Datin Asmah bertekad sudah tiba
masanya dia mencampuri urusan anak tunggalnya Haiqal. Selama ini dia tidak
pernah ambil tahu. Tapi sampai bila dia harus menunggu. Sudah lama dia bersabar dan berharap Haiqal
akan membawa berita gembira namun hampa. Hari ini dia tidak boleh bersabar lagi
dia mesti bertindak sesuatu.
“Karl,
ibu nak tanya sikit bila lagi kau nak berumahtangga,”
“Hari
lain tak boleh ke cakap pasal ni ibu,”jawab Karl ringkas. Fikirannya
tertumpu kepada purchase agreement untuk projek kondominium Four Season. Dia
dikehendaki menyiapkan proposal agreement hari ini.
“Bila
tu, ibu nak kena buat appointment jugak ke untuk berbual dengan anak ibu
sendiri,”sindir Datin Asmah. Dia sudah jemu dengan jawapan yang selalu di
berikan oleh anaknya itu.
Haiqal
tersenyum. Dia tahu ibunya marah padanya. Namun dia tidak berganjak dari terus
menatap screen laptop di depannya.
“Kenapa
ibu ada calon untuk Karl ke,”
Datin
Asmah mendengus kecil. Anaknya tidak serius dengan apa yang dia cuba sampaikan.
“Tak
lah, tapi tak kan
Karl tak ada calon wanita yang Karl berkenan untuk di jadikan isteri,”
Inilah
peluangnya untuk berbual dengan Haiqal. Ini
soal masa depannya juga. Biarlah Haiqal sibuk dengan kerjanya asalkan dia masih
boleh di ajak berbual.
“Tak
ada,”
“Tak
ada,” Datin Asmah terperanjat dengan jawapan yang diberikan. Masakan Haiqal
tidak mempunyai teman wanita. Bukanlah dia hendak memuji tapi Haiqal memang
tampan kerana memiliki raut wajah arwah ayahnya yang berdarah belanda.
Haiqal
tidak terkejut. Malah dia tidak kisah pun. Dia lebih mementingkan kerjayanya
dari perkara yang di anggap remeh temeh. Haiqal tahu akan kekecewaan ibunya.
Tapi Haiqal masih belum bersedia untuk ini semua.
“Karl
seriuslah,” Datin Asmah memujuk. Mungkin anaknya bergurau dengannya.
“Karl
serius bu, terus terang Karl katakan Karl tidak ada teman wanita yang sesuai
untuk dijadikan sebagai calon isteri Karl, kalau sekadar teman biasa tu
adalah,”jawab Karl tanpa menoleh ke arah ibunya.
Datin
Asmah terdiam. Mungkin ada benarnya apa yang di katakan oleh anaknya itu.
Haiqal jarang sekali keluar. Kalau tak ada meeting dia akan pulang ke rumah dan
menyambung kerjanya di rumah. Kalau out-station lepas balik dia selalu tidur di
rumah sebelum keluar ke pejabat. Tak pun hujung minggu dia akan keluar bermain
golf bersama klient. Itulah rutinnya. Jarang sekali
Datin Asmah menerima panggilan telefon dari mana-mana teman wanitanya. Datin
Asmah tahu Karl seorang yang berdedikasi dalam mengendalikan business arwah
ayahnya. Tapi Datin Asmah tidak menyangka sama sekali Karl tidak punya masa
untuk mencari pasangan hidupnya.
“Karl
ibu nak tanya, Karl tak minat dengan perempuan ke,”soal Datin Asmah ragu-ragu.
“Kenapa
pulaknya Karl tak minat dengan perempuan,”jawab Karl lalu tersenyum. Soalan
ibunya cukup mencuit hatinya.
“Tak
adalah ibu khuatir zaman sekarang ramai lelaki dah tak minat dengan perempuan
tapi minat kaum sejenis,”
“Astarfirullah
al azim, sampai ke situ ibu fikirkan tentang Karl,”
“Tapi
kenapa Karl seperti tidak berminat bila ibu bangkitkan soal rumahtangga,”jawab
Datin Asmah dengan nada kecewa.
Haiqal
mengeluh kecil. Dia sedar ibunya kesunyian dan perlukan teman. Dia sendiri
sibuk dengan bermacam-macam projek hingga jarang sekali meluangkan masa bersama
ibunya. Kalau masa arwah ayahnya masih hidup selalu juga mereka pergi melancong
bersama atau setidak-tidak keluar makan bersama. Haiqal pula tidak suka kalau
orang lain kendalikan syarikat arwah ayahnya. Sudahnya dia sendiri yang uruskan
semuanya.
“Jadi
apa cadangan ibu,”
“Kalau
ibu carikan untuk Karl, Karl setuju tak,”soal Datin Asmah teragak-agak takut
Karl tak setuju. Sudah tentu anaknya tidak berminat langsung dengan
cadangannya. Maklumlah anak muda sekarang bukan suka kalau orang tuanya mencari
pasangan hidup untuk mereka.
Haiqal
tidak segera menjawab. Dia menanggalkan cermin mata bacaannya lalu memicit
kepalanya perlahan.
Datin
Asmah resah menanti jawapan dari Karl. Dia sudah dapat mengagak jawapan yang
bakal anaknya berikan sudah tentu ‘tidak’.
Karl
memandang wajah ibunya.
“Ikut
suka hati ibu,”jawab Karl bersahaja lalu mengenakan kembali cermin mata
bacaannya. Karl menyambung kembali kerjanya yang terbengkalai.
Datin
Asmah tidak sangka sama sekali Karl setuju dengan cadangannya.
“Betul
Karl setuju dengan cadangan ibu,” ulang Datin Asmah. Dia tidak mahu tersalah
dengar. Wajahnya kembali ceria. Hendak sahaja dia memeluk dan mencium pipi anak
tunggalnya itu.
“Tapi
dengan satu syarat,”ujar Haiqal mendatar.
Datin
Asmah berhenti dari terus tersenyum. Karl meletakkan syarat. Mesti yang sukar
untuk menunaikannya.
“Nak
yang cantk, berpelajaran ye, semua tu ibu boleh uruskan, Karl tak perlu
bimbang,” dia seakan dapat mengagak syarat yang bakal anak tunggalnya katakan
nanti.
Karl
mengeleng kepalanya perlahan.
“Bukan
itu, ibu kena cari wanita yang benar-benar faham akan kerjaya Karl dan boleh
menerima Karl dengan seada-adanya, Karl tak suka wanita yang suka mendesak,
kerana Karl tidak punya masa utnuk melayan wanita yang banyak karenah, yang
lain Karl serahkan pada ibu, baik pada ibu, baik juga bagi Karl,” ujar Karl
tenang.
“Betul
ke Karl, alhamdulilah, insyallah ibu akan usahakan, Karl tak akan menyesal
dengan pilihan ibu,”jamin Datin Asmah. Hatinya berbunga riang. Dia tidak
percaya hanya itu syarat yang Karl mahu. Datin Asmah puji akan sikap anaknya
yang tidak terlalu memilih rupa atau mahukan wanita yang setaraf dengannya.
Yang penting wanita itu seorang yang memahami dirinya.
To be continue...
No comments:
Post a Comment