Anisha duduk merenung
ke arah tasik di hadapannya. Angin petang bertiup lembut menyapu wajahnya.
Petang itu tidak terlalu terik kerana awan kelihatan menyembunyikan mentari.
Setiap petang Anisha tidak akan lupa untuk mengunjungi tasik tersebut. Begitulah
rutin sehariannya. Waktu petang begini dia akan ke tasik untuk mencari
kedamaian. Anisha yang dahulu periang kini berubah menjadi pendiam dan suka
memencilkan diri. Tiada lagi senyuman
manis dibibirnya.
“Faezah,
agaknya apa yang membuatkan abg long tertarik pada kak Nisa,”
“Ketawa
dan senyuman manisnya,” ujar seseorang.
Setiap memorinya bersama Affendy
masih lagi tersemat di hati dan sanubarinya. Kehadiran Affendy memberi seribu
makna buat dirinya. Affendy yang mengajarnya erti kebahagian. Air mata Nisa
mengalir perlahan bila mengingati setiap bibit dan kenangan yang indah setiap
kali mereka bersama.
“Anisha,” ujar Dr Azman kepada Anisha.
Gadis
itu kelihatan ceria dan tidak sabar ingin bertemu dengan orang yang
disayanginya. Anisha memakai kurung biru muda yang dibeli oleh abg long tempoh
hari. Dia sengaja memakainya kerana abg long selalu memujinya kelihatan ayu
bila memakai kurung biru.
“Ya Doktor,”
Dr
Azman mengeluh kecil. Tidak sampai hati rasanya hendak menyampaikan berita
menyedihkan itu kepada Anisha. Namun dia tidak dapat menyembunyikannya dari
pengetahuan Anisha. Dia sendiri merasa kehilangan Affendy. Affendy pemuda yang
baik. Dr Azman dapat melihat keikhlasan pemuda itu sejak pertama kali mereka
bertemu. Affendy terlalu menyayangi gadis itu.
“Kenapa Doktor, ada apa-apa yang berlaku,”
ujar Anisha, jantungnya berdegup kencang tidak semena-semena bila reaksi di
wajah Dr Azman seakan berat hendak menyatakan sesuatu kepadanya.
“Saya harap Anisha dapat bersabar,” ujar
Dr Azman seraya menarik nafas dalam.
“Kenapa Dr, cakaplah,” desak Anisha
tidak sabar ingin tahu. Dia merasa tidak sedap hati. Matanya mula ditakungi
air. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang buruk berlaku.
“Affendy terlibat dalam kemalangan di Venice
dan mayatnya masih belum ditemui,”
“Tak mungkin, Dr salah orang, namanya bukan
Affendy tapi abg long,”ujar Anisha seperti orang terkena hysteria. Air
matanya mengalir tanpa di tahan.
“Abg long masih hidup, dia janji nak jaga
Nisa, abg long tak akan mungkir janji,” ujar Nisa seraya menangis
teresak-esak seperti anak kecil. Anisha hilang pertimbangan Pandangannya
kelihatan kabur dan dia rebah tanpa disedari.
Anisha
tersentak bila ranting kayu terjatuh di atas ribanya. Anisha menyeka airmatanya
untuk kesekian kalinya. Walaupun sudah hampir 6 bulan peristiwa menyayat hati
itu berlalu namun Anisha masih lagi tidak berubah. Terlalu perit untuk dia
melupakan semuanya dalam sekelip mata. Anisha sedar dia tidak sepatutnya
membiarkan kenangan lalu menghantui dirinya. Tapi abg long adalah insan yang
terlalu istimewa. Anisha tidak berpeluang untuk mengenali dan hidup bersama
dengannya. Mana mungkin dia dapat melupakan abg long. Hanya doa agar roh abg
long ditempatkan bersama orang-orang beriman dan air mata sahaja yang
menemaninya saban hari. Dia terhutang budi dan berterima kasih kepada Dr Azman
dan isteri kerana begitu baik terhadap dirinya. Dr Azman yang banyak membantu
Anisha menjalani latihan dan menjaganya sepanjang proses pemulihan matanya. Dr
Azman dan isterinya juga yang menyatakan hasrat ingin menjaga dan sekaligus
menjadikannya anak angkat mereka. Pada awalnya Anisha tidak menolak kerana dia
ingin berdikari dan tidak lagi mahu menyusahkan sesiapa sebaik sahaja dia pulih.
Jika khidmatnya masih di perlukan di Darul Ehsan dia akan terus bekerja di sana
dan memulakan kehidupan baru. Dia tidak akan tinggal di asrama, dia akan cuba
mencari rumah yang boleh disewa dan tidak mahu terus menurus menumpang di Darul
Ehsan. Walaupun ianya tidak mudah kerana dia hilang deria penglihatan sejak
berusia 4 tahun dia akan cuba dan boleh belajar berdikari. Pada zahirnya, Anisha
kelihatan tenang bila dia membuat keputusan demikian sebaik sahaja dia pulih
dan di benarkan pulang, namun jauh di sudut hatinya dia masih lagi bersedih dan
menderita. Dia cuba menyembunyikan
perasaannya itu dari pengetahuan orang lain. Dia tidak tahu bagaimana hendak
hidup gembira seperti dahulu. Tapi setelah di pujuk oleh Puan Adila dan isteri
Dr Azman. Anisha mengalah kerana dia tahu dia tidak boleh melakukannya sendiri
dalam keadaan begini dan tidak sampai hati hendak menolak permintaan mereka Akhirnya
dia bersetuju untuk tinggal bersama dengan mereka. Kehadiran Anisha dalam
keluarga Dr Azman sedikit sebanyak mengisi kesunyian di hati mereka kerana
mereka tidak mempunyai anak.
No comments:
Post a Comment