Suasana
di Café di Hospital kelihatan agak lenggang. Amirul mengambil keputusan untuk
tidak menganggu Anisha buat masa ini. Dia tidak sangup melihat Anisha bersedih
kerana perbuatannya. Itu tidak bermakna Amirul tidak mahu bertemu dengan
Anisha. Dia masih lagi ingin mendekati Anisha dan cuba membantu Anisha. Dia
ingin mengubati hatinya yang luka. Hanya dia tidak tahu apa puncanya Anisha
begitu.
“Maaf
kerana menunggu lama,”tegur Dr Azman sebaik sahaja terpandang anak muda itu
duduk menantinya. Dr Azman agak terperanjat bila menerima panggilan telefon
dari Amirul ingin sekali bertemu dengannya. Dia tahu Amirul pernah berbual
dengan isterinya di telefon dan bertanyakan tentang Anisha dan ingin berkawan
dengan Anisha. Dr Azman tidak kisah kerana Amirul adalah anak kenalan rapat
mereka. Dan manalah tahu jika Amirul berkenal dan berkawan dengan Anisha.
Anisha akan kembali ceria seperti dahulu.
“Saya
yang sepatutnya minta maaf kerana menganggu kerja Dr. Azman,”ujar Amirul seraya
tersenyum dia menyambut huluran tangan Dr Azman.
Dr
Azman memerhatikan anak muda itu dengan penuh minat kerana Amirul ada
menyatakan dia ingin mengetahui mengenai Anisha. Dr Azman dan isterinya sendiri
sudah hilang ikhtiar bagaimana hendak mengembalikan Anisha yang dahulu. Sebab
itu dia tidak berfikir panjang lagi bila Amirul ingin menyatakan hasratnya
ingin bertemu dengannya dan ingni mengetahui sedikit sebanyak mengenai Anisha
darinya.
“Saya
sebenarnya ingin tahu mengenai Anisha, apa yang menyebabkan dia bersikap
demikian,” soal Amirul terus terang tiada selindung lagi. Semalaman dia tidak
dapat melelapkan mata asyik mengenangkan Anisha. Masih jelas terbayang
dimatanya wajah sedih Anisha pada setiap pertemuan mereka, di rumahnya dan di
tasik tempat mereka bertemu. Gadis itu sentiasa kelihatan muram dan bersedih.
Tiada cahaya kegembiraan di matanya. Tiada senyuman yang singgah di bibirnya.
Dr.
Azman mengeluh kecil. Tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.
“Terlebih
dahulu saya ingin tahu kenapa Amirul berminat sangat ingin mengetahui mengenai
Anisha,” soal Dr. Azman pula. Ingin mengetahui akan niat Amirul dan keikhlasan
Amirul untuk berkawan dengan Anisha. Dia ingin tahu sebelum dia menceritakan
akan keadaan Anisha sebelum ini. Dia suami isteri sayangkan Anisha. Anisha anak
yang baik sungguhpun dia tidak ceria seperti dahulu. Isterinya yang dahulu
kesunyian kehadiran Anisha sedikit sebanyak menceriakan kehidupan mereka.
Anisha rajin membantu isterinya di dapur menemani isteri kemana sahaja dia
pergi. Sebab itu dia mahu betul memastikan Ansiha tidak terluka lagi dan tidak
mahu menambah penderitaan Anisha. Kata orang berat mata memandang berat lagi
bahu memikul. Dia sukakan Amirul. Amirul anak muda yang jujur dan suka berterus
terang.
“Saya
suka padanya, cuma saya tidak faham kenapa Anisha terlalu bersedih,” jawab
Amirul jujur. Dia mahu berterus terang pada Dr Azman. Biarlah Dr Azman tahu
tujuannya. Niatnya ikhlas.
“Tak
mungkin, tidak semudah itu Amirul, hati Anisha benar-benar terluka tiada apa
yang boleh mengubati hatinya,” ujar Dr Azman terperanjat dengan pengakuan jujur
Amirul. Bukan dia tidak restu. Tapi bukan mudah hendak mengubati luka di hati
Anisha. Kerana Anisha seperti tidak membenarkan hatinya dimiliki orang lain.
Bukan Amirul sahaja yang berkenankan Anisha sebelum ini, ramai. Tapi Anisha
tidak berminat dan menolak mereka mentah-mentah. Ramai lelaki cuba menarik
minatnya dan cuba mencuri hatinya sehingga kini tidak berhasil kerana Anisha
tidak melayan.
“Tapi
kenapa,” soal Amirul ingin tahu.
“Orang
yang dicintai pergi meninggalkannya,”
“Pergi
tinggalkannya,” ulang Amirul.
“Ya,
pergi meninggalkannya buat selama-lamanya,” terang Dr Azman seraya mengeluh
berat.
Fahamlah
Amirul kenapa Anisha begitu terasa dan terlalu bersedih. Amirul sendiri
merasainya sehingga sekarang. Merasa kehilangan. Apatah lagi, kehilangan orang
yang amat disayangi tidak begitu mudah untuk melupakannya. Mereka melalui
pengalaman yang sama. Patah tumbuh hilang berganti tidakkah Anisha ingin
mencari penganti untuk mengubat hatinya yang luka. Tiada seorangkah yang layak
mengantikan tempat lelaki yang dicintai sebelum ini. Amirul mahu mencuba
nasibnya. Jika lelaki yang mahu mendampingi Anisha dahulu gagal untuk mencuri
hatinya dan mengembalikan Anisha dahulu. Amirul mahu mencuba dan dia tidak akan
mengalah selagi dia tidak berjaya. Sekiranya Anisha tidak mahu menerimanya
sebagai penganti orang yang di cintainya itu setidak-tidaknya dia dapat
mengembalikan Anisha yang dahulu.
“Insyallah,
saya berjanji akan mengembalikan Anisha yang dahulu,” ujar Amirul berjanji pada
dirinya. Dia berjanji akan mengubati luka di hati Anisha dan mengisi kekosongan
hatinya.
No comments:
Post a Comment