Pepsi twist on the rock with lemon,
aku belum gila lagi hendak merasa benda haram tu,” jawabku selamba seraya
tersenyum sinis memperli orang yang berkenan. Nadia mengeluh lega bila aku
berkata demikian. Adam hanya menjeling tahu aku menyindirnya. Pasal lah kubur
masing-masing jawab sendirilah. Aku tak ambil peduli kalau Adam minum alcohol
atau tak. Orang macam dia susah aku hendak percaya tidak minum. Kalau sudah melayan
perempuan macam layan bini mustahil kalau dia bukan peminum. Begitu
prejudicenya aku terhadap Adam. Sepanjang aku mengenali Adam belum ada satupun
kebaikan yang aku lihat dari lelaki bernama Adam setakat ini.
Harris dan Nadia
menuju ke arah bar. Tinggalah aku bersama dengan si Vampire tu. Kenapa dia
tidak menari lagi? Pelik. Tunggu siapa? Menari ajelah dengan sesiapa yang dia
berkenan. Aku tidak memerlukan babysitter. Pandailah aku hendak menjaga diri. Di
depan tempat kami duduk ada dua orang wanita jelita lagi seksi yang sedang
asyik menari dan memandang kearah kami yang aku tahu mereka memandang kearah
Vampire tu lah tak kan nak tengok aku kan, lainlah diaorang tu Les. Kau orang
faham maksud aku kan. Si Vampire itu jual mahal pulak, setakat duduk sahaja
sambil memandang kea rah aksi menari seksi dari perempuan-perempuan tu.
“Boleh request
lagu,” soalku lalu menoleh ke arahnya. Sengaja aku tidak mahu duduk berdekatan
dengan si Adam.
“Ingat apa school
reunion ke?,” jawabnya sinis seraya menghidupkan sebatang rokok lagi. Boleh tahan kuat merokok juga si Adam ni.
Pelik juga kerana bibirnya tidak birat seperti perokok hardcore. Bibirnya
kissable. Ah sudah yang aku sibuk pasal bibir si Vampire tu kenapa pulak. Baik
aku focus pada benda lain selain Vampire tu.
“Thanks for being
sacarstic,” jawabku geram bila dia balik kepada ass modenya. Eii tak sakitkan
hati aku sehari boleh mati agaknya si Vampire ni.
“My pleasure,” jawab Adam seraya
tersengih. Dia membuahkan senyum kearah wanita berdua itu dan memberi isyarat mereka
siyarat supaya perempuan-perempuan itu ke tempat kami. Perempuan berdua itu
mengorak langkah menuju kea rah kami setelah di pelawa Adam.
“Hi I’m Nelly and my friend Ramona,”
ujar wanita cantik berambut china doll memperkenalkan dirinya dan rakanya tanpa
menghiraukan aku yang duduk berdekatan dengan Adam. Kurang ajar betul. Apa aku ni
invicible ke? Kalau ye pun hendak mengorat si Vampire tu tegur lah aku yang duduk
berdekatan dia. Ini tidak buat dek aje. Panas hati aku sekejap. Bukan kerana
cemburu lantaklah mereka hendak buat apa pun, sekurang-kurangnya respect lah
kat aku sikit ini tidak. Hampeh.
“Matin,” ujar Adam ringkas seraya
menghulur kedua-dua tangannya kepada perempuan-perempuan itu. Nelly duduk di
sebelah Adam manakalan Ramona di sebelah kanan Adam. Tangan kanan Adam
bermain-main dengan rambut panjang milik Ramona manakala tangan kirinya
bermain-main di belakang tengkuk Nelly. Kurang ajak betul si Adam ni. Saja nak
sakitkan hati aku. Nanti kau. Siap. Kau buat aku macam tunggul eh. Kau belum
kenal aku siapa. Cemuh ku dalam hati.
Aku merasa lega bila terpandang akan
wajah Nadia dan Harris membawa minuman yang dipesan. Nadia menjeling ke arahku
bila melihat ada dua tetamu yang tidak diundang berada di tempat kami. Aku
menjungkitkan bahu malas hendak ambil tahu. Sedangkan si Adam semakin
menjadi-jadi loratnya dengan perempuan-perempuan itu. Eii geli aku dibuatnya.
“Come Harris kita menari,” ujarku lalu
menarik tangan Harris menuju kearah dance floor tanpa sempat Harris berbuat
apa-apa. Aku berdiri tidak jauh dari tempat kami, sengaja agar si Vampire tu nampak
aku menari bersama Harris. Kebetulan vj memutarkan lagu “Single lady” dari
Beyonce. Apa lagi ligatlah aku. Apa kau orang ingat kau orang aje
yang ada skill aku pun adalah. Cuma aku practice kat rumah aje. Hehe. Sengaja
aku menari seksi dengan Harris. Harris pun boleh
tahan juga. Pandai juga dia menari. Orang versatile lah katakan. Aku
menari dengan Harris lepas satu lagu ke satu lagu tanpa mempedulikan orang di
sekeliling. Aku tak kisahkan Adam dan perempuan-perempuan yang berada di dalam
dakapannya. Menari bagai nak rak sampai berpinar-pinar pandangan aku di
buatnya. Aku terasa mabuk tiba-tiba. Kepala ku terasa benar-benar pusing. Badan
ku terhuyung hayang dan hampir sahaja tersembam ke lantai bila tiba-tiba aku
terasa badanku di paut seseorang. Ah pasti Harris. Bisikku dalam hati. Bukankah
dia penyelamat ku. Mata pejam rapat.
To be continue..
No comments:
Post a Comment