Hai pening kepala ana. Ana mahu rehat pun tak boleh.
“Hai
sayu aje, kenapa tak cukup cuti ke,”
“Eh
kalau nak bagi cuti lagi kecil tapak tangan satu stadium hamba tadahkan, alah
boringnya aku apasal banyak sangat kerja ni,” kenapalah bagi aku hadiah kerja
banyak-banyak kalau bagi hadiah lain kan bagus.
“Dah
kau cuti seminggu, jadi ni semua kerja seminggu kau ler, apa tak cukup nak lagi
ke,”usik Fiza.
Aku
menunjukkan buku lima
kepada Fiza. Saja cari pasal dengan aku dahlah bingit kerja melambak nak bagi
aku extra kerja lagi.
“Dah
pi jangan nak kusutkan lagi fikiran aku yang sedia kusut,” Aikk mana pergi
minah ni. Tak pasal-pasal aje aku membebel sorang.
Mana
nak mulakan dulu. Aku membelek fail Adoption yang baru. Hah draft ‘Petition’
dululah.
Deringan
telefon sedikit sebanyak menganggu konsentrasi aku bekerja.
“Hello,
Farah speaking,”
“Hah
Farah, bila nak tidur rumah mak ucu,”
“Apalah
mak ucu ni tak bagi salam terus straight to the point, kenapa mak ucu
rindu Farah ke,” usikku sambil tersenyum. Makcikku yang bongsu atau ‘Mak Ucu’
memang rapat denganku. Sejak kematian suaminya 5 tahun lalu aku kerap bermalam
di rumahnya menemani mereka dua beranak. Mak tak kisah asalkan aku tak
melencong tempat lain selain rumah adiknya. Lagipun aku memang suka melayan mak
ucu kerana dia sporting berbanding mak. Semua masalah percintaanku
diceritakan kepada mak ucu dan mak ucu jugalah yang banyak memberi aku nasihat
dan pandangan yang baik kepadaku. Mak ucu memang hebat dalam bab-bab ni.
“Banyaklah
kau punya rindu, itu hari dah janji nak temankan mak ucu, si Farhan ada kem kat
sekolah, abis mak ucu tinggal seorang tak bestlah,”
“Tak
best ke takut, Farah ingatlah hari jumaat ni Farah datang, so jangan lupa masak
best-best sikit,”
“Makan
aje tahu,”
“Hah
tahu tak pe,”
****
“Macamana Kiah, ada tak calon yang sesuai,”soal Datin
Asmah. Rokiah sudah menjadi teman karibnya sejak kini. Secara tak langsung
Rokiah menjadi ejen mencari jodoh untuk anaknya. Sudah empat calon di tolak
Datin Asmah. Keempat-empatnya mempunyai kerjaya yang bagus-bagus tapi semuanya
ditolak oleh Datin Asmah. Bukan kerana mereka tidak berkelayakan, layak malah
memang sesuai di buat calon. Tapi Datin Asmah tidak lupa akan syarat anaknya
itu. Wanita-wanita itu semua wanita moden yang utamakan karier mereka. Ini yang
merungsingkan Datin Asmah.
“Kiah kau carilah yang betul-betul
tak kan
tak ada yang lain,”desak datin Asmah.
Farah menyanyi
kecil sambil mengacau teko berisi milo. Ntah apa
yang riang sangat dia pun tak tahu. Cuma moodnya ok hari ni pasal tak payah
dengar khutbah mak dan tak perlu bergaduh dengan abg Taufiq. Farah tersengih
nakal. Jemput-jemput ikan bilis yang baru digorengnya diletakkan di atas piring.
Dua cawan milo dan sepiring jemput-jemput ditempatkan ke atas dulang. Ditatang
dulang itu ke ruang tamu dimana tetamu Mak ucunya berada. Farah tersenyum
melihat telatah mereka berdua. Gambar anak dara yang ingin dicalonkan tersusun
di atas meja. Macam-maca pose yang ada.
“Jemput minum Datin,”pelawa Farah
sebaik sahaja dia meletakkan dulang berisi milo dan jemput-jemput di meja sisi.
“Terima kasih,”jawab Datin Asmah
sambil menoleh ke arah Farah sekilas.
Farah kembali ke dapur menyambung
kerjanya yang terbengkalai.
“Eh Kiah, sapa
tu,”soal Datin Asmah setelah Farah berada di dapur.
“Anak sedara
aku Farah, hujung minggu selalu juga dia temankan aku,”jawab Mak Ucu acuh tak
acuh.
Tanpa
pengetahuan Rokiah. Datin Asmah lebih menumpukan perhatiannya pada Farah ketika
Farah sedang sibuk di dapur. Farah pantas melakukan kerja-kerja dapur tangannya
ligat mencuci pinggan dan mengelap meja dapur.
“Hah yang ni
macamana,”ujar Kiah yang tak semena-mena cukup membuatkan Datin Asmah
tersentak.
“Emm boleh
tahan, kerja apa,” Datin Asmah membelek-belek gambar gadis manis yang
ditunjukkan oleh Kiah.
“Pensyarah,”
“Kita cuba ,”ujar
Datin Asmah lalu tersenyum.
No comments:
Post a Comment